Astro Lancarkan Kempen ‘My Teacher, My Hero’ Sempena Hari Guru 2019

My Teacher My Hero - Astro

Astro Lancarkan Kempen ‘My Teacher, My Hero’ Sempena Hari Guru 2019 | Astro buat julung kalinya melancarkan kempen ‘My Teacher, My Hero’ mulai 13 Mei hingga 19 Mei 2019 bagi meraikan Hari Guru dengan menyajikan program-program eksklusif di saluran pelbagai bahasa seperti Astro TVIQ (saluran 610), Astro Ceria (saluran 611), Astro Tutor TV (saluran 601, 602, 603), Astro Vaanavil (saluran 201), Astro Awani (saluran 501) serta platform digital, Astro GO dan On Demand. Menarik lagi, sempena sambutan hari istimewa ini, Astro menerusi syarikat pengurusan bakatnya, Rocketfuel Entertainment turut menerbitkan muzik video dan ‘single’ istimewa berjudul, ‘Terima Kasih Guruku’ yang mana turut menampilkan nama-nama hebat dalam industri.

My Teacher My Hero

Naib Presiden Kandungan GenNext dan Antarabangsa Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, “Para guru wajar dihargai sebagai ‘adiwira’ kerana bukan sahaja membakar semangat anak-anak kita mencapai cita-cita masing-masing, malahan mereka jugalah yang memainkan peranan penting dalam membentuk minda dan pemikiran pada hari esok.”

Putri Yasmin menambah, “Misi utama kempen ‘My Teacher, My Hero’ ini adalah untuk menzahirkan penghargaan kami kepada para guru atas pengorbanan dan usaha mereka, serta sekaligus menyokong tema Hari Guru 2019 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu ‘Obor Hemah Menyinari Pertiwi’. 

Astro menghargai para guru dengan membawakan pelbagai program eksklusif bertemakan ‘guru’ di saluran-saluran pelbagai bahasa seperti Astro TVIQ, Astro Ceria, Astro Tutor TV, Astro Vaanavil, platform digital Astro GO, dan juga di On Demand. Tambahan pula, kami berkolaborasi bersama Rocketfuel Entertainment untuk menghasilkan sebuah lagu khas bagi menyambut hari yang sangat istimewa ini. Marilah bersama-sama kita meraikan barisan ‘adiwira’ kita ini.”

Lagu ‘Terima Kasih Guruku’ oleh Rocketfuel Entertainment

Buat pertama kalinya, Astro dengan berbesar hati mengumumkan ‘single’ baharu bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini. Berjudul ‘Terima Kasih Guruku’, lagu yang berdurasi 3.45 minit ini dinyanyikan dalam empat bahasa menerusi gandingan vokalis popular tanah air – Syamel, Ernie Zakri, Nicole Lai dan Revathy (penyampai radio Astro Ragaa). Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, lagu yang sarat dengan rasa nostalgia dan luahan terima kasih itu digubah oleh komposer terkenal, Sharon Paul, manakala liriknya pula ditulis oleh Syamel, Ernie Zakri, Nicole Lai dan Revathy bersama.

‘Terima Kasih Guruku’ bakal didendangkan di kesemua saluran radio di bawah naungan Astro pada Hari Guru ini iaitu 16 Mei 2019 dan muzik videonya pula dijangka menemui peminat pada hari yang sama di Astro TVIQ (saluran 610), Astro GO dan saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.

Rangkaian Program Eksklusif Bertemakan ‘Guru’ mulai 13 hingga 19 Mei 2019

Astro TVIQ (saluran 610) bertindak sebagai saluran utama yang menghiasi kempen ‘My Teacher, My Hero’ dengan pelbagai program menarik bertemakan ‘guru’. Untuk pilihan alternatif, penonton juga boleh menonton menerusi platform digital, Astro GO dan On Demand.

Di antara program-program menarik menanti penonton di sepanjang sambutan ‘Hari Guru’ ini adalah seperti berikut:

‘Adiwiraku’ – Berdasarkan kisah benar seorang guru Bahasa Inggeris yang dilakonkan oleh Sangeeta Krishnasamy yang berazam untuk menubuhkan kumpulan ‘choral speaking’ di sebuah sekolah yang rata-rata para pelajarnya tidak memiliki kemahiran berbahasa Inggeris dan pencapaian akademik mereka turut dilihat agak rendah. ‘Adiwiraku’ meraih anugerah Filem Terbaik dan Cerita Asal Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 (FFM 29), manakala Sangeeta diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik. ‘Adiwiraku’ akan disiarkan di Astro TVIQ pada 16 Mei 2019, pukul 2.30 petang. Ia juga boleh ditonton di platform Astro GO dan On Demand.

My Teacher - Adiwira Ku

‘KRING!’ – Pemenang ‘Intellectual Property Creators Challenge’ oleh MDEC, Brainy Bones Studios, membawakan filem animasi pendek yang mengisahkan kehidupan seorang guru cemerlang yang terpaksa berdepan dengan seorang pelajar bermasalah di sekolahnya. ‘KRING!’ akan disiarkan di Astro TVIQ buat kali pertamanya pada 16 Mei 2019, pukul 4.00 petang. Ia juga boleh ditonton di platform Astro GO dan On Demand.

My Teacher - KRING

‘Ragam Sekolah’ – Siri mini istimewa sempena Hari Guru ini mengisahkan tentang ragam dan gelagat para guru di sekolah, yang pasti membuat anak-anak dan ibu bapa tercuit hati. Dihiasi personaliti popular seperti Yana Samsudin, Sasha Saidin, Bell Ngasri, Norlia Ghani, Fahrin Ahmad, Sharifah Shahirah, Hazim Shauki, Ain Awok, Hisyam Hamid, Taufiq Hanafi, Alyssa Dezek, dan Ara Aziz, ‘Ragam Sekolah’ akan disiarkan di Astro TVIQ, Astro Tutor TV (saluran 601, 602 dan 603), dan Astro Ceria (saluran 611) bermula 16 Mei 2019. Episod ini juga boleh ditonton di platform Astro GO dan On Demand.

Program-program istimewa di platform On Demand – Tidak ketinggalan, On Demand juga membawakan rangkaian program menarik berbahasa Cina yang bertemakan ‘guru’ seperti dokumentari ‘Good Morning Teacher’, program ‘Huan Hee Sekolah’ (lakonan Vicky Tan dan Auguste Kwan), ‘Big Brother’ (lakonan Donnie Yen dan Joe Chen), dan ‘Little Big Master’ (lakonan Miriam Yeung dan Louis Koo).

Good Morning Teacher

Program-program istimewa di saluran berbahasa Tamil – Selain itu, saluran berbahasa Tamil, Astro Vaanavil (saluran 201) juga membawakan program-program hebat seperti siri khas, ‘Kaalathaal Marakappatta’ yang menampilkan Tokoh Guru, Dato’ Seri Selvamani, 16 Mei ini, pukul 8.30 malam. Filem istimewa, ‘Paadam’ (lakonan Karthik dan Yaashika Anand) pula akan mengupas mengenai sistem pendidikan di India dan ia akan disiarkan pada 16 Mei 2019, pukul 9.00 malam.

Selain dari itu, terdapat juga dedikasi ucapan istimewa bersempena Hari Guru oleh penghibur nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M Nasir, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Ernie Zakri, Lana Nodin, Andi Bernadee, Fauziah Latiff, Syafiq Farhain dan Afiq Syazwan, yang mana ianya akan disiarkan di Astro TVIQ dan Astro Tutor TV (saluran 601, 602, 603) sepanjang berlangsungnya kempen ‘My Teacher, My Hero’.

Dengan adanya himpunan program eksklusif sempena Hari Guru serta ditambah pula dengan kepelbagaian pilihan platform yang ditawarkan, pastinya sambutan Hari Guru bersama Astro pada tahun ini akan lebih bermakna buat para guru mahupun pelajar. Justeru, jangan lupa, temujanji anda bersama program-program hebat di Astro sepanjang kempen ‘My Teacher, My Hero’, mulai 13 hingga 19 Mei ini. Hanya yang terbaik di Astro!

#MyTeacherMyHero

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *