Ayamas Kitchen Keluarkan Aneka Pes Dan Sos Segera │ Bila sebut aje Ayamas, Naz dah terbayangkan ayam Golden Roasters yang dicicah dengan sos bawang putih….perrrgghhhh sungguh sedap dan menyelerakan. Tapi bukan itu yang Naz nak kongsikan. Sebenarnya Kedai Ayamas ini bukan sahaja menawarkan hanya produk berasaskan ayam sahaja tetapi lebih dari itu. Itulah sebab tagline Kedai Ayamas “Lebih Daripada Hanya Ayam” kerana kini ia juga menjual produk-produk selain ayam dan terbaru memperkenalkan aneka pes dan sos segera Ayamas Kitchen.

Aneka Pes dan Sos Segera Ayamas Kitchen
Baru-baru ini QSR Brands Upstream Division telah mengadakan Ayamas Kitchen Bloggers Party di Test Kitchen, Glenmarie. Disinilah idea-idea produk QSRT dihasilkan. Dan disinilah kami diperkenalkan dengan Pes Segera Ayamas Kitchen yang padat dengan campuran rempah-rempah asli. Pes ini diilhamkan untuk kesenangan pelanggan terutama sekali bagi para ibu-ibu yang berkerja dalam memasak hidangan tradisional di rumah, sekaligus menjimatkan masa sambil menawarkan rasa asli masakan Melayu.

Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampurkan dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang untuk menghasilkan kuah yang lazat untuk ayam, daging dan juga makanan laut. Terdapat 3 pes segera iaitu Pes Segera Rendang, Pes Segera Kurma dan Pes Segera Masak Merah yang boleh didapati di semua Kedai Ayamas seluruh Malaysia sahaja pada harga RM2.80 se paket (100gm). Selain daripada itu, Ayamas Kitchen juga menjual serbuk stok ayamnya untuk menambahkan lagi rasa dan perisa hidangan.


“Cepat, Mudah dan Lazat” menepati slogan mereka kerana hanya perlukan antara 15 hingga 20 minit sahaja untuk menyediakan hidangan tersebut. Satu demo penyediaan Ayam Masak Merah menggunakan pes segera ini telah diadakan. Lihat sahaja betapa mudahnya untuk menyediakan…
Selepas selesai sesi demo penyediaan masakan tersebut, kami disajikan dengan hidangan tengahari apa lagi kalau tak Ayam Masak Merah, Ayam Rendang dan Ayam Masak Kurma. Bagi Naz rasa bahan-bahan semua cukup tetapi untuk Naz kena tambahkan cili lagi sedap Naz suka pedas. Itu antara yang boleh kita pelbagaikan dengan pes segera ini.



Dengar cerita ada lagi produk QSRT yang akan diperkenalkan lagi di masa yang terdekat…so nantikan pengumumannya nanti.


Untuk maklumat lanjut mengenai Kedai Ayamas, layari www.kedaiayamas.my atau facebook Kedai Ayamas – Ayamas Roasters.