Aidijuma Terus Maju Menempuh Segala Cabaran

Aidijuma

Aidijuma Terus Maju Menempuh Segala Cabaran |  Pada tahun 2012 jenama Aidijuma bermula dengan hanya menjual tudung bawal plain berkualiti dengan  harga yang sangat mampu milik. Kini, jenama Aidijuma di bawah Colors Group memiliki 20 buah kedai seluruh Malaysia (termasuk Brunei), 15 Scarfmachine send.sell.story  serta  3 point of sales melalui kedai konsep (concept store), kedai dalam talian (online store) dan kedai konsep bergerak (scarf machine).

https://www.instagram.com/p/BhnsdvYB9oZ/

6 tahun telah berlalu, perniagaan tudung bawal ini terus bertahan dan bersaing dalam industri fesyen  tanahair. Masih mengekalkan harga mampu milik bagi memberi peluang kepada kaum hawa dari semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan tudung bawal Aidijuma. Bermula dari hanya Bawal Plain, dan kini terdapat Bawal Full Print, Bawal Aidijuma, Shawl Bawal, Shawl Bawal Pearl, Shawl Printed dan Shawl 2 Face.

Aidijuma BawalFullPrint
[ foto kredit IG Aidijuma ]
Colors Group kini mempunyai hampir 100 tenaga kerja seluruh negara dan Datin Norjuma begitu gembira kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan ini. Bukan setakat itu sahaja, Colors Group of Companies telah mengembangkan sayap mereka di peringkat antarabangsa  dengan bekerjasama dengan online store terkenal HIJUP dari Jakarta, Indonesia serta membangunkan industri Modest Fashion global.

HIJUP KL
[ foto kredit IG Aidijuma ]
Cabaran Perniagaan Dunia Digital

Dalam menjalankan perniagaan ini, Datin Norjuma telah mengharungi pelbagai cabaran, baik dari dalaman mahu pun luaran. Pelbagai bentuk tekanan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap perniagaannya dan ini turut membabitkan reseller dan ejen-ejen mereka.

Datin Norjuma

Semakin jenama Aidijuma meningkat naik, terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan alam siber untuk menyerang perniagaan mereka dengan menabur fitnah. Laman sesawang dan media sosial mereka digodam setiap kali mereka ingin menjalankan kempen perniagaan mereka sama ada pelancaran produk atau pun pembukaan kedai konsep mereka. Pihak Colors Group telah mengambil tindakan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa iaitu SKMM. Menurut Datin Norjuma, setelah 3 bulan laporan dibuat tetapi tiada tindakan yang diambil bahkan laporan tersebut telah ditutup tanpa sebarang alasan.

Diharap pihak SKMM mengambil tindakan yang sewajarnya agar perkara sebegini dapat dibendung melalui Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Buli Siber atau pun Akta Antiberita Tidak Benar.

Raya Pilihan Untuk Meraikan Anda

Pada 9 Mei 2018 nanti, Aidijuma akan mengadakan jualan Raya Pilihan di mana para pengundi yang keluar mengundi berpeluang untuk membeli tudung bawal pada harga istimewa. Hanya tunjukkan Dakwat Di Jari anda dan anda akan dapat membeli dengan harga istimewa tanpa sebarang had untuk satu hari sahaja.

dakwat di jari
[ foto kredit IG Aidijuma ]
Terdapat 12 kedai konsep dan 15 kedai konsep bergerak (scarf machine) seluruh negara (termasuk Sabah & Sarawak) disediakan bagi mendapatkan tudung bawal pada harga istimewa ini. Pastikan anda ikuti Instagram Aidijuma  dan Facebook Aidijuma untuk updates terkini.

https://www.instagram.com/p/Be4mlCUBL3r/

Ini merupakan antara satu usaha strategik Colors Group di mana mereka memberi peluang secara tidak langsung kepada orang ramai untuk berniaga. Setiap kali ada keluaran terbaru, mereka akan menjual tudung pada harga yang rendah (promosi) dan ramai pelanggan yang membeli dalam kuantiti yang besar (bulk). Kemudian selepas 3 hari, pelanggan tadi menjual kembali kepada kenalan mereka pada harga pasaran. Secara tak langsung ini memberikan mereka peluang untuk berniaga dan menambah pendapatan mereka. Ini barulah dikatakan pelengkap ekosistem usahawan.

Usahawan tabah

Apabila ditanya kepada Datin Norjuma tentang sasaran jualan, secara berseloroh Datin menyatakan 1% daripada jumlah yang keluar mengundi pada hari tersebut.

Nantikan kempen Raya Pilihan Aidijuma dari Colors Group pada 9 Mei nanti dan sila ikuti berita terkini dari sosial media mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *