B& Blanco Sajikan Pasta Burger Pizza Sedap

B&Blanco logo

B& Blanco Sajikan Pasta Burger Pizza Sedap |  Anda pasti akan perasan rekahan (cracks) di dinding restoran dan café ini sebaik sahaja melangkah masuk ke B&Blanco. Rekahan-rekahan  tersebut mengambil masa kurang lebih 2 bulan untuk disiapkan melalui lukisan tangan… bukan rekahan betul tau!

Interior B&Blanco
Mural rekahan mural yang dibuat dengan tangan mengambil masa kurang lebih 2 bulan untuk menyiapkan…

B&Blanco bermaksud ‘B’  singkatan kepada Black dan Blanco bererti putih dalam bahasa Sepanyol yang berkonsepkan mural hitam putih dari hiasan di dinding sehingga ke hiasan dalaman restoran ini.

Interior bumbung B&Blanco
apabila dongak ke atas kelihatan seperti melihat ke langit di waktu malam…

Ditambah pula dengan susun atur yang kemas dan lapang menjadikan B&Blanco sesuai untuk membuat perjumpaan santai bersama rakan-rakan mahupun perjumpaan formal bagi majlis. Restoran dan café ini sudah mula beroperasi sejak pertengahan Disember 2016 lagi.

Susun atur yang kemas di B&Blanco
Susun atur hitam putih yang kemas di B&Blanco
Bahagian atas luar bagi yang inginkan udara luar
Bahagian atas luar bagi yang inginkan udara luar

Restoran dan café B& Blanco menampilkan konsep mudah iaitu ‘Make Your Own Meal’ atau Pilih Seleksi Makanan Anda melalui 3 langkah iaitu:

  1. Pilih Hidangan Utama Anda
  2. Pilih Sos/Perisa Anda
  3. Pilih Topping Anda
Make Your Own Meal
Semudah 1, 2, 3….

Buat masa ini terdapat Pasta, Burger dan Pizza untuk hidangan utama selain Pastry, Coffee dan Tea di restoran ini. Yang menariknya, anda yang membuat kata putus bagaimana hidangan yang anda mahukan dan bukan yang telah ditentukan di menu.

Make Your Own Meal - Pasta
Cipta hidangan anda sendiri – Pasta

Kita ambil contoh pasta, anda suka pasta Penne dengan sos Pesto. Topping pula and suka ikan dan ayam, jadi anda boleh pilih kedua-duanya. Harga akan mengikut apa yang telah anda pilih. Mengikut kata Lily, paling tinggi pun hidangan tersebut berharga linkungan RM25.

Spaghetti Sos Pesto dengan Seabass & Udang Grill RM15
Spaghetti Sos Pesto dengan Seabass & Udang Grill RM15
Fettuccine Sos Tomato dengan Bebola Daging RM13
Fettuccine Sos Tomato dengan Bebola Daging RM13
Penne Sos Creamy dengan Ayam Grill RM13
Penne Sos Creamy dengan Ayam Grill RM13
Make Your Own Meal - Burger
Cipta hidangan anda sendiri – Burger
Burger Daging RM7
Burger Daging RM7
Make Your Own Meal - Pizza
Cipta hidangan anda sendiri – Pizza
Pizza Daging dan Ayam RM14 - pizza sedap ini sungguh simple
Pizza Daging dan Ayam RM14

Selain daripada itu, B&Blanco ini adalah pakar dalam penyediaan kopi yang sedap. Biji kopi yang segar dikisar dan diadun dengan biji kopi dari negara lain untuk membentuk rasa kopi yang menarik dan manis selain mengeluarkan aroma yang sungguh menusuk kalbu. Pada para pengemar kopi, anda boleh ke B&Blanco untuk menilai sendiri rasa kopi mereka.

Caramel Macchiato (12oz) RM13
Caramel Macchiato (12oz) RM13

Selain daripada itu, B&Blanco menawarkan kawasan yang luas di sebelah atas (roof top) untuk menngadakan majlis-majlis seperti sambutan hari jadi, majlis pelancaran produk, baik yang formal ataupun santai. Anda hanya perlu menempah makanan dan minuman daripada mereka dan mereka akan menguruskan kawasan tersebut untuk anda.

En. Salah Taleb menunjukkan ruang legar di atas
En. Salah Taleb pemilik B&Blanco menunjukkan ruang legar di atas yang sesuai untuk mengadakan majlis…

Antara acara yang telah dibuat di B&Blanco setakat ini adalah acara kecergasan dari Evolve Lifestyle & Fitness dan FTP Singer Songwriters Showcase yang memaparkan bakat-bakat muda dalam bidang seni.

Fitness Trial
Fitness Trial diadakan di B&Blanco by Evolve Lifestyle & Fitness
FTP Singer Songwriters Showcase
Bakat-bakat seni menampilkan hasil nukilan mereka di B&Blanco

Tempat yang menarik di Sunway Nexis Kota Damansara menawarkan makanan yang sedap dan kopi yang menyegarkan hanya di B&Blanco. Kalau nak lebih menarik lagi datanglah pada waktu malam bila mana lampu-lampu dipasang dan berkilauan….

 

Alamat :

B&Blanco

Unit No.B-01-07, Sunway Nexis

Jalan PJU 5/1, Kota Damansara,

47810 Petaling Jaya, Selangor

 

Untuk tempahan, sila hubungi:

Elly Rahman (013 390 3191)

Amir (016 622 1193)

 

Facebook : facebook.com/b99blanco

Instagram : instagram.com/b99blanco

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *