Absolute Toughness Roadshow Meraikan Ulang Tahun Ke-35 G-Shock | G-Shock bukan nama asing di industri jam tangan, malahan ia menjadi kegilaan ramai untuk memilikinya. Tahun ini G-Shock meraikan ulang tahunnya yang ke-35, dan sempena sebahagian daripada sambutan G-Shock di seluruh dunia, Casio Malaysia akan mengajak orang ramai untuk Bersama-sama mengambil bahagian dalam aliran aktiviti semasa roadshow produk dari 30 Julai hingga 5 Ogos 2018 di Centre Court di Pavillion Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh En. Tezuka Itsuro, pengarah urusan Casio Malaysia dengan menukul jam tangan G-Shock sebagai simbolik ketahanan kelasakan jam ini.

Sebagai memulakan sambutan ulang tahun ke-35 G-Shock, satu pelancaran besar-besaran telah diadakan di Pavillion KL di mana anda berpeluang untuk menyaksikan Lego Sam dan rakan B-boys menampilkan persembahan yang bertenaga di pentas. Selain dari itu, para skaters dan penunggang basikal turut menunjukkan kehebatan mereka di pentas tersebut. Dengan tema “Absolute Toughness”, dinding pentas tersebut telah dihiasi dengan sentuhan artistik dari Kenji Chai, seorang pakar seni graffiti Malaysia.

Kedua-dua Lego Sam dan Kenji Chai telah menguasai kepakaran masing-masing ke dalam budaya yang popular dan sebagai kesamaan berkongsi dengan status ikon pop-kultur G-Shock.
G-Shock – Absolute Toughness
Kikuo Ibe, seorang jurutera dari Casio Jepun telah mendapat ilham pada tahun 1981 untuk menghasilkan satu jam tangan yang lasak dan hampir mustahil dapat dipecahkan. Setelah lebih 200 prototaip hasil dari pembangunan lebih 2 tahun, maka model G-Shock pertama dihasilkan dengan struktur tahan gegaran dihasilkan pada tahun 1983.

Model jam tangan pertama tersebut dikenali DW-5000C, sejak itu jenama ini terus berkembang berdasarkan konsep ‘Absolute Toughness’. Untuk melihat bagaimana evolusi jam tangan G-Shock ini, anda boleh ke laman web Sejarah G-Shock [ klik sini ]
G-Shock mendapat reputasi Absolute Toughness (Kekuatan Mutlak) melalui gabungan empat komponen terasnya – Struktur (Structure), Fungsi (Function), Reka Bentuk (Design) dan Bahan (Material).
Sehinggakan jam tangan G-Shock ini telah mendapat pengiktirafan dari Guinness World Records di atas ketahanan menahan kelasakan yang tinggi. Saksikan video ini…
Roadshow G-Shock Absolute Toughness di Pavillion KL
Bermula dari 30 Julai sehingga 5 Ogos 2018, satu roadshow diadakan di Centre Court Pavillion KL bagi menghidupkan sejarah dan evolusi siri klasik 5000, yang juga dikenali sebagai Origin Series, yang telah berkembang dari G-Shock DW-5000C yang pertama. Origin Series akan dipamerkan sepanjang tempoh roadshow ini.





Selain daripada pameran tersebut, para pelawat juga berpeluang untuk mencuba bakat mereka dalam beberapa siri cabaran Aboslute Toughness yang menguji kekuatan fizikal mereka. Antaranya Human Claw Challenge, di mana anda akan digantung di kolam yang dipenuhi dengan banyak belon dan anda dikehendaki mengambil belon yang mengandungi tiket untuk menebus hadiah misteri.

Satu lagi cabaran yang menguji kelasakan ialah King of the Hammer Challenge. Anda akan diberikan satu peluang untuk menghentak tukul pada jam tangan G-Shock yang sebenar dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Pihak Media telah dijemput untuk cabaran King of the Hammer challenge ini dan Naz merebut peluang ini…. mana lah tahu kan kalau ada rezeki nak pakai jam tangan G-Shock. Naz menjadi orang pertama yang kena buat pukulan ini dan telah mendapat 872 mata. Alhamdulillah telah berjaya menjadi pemenang dalam cabaran ini dan telah mendapat jam tangan G-Shock model DW-5600E yang disampaikan oleh En. Tezuka Itsuro.

