NAT GEO ASIA Mengumumkan Penyertaan Uncover Malaysia 2017

NAT GEO ASIA Mengumumkan Penyertaan Uncover Malaysia 2017 |  Ada banyak cerita berkenaan Malaysia yang ingin diceritakan oleh rakyat Malaysia melalui lensa kamera masing-masing. Bulan lalu, National Geographic Channel memperkenalkan ansuran kedua Uncover Malaysia – sebuah pertandingan fotografi tentang Malaysia (Uncover Malaysia) yang diadakan untuk meraikan warisan negara sempena dengan Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

Uncover Malaysia by National Geographic.1

 

Kempen fotografi atas talian, yang menggesa rakyat Malaysia untuk berkongsi potret Malaysia mereka melalui lensa kamera mereka, menyaksikan sejumlah 1,318 penyertaan yang telah dihantar pada tarikh akhir 5 September 2017. Penyertaan yang menyentuh pelbagai subjek yang berbeza, dari penjaja jalanan yang rendah diri dan seni bina ikonik ke landskap yang paling indah yang dapat dicari – semuanya berdasarkan empat tema: Budaya, Citarasa, Sejarah, dan Orang.

Penny Tan, Pengarah Pemasaran Kumpulan FOX Networks (Malaysia), mengatakan bahawa kualiti penyertaan untuk kempen fotografi ini sungguh mengagumkan.

Uncover Malaysia 01

“Mereka mengingatkan kita tentang apa yang membuatkan Malaysia unik sebagai sebuah negara. Secara peribadi, saya membuat beberapa penemuan tentang apa yang ditawarkan oleh negara saya melalui kempen foto ini, dan saya yakin rakan-rakan Malaysia juga boleh fahami apa yang dimaksudkan. Kami gembira dapat menyediakan platform ini untuk rakyat Malaysia berkongsi cerita mereka kepada orang ramai, “katanya.

Uncover Malaysia 02

Uncover Malaysia 03

Lihat penyertaan yang disenarai pendek dan kapsyen foto di pautan di bawah, dilengkapi dengan hashtag #NatGeoUncoverMY di Facebook dan Instagram. Kapsyen foto dikemukakan oleh jurugambar sendiri.

Uncover Malaysia 04

Uncover Malaysia 05

Daripada senarai pendek ini, penyertaan yang mempunyai gambar terbaik akan memenangi peralatan fotografi bernilai RM12,000. Sementara itu, 30 penyertaan terpilih akan menerima peluang eksklusif untuk dimasukkan ke dalam penyiaran komersial TV di Nat Geo Channel, dipaparkan di laman Facebook National Geographic Asia, serta Galeri Dalam Talian di laman mikro rasmi Uncover Malaysia.

Uncover Malaysia 06

Uncover Malaysia 07

Selain itu, semua 31 peserta utama juga akan menerima langganan majalah National Geographic 1 tahun. Pemenang akan diumumkan sebelum akhir bulan September 2017 dan dihubungi menerusi mesej langsung (DM) oleh National Geographic.

Uncover Malaysia 08

Uncover Malaysia 09

Tan menambah walaupun peraduan foto telah berakhir, semangat untuk berkongsi warisan, budaya dan identiti Malaysia tidak harus berhenti. Semua rakyat Malaysia digalakkan untuk terus berkongsi foto mereka di instagram.com/UncoverMalaysia atau hashtag di #NatGeoUncoverMY. Sejak pelancaran kempen itu, lebih daripada 6,000 gambar telah dikongsi dan telah diagihkan di media sosial.

Uncover Malaysia 10

Ikuti kempen di www.UncoverMalaysia.com; di Instagram @uncovermalaysia, atau #NatGeoUncoverMY; atau pada laman Facebook Rasmi ‘National Geographic Asia’ .

Uncovermalaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *