Ayam Ghantari Inspirasi Citarasa Nusantara | Apa yang mulanya hanya percutian bersama rakan-rakan di Bali telah menjadi penyebab untuk Planet Grill Network mengilhamkan satu produk baru yang dikenali sebagai Ayam Ghantari. Ayam Ghantari satu lagi nama baru dalam industri F&B yang kini mengorak langkah besar dalam memperkenalkan jenama mereka.

Pada 13 Mac yang lalu, NaZ dan rakan blogger yang lain telah berkunjung ke Lokas Makana, Puchong Utama untuk membuat food review Ayam Ghantari ini. Kami disambut oleh Syam dan Azuhuri setibanya di sana.

Mengikut kata Syam Zulkarnaien, resepi ini diolah dari ayam bakar Indonesia dan diberi nama Ayam Ghantari yang memenuhi citarasa tempatan. Lebih tepat lagi jika NaZ labelkan Ayam Ghantari ini sebagai Inspirasi Citarasa Nusantara.
Kalau nak ikutkan menu di sini simple sahaja tetapi amat memikat deria rasa NaZ. Hidangan samada ayam kampung organik, puyuh atau iga (tulang rusuk) yang diadun dan dibakar dengan bumbu istimewa, yang kemudiannya disalut dengan sos pedas manis hasil ramuan ciptaan mereka sendiri.

Fakta: Ayam Ghantari hanya menggunakan ayam kampung organik tanpa suntikan atau bahan terlarang yang membahayakan kesihatan. Ayam ini diambil terus dari ladang ternakan di Negeri Sembilan. Manakala Iga (tulang rusuk) pula dari pembekal yang sama dengan restoran Tony Roma’s.
Pelanggan pula boleh memilih samada ingin makan dengan nasi putih kukus yang disertakan bersama kerepek tempe dan kerepek paru atau dengan kentang goreng ala Perancis. Untuk pengetahuan anda, kerepek tempe dan kerepek paru tu didatangkan dari negara seberang iaitu Indonesia.

[ foto kredit: www.ayamghantari.biz ]
Menu Hidangan
Berikut adalah antara hidangan kami malam itu…

NaZ akan ceritakan satu persatu bagi memudahkan anda memahami setiap hidangan tersebut…

Ayam kampung yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas manis (Ghantari), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM7.00 untuk satu set.

Ayam kampung yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas berapi (Taliwang), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM7.00 untuk satu set.

Iga (tulang rusuk) yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas manis (Ghantari) atau saus pedas berapi (Taliwang), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM12.90 untuk satu set.

Gabungan Iga (tulang rusuk) dan ayam kampung yang dibakar dengan bumbu yang istimewa dan dihidangkan dengan saus pedas manis (Ghantari) atau saus pedas berapi (Taliwang), serta pilihan nasi (berserta kerepek tempe dan kerepek paru) atau kentang goreng. Harganya RM20.00 untuk satu set.

Bagi pengemar burung puyuh boleh mencuba samada Puyuh Taliwang ataupun Puyuh Ghantari. Kedua-duanya boleh dimakan bersama nasi kukus ataupun kentang goreng. Harganya RM7.00 untuk satu set.
Terdapat juga pakej lain seperti:-
- Iga Bakar Full Rack (4 keping tulang rusuk) – RM35.00
- Pakej Berdua (seleksi 2 hidangan) – RM13.00
- Pakej Bertiga (seleksi 3 hidangan) – RM19.50
- Pakej Berlima (seleksi 5 hidangan) – RM32.50
Apa yang NaZ boleh katakan hanyalah yang terbaik dari Ayam Ghantari. Saus mereka yang menambahkan lagi ‘kick’ pada hidangan tersebut.

Tidak lama lagi Ayam Ghantari akan melebarkan sayap mereka dengan franchise pertama di Perak. Juga beberapa menu lagi akan ditambah bagi memenuhi citarasa pelanggan mereka.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Ayam Ghantari atas pelawaan food review ini dan sememangnya membeli kelainan pada rasa ayam bakar ini.

[ kredit foto: www.ayamghantari.biz ]
Selain dari itu, pihak Planet Grill Network juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut kepada pelanggan mereka:
- katering untuk aktiviti indoor & outdoor.
- aktiviti makan-makan dan majlis jamuan persendirian, organisasi kerajaan atau swasta.
- rakan niaga franchise.
- membekal ayam kampung dan puyuh organik.
Bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan dari mereka bolehlah menghubungi:
Atau yang ingin mencuba Citarasa Nusantara ini bolehlah ke:
Landmark : Carrefour Puchong Utama
One thought on “Ayam Ghantari Inspirasi Citarasa Nusantara”