JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

JOOX

JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021 | Bersedia untuk mengundi idola anda! JOOX, platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, sekali lagi membawakan “JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021” untuk menobatkan lagu terhebat dan artis paling popular pada penghujung tahun 2021! Pencinta muzik di Malaysia pasti teruja kerana suara mereka akan didengari, dimana mereka akan menentukan rentak dan melodi yang paling digemari sepanjang tahun lalu.

OOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Anugerah akhir tahun ini akan menentukan artis dan lagu terhebat serta paling popular pada penghujung tahun 2021, dimana terdapat tujuh kategori iaitu Top 5 Artis Lokal, Top 5 Hit Lokal, Top 5 Artis Antarabangsa, Top 5 Hit Antarabangsa, Top 5 Hit K-Pop, Top Fans Pick, dan Top 3 Hit Karaoke Popular! Ianya dimeriahkan dengan pencalonan artis-artis kegemaran tempatan seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Khai Bahar, Iman Troye, dan artis-artis terkenal antarabangsa seperti Olivia Rodrigo, Alan Walker, Justin Bieber, dan idola K-Pop Lisa, Lee Hi, Jeon Somi dan  ramai lagi!

Bermula pada 11 Januari ini sehinggalah 26 Januari 2022, peminat muzik di seluruh Malaysia memiliki kuasa untuk menobatkan pemenang anugerah penghujung tahun 2021 dengan mendaftar di JOOX. Pengguna percuma akan mendapat 60 undian setiap hari (10 undian untuk setiap kategori), manakala pengguna JOOX VIP akan mendapat 1,200 undian setiap hari (200 undian setiap kategori)! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membantu artis kegemaran anda dengan daftar menjadi pengguna VIP sekarang! Bukan itu sahaja, anda juga boleh menjadi pengundi terbanyak dan memenangi Anugerah Peminat Fanatik (untuk semua kategori) dan memenangi iPhone 12 Pro Max2! Ambil tindakan sekarang: bit.ly/JMAYearEnd2021

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, berkata, “Kecintaan rakyat Malaysia terhadap muzik semakin ketara dari masa ke semasa melalui peningkatan penstriman muzik, terutamanya apabila JOOX melancarkan fitur karaoke, lantas  memberikan lebih banyak cara kepada peminat untuk menyatakan sokongan mereka terhadap lagu dan artis kegemaran mereka. Memandangkan kita telah memasuki tahun baharu, JOOX sangat teruja untuk melihat balik dan meraikan hit terbaik dan artis  paling menyerlah pada tahun lalu, seperti yang akan dipilih oleh pencinta muzik negara.”

Melihat kepada senarai pencalonan kali ini, Top 5 Artis Lokal  – Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ukays, dan XPDC – membuktikan bahawa artis-artis senior masih berbisa, manakala artis seperti Haqiem Rusli dan Naim Daniel terus mengukuhkan lagi kedudukan mereka. Sementara itu, lagu baharu daripada bakat segar seperti Tajul & Afieq Shazwan serta Iman Troye turut tercalon.

Bintang K-Pop, LISA, BTS dan TWICE, pula dicalonkan dalam kategori Top 5 Hit Antarabangsa , sekaligus menunjukkan impak hebat mereka di peringkat antarabangsa. Lagu LISA bertajuk “MONEY” mengungguli Carta Hit Antarabangsa JOOX selama 13 minggu berturut-turut.  Manakala Adele yang membuat kemunculan semula dengan lagu “Easy on Me” turut tercalon dalam kategori yang sama.

Berikut ialah senarai penuh pencalonan JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021 untuk setiap kategori (dalam susunan abjad):

Top 5 Hit: LokalTop 5 Artis: LokalTop 5 Hit: AntarabangsaTop 5 Artis: AntarabangsaTop 5 Hit: K-PopTop Fans PickTop 3 Karaoke: Hit Popular
Apa Khabar Sayang – Amira SyahiraAina Abdul24/7 – Celina Sharma & Harris JAdeleCold Blooded – JessiAdeleAdakah Ini Mimpi – Reedzwann
Berakhirlah Pencarianku – Hafiz Suip & Ernie ZakriDato’ Sri Siti Nurhalizaabcdefu – GayleAlan WalkerDéjà vu – ATEEZAlan WalkerAnta Permana – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Berani – DOLLAFloor 88Angel Baby – Troye SivanAriana GrandeDUMB DUMB – JEON SOMIAriefBasyirah – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Cinta Tak Bertepi – Sufian SuhaimiHafiz SuipButter – BTS ft. Megan Thee StallionAriefELEVEN – IVEATEEZBukan Ku Tak Sudi – Iklim
Coretan Pilu – AwieHaqiem RusliEasy On Me – AdeleAva MaxFavorite – NCT 127BIGBANGCinta Luar Biasa – Andmesh
Halusinasi – Fieya JuliaIman Troyeeverything sucks – VaultboyBillie EilishI’m Gonna Love You – D.O.BLACKPINKEpisod Cinta – Boboy
Hitam Saksi Putih – Haqiem RusliKhai BaharHappier Than Ever – Billie EilishBruno MarsLALISA – LISABTSEyes On Me – Faye Wong
Jerung Merah – Beby AchaLia AzizHere’s Your Perfect (with salem ilese) – Jamie MillerEd SheeranLO$ER=L♡VER – TXTDato’ Sri Siti NurhalizaHere’s Your Perfect – Jamie Miller
Kau Putuskan Pertunangan – UkaysMunif HijjazINDUSTRY BABY – Lil Nas X & Jack HarlowG.E.M. 邓紫棋LOCO – ITZYEXOKesetiaan – Siti Sarah
Kelentang Kelentong – Hael HusainiNabila RazaliINFERNO – Sub Urban & Bella PoarchJamie MillerONLY – LEE HIHaqiem RusliKnow Me Too Well – New Hope Club & Danna Paola
Layu Di Hujung Mekar – Afieq ShazwanNaim DanielMONEY – LISAJustin BieberPING PONG –   HyunA & DAWNIman TroyeKucu Kuca – Lia Aziz
Malam Semakin Dingin – Tajul & Afieq ShazwanReedzwannMy Universe – Coldplay & BTSMadison BeerQueendom – Red VelvetITZYLALISA – LISA
Nang – Iman TroyeSiti NordianaPermission to Dance – BTSNew Hope ClubRock with you – SEVENTEENJamie MillerLove Someone – Lukas Graham
Nurul – BitobeytoSpringRing Ring Ring – 不是花火呀Olivia RodrigoSavage – aespaKhai BaharMalam Semakin Dingin – Tajul & Afieq Shazwan
Payung Pelangi – Noki (K-Clique) feat. MK (K-Clique)Sufian SuhaimiSG – DJ Snake ft. Lisa, Ozuna & Megan Thee StallionShawn MendesSCIENTIST – TWICELISAPeluang Kedua – Nabila Razali
Putus – Nabila RazaliTajulShivers – Ed SheeranSiaSTEREOTYPE – STAYCMadison BeerPerfect – Ed Sheeran
Sejarah Cinta Ku – UsopUkaysSTAY – The Kid LAROI & Justin BieberST12SWIPE – ITZYNabila RazaliSemua Sudah – Elizabeth Tan
Sengsara (from “Dendam Penunggu” Original Soundtrack) – Khai BaharWingsThe Feels – TWICETaylor SwiftThunderous – Stray KidsNCTSomeone You Loved – Lewis Capaldi
Siapa Kata [JOOX ORIGINALS] – Azarra BandXPDC你不属于我 (《比悲伤更悲伤的故事》影集版片尾曲) – 周兴哲周杰伦Weekend – TAEYEONNew Hope ClubSumpah – Aina Abdul
Tak Sangka – Yonnyboii, Zynakal, ASYRAF NASIRYonnyboii第一默契 (《你微笑时很美》片尾曲)- 许凯 & 程潇林俊杰XOXO – JEON SOMIRed Velvet红色高跟鞋 – Tanya Chua

Ikuti muzik terhangat dan undi idola dan lagu kegemaran anda sekarang! Muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX pada Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman sesawang JOOX website. Nantikan lebih banyak muzik dan siaran langsung artis tempatan dan antarabangsa, serta rancangan dan program baharu yang menarik yang dibawakan kepada anda oleh JOOX!


Nota:

[1][2] Penerima anugerah akan dikira berdasarkan statistik undian. Pemenang akan dihubungi oleh JOOX.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *