Agehan Japanese Restaurant Promosikan Express Meals

Agehan Japanese Restaurant Promosikan Express Meals |  Bagi pengemar makanan Jepun, berita baik buat anda! Sekali lagi Agehan Japanese Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam membawakan promosi Agehan Express Meals yang boleh dinikmati sehingga November 2017. Apa yang menarik tentang Express Meals ini, jom kita tengok apa yang Naz dah cuba semasa sesi Food Review bar-baru ini…

AGEHAN EXPRESS MEAL FLYERS

Untuk promosi ini, Agehan Japanese Restaurant menawarkan 3 set bento yang menarik iaitu Gyu Shogayaki (Daging), Yaki Udon dan Onigiri (Ayam) yang hanya berharga RM25.00+ satu set kotak. Setiap set Express Meals ini mempunyai 5 bahagian yang terdiri dari 1 hidangan utama dan 4 hidangan sampingan untuk melengkapkan pengalaman rasa set Bento ini.

Gyu Shogayaki

HIdangan set Bento ini dihidangakan dengan daging goreng dengan sos khas, salad segar dengan kek ikan Jepun berserta dressing, nasi putih Jepun, kentang dan chukka kurage.

Gyu Shogayaki

Gyu Shogayaki2Yaki Udon

 

Disajikan dengan pan udon goreng dengan makanan laut, ikan peram, gulungan sushi raksasa, dadih kacang goreng dengan sos dan chukka kurage.

Yaki Udon

Yaki Udon2

Onigiri

Dihidangkan dengan ayam goreng, salmon dengan nasi segitiga kepingan ikan, tahu sejuk, kentang dengan hirisan salmon chukka kurage.

Onigiri

Onigiri2

Selain itu, untuk terdapat pelbagai menu lain sebagai tambahan yang boleh dipesan dengan harga yang bermula dari RM14.00+. Antara menu tambahan adalah seperti Edamame (kacang hijau rebus) pada harga RM14.00+, California Maki (separuh nori, beras sushi, alpukat, tobiko, salad, kyuri, batang kani, mayonise) pada harga RM29.00+, Oyako Don dengan Sup Miso (ayam dengan telur hancur di atas nasi) pada harga RM26.00+, Tsukimi Udon (mee tebal dalam sup dengan telur) pada harga RM22.00+, Tanuki Udon (mee dalam sup dengan tempura goreng) pada harga RM18.00+ dan akhir sekali Tori Teriyaki dengan set Goham (ayam goreng dengan sos teriyaki, nasi, dan sup miso) pada harga RM29.00+.

Ala Carte menu

Untuk Ala carte juga tersedia di mana terdapat Teppanyaki daging atau makanan laut, Tempura Ebi atau Tempura Yasai dan Teriyaki Saba atau Gindara.

Seperti biasa geng muka-muka kuat makan ini mengamatkan suasana Restoran Borak-Borak semasa sesi food review sedang berlangsung. Naz mencuba set Onigiri di mana 2 kepal nasi bersama kepingan ikan dan dibaluti dengan kepingan rumpai laut itu cukup mengenyangkan. Ayam digoreng garing dan Naz mencicahnya dengan sos soya bersama wasabi….berasap hidung berdengung telinga. Dan untuk menenangkan keadaan salad segar, kentang dan tahu sejuk menghilangkan rasa berdesing wasabi tadi. Set Bento Onigiri ini cukup mengenyangkan dan sungguh berbaloi.

Geng Kuat Makan

Set Agehan Express Meals ini berbaloi jika dinikmati bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, anda boleh hubungi Restoran Borak-Borak di talian 03-5511 8811 (samb. 2615). Semua harga tertakluk kepada 6% GST.

Peminat-peminat Bento Set dan makanan Jepun, jom kita ke Agehan Japanese Restaurant di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

 

Info about Agehan Japanese Restaurant

Agehan Japanese Restaurant is the Japanese restaurant in Grand BlueWave Hotel Shah Alam that offers you an array Japanese cuisines. The restaurant acquires an official endorsement of HALAL certificate from JAKIM on 1st November 2009 thus the restaurant served 100% Halal Japanese cuisines in the First Southeast Asian Five Star Hotel Accredited with Halal Friendly title.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *