Ah Boys To Men 4 Komedi Patriotik

ABTM4

Ah Boys To Men 4 Komedi Patriotik |  Ah Boys to Men 4 telah memasuki panggung Malaysia bermula 23 November yang lalu. Jack Neo kembali dengan sekuel “Ah Boys To Men 4, di mana Sarjan Ong, Lobang, Ken Chow dan Aloysius dipanggil semula untuk latihan di bawah Armoured Formation of the Singapore Armed Forces. Filem ini tak kurang kelakarnya dan masih mengekalkan pelakon-pelakon utama yang lalu serta memperkenalkan karakter wanita dikalangan Ah Boys ini.

Alex Ong, Lobang, Ken Chow, Aloysius Jin, IP Man, Handsome, kini masing-masing sudah bekerja dan juga ada yang sudah berkahwin. Namun apabila mendapat panggilan, masing-masing harus kembali untuk ICT (In-Camp-Training) dan pelbagai ragam dan aksi lucu yang berlaku.

Ah Boys To Men 4

Kemasukan watak wanita pertama dan utama dalam francais ini memberikan nafas baru kepada sekuel ini. Anda boleh saksikan bagaimana susahnya Ah Boys untuk menerima perintah daripada pegawai wanita dalam latihan mereka kali ini.

Apple Chan
Apple Chan sebagai Leftenan Zhang Xin Yin seorang yang lemah lembut tetapi tegas…

Yang Naz perasan, sekuel kali ini menampilkan produk endorsement yang banyak dari penaja mereka seperti Brands, Royal Caribbean International, Gold Kili, Durex, POSB, G-mes International, Old Chang Kee, Crestar, Tiger Balm, Nivea Men, OSIM, StarHub dan banyak lagi.

Anda harus peka kerana filem ini mengandungi banyak dialog rojak dalam pelbagai bahasa iaitu Bahasa Inggeris, dialek-dialek Hokkien, Mandarin dan Bahasa Melayu. Menjadikan ia kadang-kadang agak sukar untuk difahami tetapi tetap menghiburkan.

Di akhir filem ini terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dari segi hidup berpasukan, persahabatan dan kekeluargaan. Filem Ah Boys To Men 4 dipersembahkan oleh J Team Productions dan mm2 Entertainment dan diedarkan oleh Clover Films dan Golden Village.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem Ah Boys To Men 4 di pawagam terdekat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *