Atlet & Pelajar Muda Malaysia di UiTM Timba Ilmu Pemakanan Sukan Daripada Pakar Herbalife Nutrition

Herbalife

Atlet & Pelajar Muda Malaysia di UiTM Timba Ilmu Pemakanan Sukan Daripada Pakar Herbalife Nutrition | Herbalife Nutrition, syarikat pemakanan global terulung, baru-baru ini menganjurkan sesi perkongsian ilmu bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM), dengan matlamat untuk menyokong atlet baru dan bakal ahli sains sukan Malaysia, termasuk pakar pemakanan dan diet.

Professor Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Dean, Faculty of Sports Science and Recreation, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam (centre) presenting a token of appreciation to Dr. Dana Ryan, Director of Sports Performance, Nutrition, and Education at Herbalife Nutrition (right) flanked by Associate Prof. Raja Mohammed Firhad, Deputy Dean (Academic), UiTM (left)

Sesi tersebut diketuai oleh Dr. Dana Ryan, Pengarah Prestasi Sukan, Pemakanan dan Pendidikan di Herbalife Nutrition, yang berkhidmat dengan pasukan dan atlet sukan antarabangsa yang terkemuka, untuk membangunkan program pemakanan dan prestasi sukan serta merangka dan menguruskan kajian klinikal sukan.  Antaranya termasuk pasukan bola sepak Amerika Syarikat seperti LA Galaxy, pelumba triatlon terkenal Heather Jackson, dan pemain bola sepak bertaraf dunia Cristiano Ronaldo, selaku duta jenama bagi Herbalife Nutrition yang turut terlibat menghasilkan minuman sukan jenama bersama, Herbalife24 CR7 Drive.

Memandangkan pemakanan memainkan peranan kritikal dalam kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan atlet, sesi bertema ‘Protein Soya dan Prestasi Sukan’ bertujuan menambah baik kefahaman dan ilmu pengetahuan atlet UiTM tentang pemakanan sukan, iaitu cara mengamalkan diet seimbang dan mengelakkan kesilapan dalam pemakanan sukan. Seramai lebih daripada 100 pelajar dan atlet UiTM, ahli Institut Sukan Negara dan Kelab Bola Sepak Selangor, pakar pemakanan/diet korporat dan ahli fakulti telah mengikuti sesi ini.

UiTM athletes and students attending the knowledge sharing session on ‘Soy Protein and Sports Performance’, led by Dr. Dana Ryan.

Semasa berucap di sesi perkongsian ilmu, Dr. Dana Ryan berkata, “Sukan dan pemakanan amat berkait rapat. Inilah sebabnya para atlet begitu memahami kata pepatah Inggeris, “you are what you eat”.  Justeru, langkah pertama untuk mengamalkan pemakanan yang baik adalah memahami nutrien penting yang kita perlukan.”

Memberikan satu contoh penting, Dr. Dana Ryan berkata, “Asid amino ialah blok binaan protein yang diperolehi daripada sumber seperti soya, produk tenusu dan daging. Terdapat asid amino penting yang tidak dihasilkan oleh badan dan hanya boleh diperolehi menerusi makanan yang betul.  Oleh yang demikian, atlet hendaklah mendapatkan nasihat pemakanan yang sewajarnya mengenai diet mereka supaya prestasi dan kesihatan keseluruhan mereka tidak terjejas. Protein memainkan peranan penting dalam fungsi membina otot, menghilangkan berat badan dan juga dalam penuaan yang sihat.”

UiTM athletes and students attending the knowledge sharing session on ‘Soy Protein and Sports Performance’, led by Dr. Dana Ryan.2

Sambil berkongsi maklumat penting, Dr. Dana Ryan menambah, “Sumber protein yang dimakan oleh atlet amat penting.  Apabila membuat keputusan sama ada ingin makan protein haiwan atau protein tumbuhan, atlet perlu memastikan bahawa mereka mendapatkan semua asid amino yang penting. Protein berasaskan tumbuhan kecuali protein soya tidak menyediakan asid amino yang secukupnya. Mereka yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan dinasihatkan untuk mengambil kombinasi makanan yang merangkumi protein lengkap seperti bijiran dan kekacang.  Hakikatnya, pemahaman tentang keperluan atlet untuk mencapai prestasi fizikal tertinggi merupakan kunci kepada pemakanan yang sihat.”

Profesor Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, Dekan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Shah Alam mengulas, “Sebagai salah sebuah universiti awam terkemuka di Malaysia, kami komited untuk menyediakan pendidikan bermutu tinggi kepada pelajar yang akan menyokong pembangunan yang menyeluruh. Menerusi sesi perkongsian ilmu seperti ini, kami berharap para pelajar dan atlet kami akan memperolehi ilmu pemakanan yang betul. Ini akan menyumbang kepada prestasi serta kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka.  Kami yakin bahawa kerjasama dengan Herbalife Nutrition akan terus menyokong aspirasi kami untuk melahirkan Global Thinking Athletes (Atlet Berfikiran Global).”

Salah seorang peserta sesi ialah Ahmad Fakhrul Razi, 19 tahun, dari Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Shah Alam yang merupakan anggota pasukan Bola Sepak Bawah-19 UiTM. Beliau berkata, “Sebagai pemain bola sepak yang baru, saya perlu belajar lebih lanjut tentang pemakanan yang betul dan jenis makanan yang patut saya makan untuk membantu meningkatkan prestasi saya. Sebagai contoh, saya kini sedang berusaha meningkatkan tahap stamina saya dan menerusi sesi seperti ini, saya telah belajar bahawa pengambilan karbohidrat dan protein secara kombinasi boleh membantu saya mencapai keperluan prestasi saya. Dengan menjaga badan menerusi pemakanan yang baik berdasarkan nasihat daripada Dr. Dana Ryan, saya yakin saya boleh mencapai matlamat untuk menjadi pemain bola sepak yang berjaya.”

Inisiatif ini memperkukuh kerjasama yang dijalin antara Herbalife Nutrition dengan UiTM yang dilancarkan pada Mac 2022. Sejak itu, Herbalife Nutrition telah mengendalikan siri program pendidikan tentang pemakanan menerusi bengkel dan persidangan, mengumpulkan pelbagai perspektif pakar Herbalife Nutrition di seluruh dunia. Setakat ini, lebih daripada 5,000 orang telah mendapat manfaat daripada inisiatif yang dianjurkan menerusi kerjasama ini.


Mengenai Herbalife Nutrition Ltd.

Herbalife Nutrition (NYSE: HLF) adalah sebuah syarikat global yang telah mengubah kehidupan insan dengan produk pemakanan yang hebat serta peluang perniagaan bagi ahli-ahli bebasnya sejak 1980. Syarikat ini menawarkan produk-produk bermutu tinggi berlandaskan sains kepada pengguna di 95 negara oleh pengedar usahawannya, yang memberikan bimbingan secara bersemuka dan membina komuniti yang menyokong satu sama lain yang mendorong pelanggan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif. Menerusi komitmen Syarikat untuk membekalkan khasiat kebaikan kepada insan, masyarakat dan bumi, Herbalife Nutrition berikrar untuk mencetus 50 juta kesan positif – iaitu perbuatan murni yang nyata – menjelang 2030, sempena ulang tahunnya yang ke-50.

Mengenai UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) diasaskan pada 1956 sebagai sebuah institut latihan yang kini telah berkembang maju menjadi sebuah universiti serba lengkap sejak 26 Ogos 1999. UiTM ialah universiti komprehensif terbesar di Malaysia dan telah meluaskan rangkaian globalnya menerusi pelbagai kerjasama dengan beberapa universiti di seluruh dunia. Universiti ini terus menawarkan peluang melanjutkan pengajian, memainkan peranannya dalam proses membina negara dengan memupuk bakat pelajar, membentuk ketetapan minda dan menambah baik kehidupan.

UiTM mempunyai 35 kampus di seluruh Malaysia yang menyediakan pendidikan setempat untuk semua. Menerusi 26 fakultinya, UiTM menawarkan lebih daripada 500 program akademik di peringkat Asasi, Pra-Diploma, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, dan PhD, dan juga Program Profesional. Dengan peluang menyertai pelbagai aktiviti dan meluaskan pemandangan, pelajar dipupuk dan dibimbing untuk menjadi profesional berwibawa. UiTM mempunyai hampir 800,000 alumni yang terlibat dalam pelbagai industri di Malaysia dan di peringkat antarabangsa, membuktikan keupayaannya sebagai institusi pendidikan tinggi terulung pilihan utama yang bersedia untuk terus meningkatkan reputasinya sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di peringkat global.

Aktiviti penyelidikan dan inovasi cemerlang universiti dipacu oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) menerusi tujuh Komuniti Penyelidikan (CoRe), yang meliputi bidang Kemanusiaan, Reka Bentuk & Kreativiti, Kesihatan & Kesejahteraan, Farmaseutikal & Sains Hayat, Teknologi Hijau & Pembangunan Lestari, Bahan Serba Maju & Aplikasi Industri, Pengkomputeran Lanjutan & Komunikasi, dan Sains Pengurusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *