Bateriku.com Bukan Sekadar Tukar Bateri

Bateriku.com

Bateriku.com Bukan Sekadar Tukar Bateri │  Pagi ini Naz hantar anak-anak ke sekolah di Bukit Damansara. Sebaik sahaja masuk balik ke kereta dan hidupkan enjin…. tiba-tiba benda yang tak diingini berlaku – enjin kereta tak mahu start! Semalam memang dah rasa macam isu bateri. Pagi ni sah la mesti #baterikong.

Bateriku.com Dapatkan Kepastian

Jam baru pukul 7.00 pagi, kedai memang la tak bukak. Nak jump-start aje, karang takut ada isu plak masa bergerak atas jalan. Jadi sebab dah ambil insuran dengan etiqa Takaful, so Naz pun call la etiqa Auto Assist (1-800-88-6491). Hampir 30 minit berada atas talian tapi hanya voice automated machine aje yang menjawab. Disebabkan berpuasa tak boleh nak marah kan, jadi Naz cuba pula call Century Battery (1-800-22-8837) malangnya dapat juga voice automated machine. Apa lagi terus naik status kat FB tentang apa yang terjadi.

Status FB
Update status di facebook

Alhamdulillah, rakan Yeop Maz menyapa dan rekomen Naz untuk call Bateriku.com untuk mendapatkan khidmat bantuan. Naz pun call talian 1-800-22-2324 bateriku.com dan selepas 3 deringan seorang wanita menjawab.

Bantuan Yeop Maz
Yeop Maz rekomen untuk call Bateriku.com

Jam ketika itu 7.49 pagi dan setelah menceritakan situasi yang berlaku, pegawai tersebut memberitahu Naz kurang lebih jam 8.30 pagi bantuan akan sampai jika keadaan trafik ok. Sementara menunggu ketibaan bantuan, Naz menerima pesanan SMS dari bateriku.com menyatakan mereka telah menerima aduan Naz.

Pesanan SMS dari Baterikudotcom

Jam sudah pukul 8.40 pagi, tiba-tiba mendapat panggilan dari bateriku.com menyatakan ada kelewatan dan mereka menjangkakan dalam jam 9.10 pagi baru boleh tiba. Jadi Naz terus menunggu…

Bantuan tiba
Bantuan tiba

Jam 9.10 pagi, kereta bantuan putih berlogokan bateriku.com tiba dan terus bersiap memakai alat keselamatan diri. Orangnya tinggi dan besar, menyapa dan memperkenalkan diri sebagai Dayat. Langkah pertama, bro Dayat mengambil meter penyukat untuk memeriksa keadaan bateri. Apabila disukat, bacaan bateri telah pun menunjukkan 0 volt, patut pun dah tak boleh nak start tadi. Kemudian bro Dayat bertanyakan samada Naz perasan tanda-tanda di kenderaan apabila bateri dah lemah. Yang Naz perasan, bila nak hidupkan enjin ia agak berat. Bro Dayat pun bagitau, kalau kereta jenis MyVi antara tanda-tanda bateri dah mula lemah apabila bacaan meter minyak tiba-tiba turun walaupun minyak dah diisi. So ini salah satu tips bagi pengguna kereta MyVi.

Bacaan bateri lama 0
Bacaan bateri lama 0

Selepas dah pastikan bateri dah tak berfungsi, bro Dayat menunjukkan 2 jenis bateri yang dibawanya dalam kereta bantuan tersebut. Ada bateri jenama Amaron berharga RM195 dengan waranti 18 bulan dan bateri jenama Century berharga RM185 dengan waranti 12 bulan. Naz pilih bateri jenama Amaron bukan sebab Naz marahkan Century sebab tak angkat call tadi, tetapi disebabkan waranti yang lebih (value for money).

Bateri yang di bawa
Bateri yang di bawa

Tips nombor 2 dari bro Dayat jika membeli bateri jenama Amaron, bateri ini datang dalam kotak warna hijau dan badan bateri ini pun warna hijau. Jika ia warna lain, maka ia bukan lah bateri yang original. Tips ke-3, logo Amaron ni berwarna putih dan timbul di bahagian atas. Tips ini walaupun biasa-biasa aje tapi amat berguna bagi kita sebagai pengguna supaya tidak tertipu dengan barangan tiruan.

Bateri Amaron
Bateri Amaron
Bateri Amaron1
Bateri ini berwarna hijau
Bateri Amaron2
Tulisan AMARON adalah timbul dan berwarna putih

Bro Dayat ni pemalu bila nak ambil gambar dia. Jadi Naz hanya ambil gambar sisi dan semasa dia membuat kerja. Semasa bro Dayat tengah mengeluarkan bateri, tiba-tiba sebuah kereya BMW berhenti dan pemandunya menghampiri dan meminta kad bro Dayat untuk simpanan beliau…rasanya dia pun pernah mengalami nasib yang sama la kot.

Bro Dayat sedang memasang bateri
Bro Dayat sedang memasang bateri
Minta kad dari bro Dayat
Siap minta kad dari Bro Dayat

Selesai melayani lelaki tadi, bro Dayat pun menyambung kerjanya memasang bateri yang telah dipilih. Apabila semua sudah dipasang, sekali lagi bro Dayat memberi tips untuk memeriksa samada ada alternator dalam keadaan baik atau tidak. Beliau sekali lagi menyukat bateri tersebut dan bacaannya adalah 14.30. Apa-apa bacaan dibawah 13.80 menandakan bateri tersebut ada masalah dan harus ditukar.

Gigih Bro Dayat
Gigih Bro Dayat bekerja…
Bacaan tiada load
Bacaan tiada load

Kemudian bro Dayat menyuruh Naz membuka lampu kereta dan menghidupkan aircond pada tahap 1. Ini untuk melihat bacaan alternator samada baik atau tidak apabila sudah ada load. Sekali lagi bacaan diambil dan menunjukkan 14.17, bermakna semua dalam keadaan baik. Jika bacaan dibawah 13.80, maka kena rujuk kepada bengkel la jawabnya. Since bacaan cantik, Naz pun malas nak tanya lebih lanjut.

Bacaan dengan load
Bacaan dengan load

Bro Dayat memberikan resit dan Naz pun membuat pembayaran harga bateri sahaja iaitu RM195. Tiada langsung caj tambahan lain dikenakan. Kalau harga luar, biasanya untuk bateri “Maintenance Free” nie berharga RM200 lebih.

Tarikh pembelian
Tarikh pembelian

Kemudian bro Dayat memberikan satu sticker bateriku.com yang mempunyai tarikh hari ini yang bermakna bateri Amaron ini dibeli pada tarikh tersebut. Sekiranya berlaku kerosakan pada bateri dan Naz nak tuntut waranti tersebut, Naz hanya perlu call nombor telefon yang tertera dan minta disambungkan kepada bahagian waranti bateriku.com. Naz hanya perlu nyatakan tarikh pembelian dan semua maklumat tersebut akan terpapar pada skrin khidmat pelanggan tersebut. Kemudian hanya perlu buat temujanji untuk juruteknik mereka datang dan memeriksa bateri tersebut. Wow mudah dan menyenangkan, tak payah nak apply cuti untuk perkara sebegini.

Selesai bantuan Bateriku.com
Selesai bantuan Bateriku.com

Jadi, jika anda mengalami nasib yang sama seperti Naz hari ini…. call sahaja bateriku.com di talian 1-800-22-2324 dan bantuan akan tiba.

 

Tentang Bateriku.com
Bateriku.com menyediakan perkhidmatan penghantaran dengan pemasangan bateri kereta dengan percuma. Selain dari itu khidmat nasihat teknikal juga diberikan. Harga bateri yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Sungguh mudah dengan bantuan pakar teknikal kami yang terlatih dan anda tak perlu mengotorkan tangan anda untuk menukar bateri.

4 langkah mudah untuk mendapatkan servis kami:

  1. Hubungi kami melalui telefon di talian 1800-22-2324 (Bebas Tol) atau WhatsApp ke nombor +6017 245 8027 (WhatsApp sahaja)
  2. Nyatakan lokasi anda atau ‘Share location‘ di mana anda berada.
  3. Nyatakan jenis bateri atau kenderaan yang anda gunakan.
  4. Pembantu teknikal akan datang ke tempat anda secepat mungkin.

6 thoughts on “Bateriku.com Bukan Sekadar Tukar Bateri

  1. baru kena pg td…. trus saya type dlm simpanan kenalan dgn kata kunci bateri…. mmg siap ada dlm simpanan no bateri ku…. saya hanya mesej je dlm xsampai 1 jam dah sampai…. cepat gila servis…..

  2. Ari tu ada wasap jgk bateriku. Memang dia jawab and bagi suggestion jenis bateri yang sesuai dengan kereta kita tapi bila tanya area kuala kubu bharu cover tak sebab jauh sikit kan walaupun area selangor,terus tak jawab dah.huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *