LuLu Hypermarket Berjaya Menempah Nama Dalam Malaysia Book of Records | LuLu bukanlah karakter kartun tau tetapi ia adalah LuLu Hypermarket & Department Store, sebuah rangkaian Pasar Raya Besar yang telah beroperasi di Dubai sejak tahun 2000. Pengasasnya Mr. MA Yousuf Ali ialah pengasas dan Pengarah Urusan LuLu Group Retail International. Kini LuLu Hypermarket & Department Store sudah beroperasi di Malaysia sejak 2016 di Capital Square, Lot 159 Persiaran Cap Square, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Sempena sambutan Hari Malaysia 2017, LuLu Hypermarket & Department Store telah meraikannya bersama-sama para pengunjung pasar raya mereka dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk cubaan untuk memecah rekod “Kek Buah Terpanjang di Malaysia” dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBR). Naz dan rakan-rakan blogger yang lain telah dijemput oleh pihak LuLu Hypermarket untuk menyaksikan acara ini.

Rekod Kek Buah Terpanjang di Malaysia 2017
Bagi memeriahkan Hari Malaysia 2017, LuLu Hypermarket telah menyediakan kek buah terpanjang di Malaysia dan cubaan memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh Colmar Tropicale, Berjaya Hills dengan ukuran 90 meter panjang dengan ketebalan 8sm yang dicatat pada 2014.
Bermula sejak awal pagi lagi, Chef Shaji P R Nair (Ketua Chef) dan 7 orang chef telah bertungkus lumus menyiapkan dan membalut kek span dengan icing putih serta dihiasi dengan potongan buah-buahan segar seperti strawberry, anggur, mangga, pic, kiwi, epal, cheri, nenas, dan lain-lain lagi.

Memandangkan panjang minima yang ditetapkan oleh MBR adalah 108 meter, jadi pihak LuLu Hypermarket telah menggunakan ruang legar di hadapan kaunter pembayaran mereka dan membentuk kek tersebut seperti bentuk nombor 2.

Memang gigih chef dan pekerja LuLu Hypermarket ini. Sejak Naz sampai jam 1 tengahari, mereka tak berhenti menghiasi kek tersebut bagi mencapai impian mereka untuk disenaraikan ke dalam MBR.

Sementara menantikan acara mengukur dan mengumumkan samada berjaya atau tidak mereka mencipta nama dalam MBR, Naz dan rakan-rakan blogger yang lain dibawa meninjau apa yang ditawarkan di LuLu Hypermarket & Department Store ini.

Rombongan Cik Kiah ke LuLu Hypermarket & Department Store
Sementara menantikan chef dan pekerja menyiapkan hiasan pada kek tersebut, kami telah dibawa ronda-ronda pasaraya ini. LuLu Hypermarket & Department Store ini mempunyai 3 tingkat yang mana:
- Tingkat Bawah – Pasaraya, Khidmat Pelanggan, Hot Food & Tempat Makan.
- Tingkat 1 – Pakaian Wanita, Kasut, Pakaian Kanak-kanak, Penjagaan Kesihatan & Kecantikan, Churidar & Saree.
- Tingkat 2 – Pakaian Lelaki, Kasut, Peralatan Sukan, D.I.Y., Aksesori Kereta, dan lain-lain.
- Tingkat 3 – Barangan Elektronik & Elektrik, IT & Gajet.
Kami bermula dari pasaraya mereka yang menjual pelbagai barangan keperluan dapur dan makanan segar harian seperti tangkapan laut, daging lembu & kambing, ayam, sayuran, buah-buahan, barangan kering, barangan sejuk beku, barangan tenusu, barangan pencuci dan bermacam lagi. Pendek kata, apa yang anda perlukan ada di sini.

Antara yang menarik perhatian Naz selain harganya yang amat berpatutan adalah…











Selepas selesai di bahagian pasaraya, kami naik ke tingkat 1 untuk melihat pakaian wanita, kasut wanita, pakaian kanak-kanak, bahagian penjagaan kesihatan dan kecantikan, yang paling menarik sekali bahagian Churidar yang menjual pelbagai Saree.


Bila event ini disertai oleh Ayu Rafikah dan Iena, pasti mereka akan menjadi model yang akan memperagakan apa saja. Lihat saja aksi-aksi mereka mengayakan Saree…



Kami terus ke tingkat 2 di mana terdapat pakaian lelaki, kasut lelaki, peralatan sukan, aksesori kereta, bahagian D.I.Y. dan bermacam lagi.

Akhir sekali, kami ke tingkat 3 iaitu bahagian barangan elektronik dan perkakas elektrik, IT dan Gajet. Bukan sahaja ia menawarkan barangan jenama yang terkini tetapi pada harga yang sungguh menarik. Memang selepas ini kami sekeluarga akan ke sini untuk membeli belah barangan keperluan nanti.

Masa berlalu sungguh pantas, dan kami telah dipanggil untuk ke bawah untuk menyaksikan acara mengukur Kek Buah Terpanjang di Malaysia oleh wakil MBR. Seorang chef sedang membuat touch-up terakhir sebelum sesi mengukur dijalankan.
Acara ukur mengukur dimulakan dan pada setiap 10 meter akan diletakan tanda jumlah ukuran. Kini pihak MBR telah mengukur pada 100 meter panjang kek buah tersebut dan telah melepasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh Colmar Tropicale. Sampai tak cukup pita pengukur sehingga pihak MBR terpaksa menggulung balik pita ukur tersebut. Sampai bersimpul siur pita pengukur….

Ukuran diteruskan dan pihak MBR telah berjaya mengukur keseluruhan kek buah tersebut dan akan menggumunkan secara rasmi keputusan nanti.
Maklumat terperinci rekod ini
| Percubaan Rekod | : Kek Buah Terpanjang di Malaysia |
| Tarikh Acara | : 16 September 2017 (Sabtu) |
| Lokasi | : Tingkat Bawah, LuLy Hypermarket & Department Store Sdn Bhd, Lot 159, Persiaran CapSquare, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur |
| Saiz Kek | : 120 meter |
| Lebar Kek | : 50 sentimeter |
| Ketebalan Kek | : 15 sentimeter |
| Berat Kek | : 1600kg hingga 1800kg (anggaran) |
| Nama Chef | : Mr. Shaji P R Nair (Ketua Chef) dan 7 orang Chef |
| Bahan-bahan | : Kek Span Mix Vanilla, Putih Telur, Minyak Bunga Matahari, Gula Putih, Whipping Cream, Buah-buahan Segar (Mangga, Nanas, Epal, Ceri, Anggur, Kiwi dan Strawberi), Buah-buahan Koktail dalam Tin, Pewarna (Leaf Green, Rose Pink & Lemon Yellow). |
Masa yang dinanti-nanti telah tiba, kini MBR mengumunkan…..
Tahniah buat LuLu Hypermarket & Department Store Kuala Lumpur kerana telah berjaya menempah nama dalam Malaysia Book of Records dengan Kek Buah Terpanjang Di Malaysia dengan catatan rasmi 123.3 meter!


Kek ini telah dijual kepada orang ramai dengan harga RM1 dan kesemua hasil jualan ini akan didermakan kepada Rumah Cheshire Selangor sebagai sebahagian dari projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) LuLu Hypermarket.

Sekali lagi tahniah buat LuLu Hypermarket & Department Store atas kejayaan melakar nama dalam Malaysia Book of Records untuk Kek Buah Terpanjang di Malaysia sempena menyambut Hari Malaysia!
serammmm kan bila ai sariiiii ahahahah….bersri-serikan hahahahahah…anyway harga kat lulu memang murah dah berbaloi..haruslah tiap2 minggu datang sini …
Wahh meriah..banyak barang kt lulu..
Hahahha kemain iena gelak pakai sari😂
Bestnya shopping dekat sini. Macam² ada meriah betul. Harga pun murah²
Seronok tengok orang ramai berkurumun datang Lulu haritu! Paling syok bila tahu dieorg buat CSR 😀
Wah pertama kali ni dengar nama ni. Terima kasih na info. Terbaik 😁👍