Berbuka Dengan Senyuman Di Pizza Hut Bersama Loaded Pockets

Pizza Hut Loaded Pockets

Berbuka Dengan Senyuman Di Pizza Hut Bersama Loaded Pockets   Pada 24 Mei yang lepas, kecoh pasal Pizza Hut Loaded Pockets telah kembali. Apa lagi, Naz pun pergi la ke cawangan terbaru Pizza Hut di Pavillion Shopping Mall. Sempena menyambut Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang, Pizza Hut kembalikan piza Loaded Pockets yang famous nie. Padat dengan limpahan kelazatan untuk memenuhi citarasa semua, piza ini merupakan ciptaan rasa yang harmoni bagi menjanjikan kepuasan sehingga gigitan terakhir!

Eric Leong, Fathia Latiff, dan Jean Ler,melancarkan Loaded Pockets sempena Ramadhan ini.

Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara bermula pada 11 Mei sehingga 21 Julai 2017. Piza Loaded Pockets ini menampilkan 12 kerak poket yang padat berinti dan menyelerakan. Setiap satunya berisi ayam serta cendawan serta ditabur keju cheddar bagi menghasilkan lebih kerangupan.

Set Kombo Loaded Pockets

Dengan kombinasi bahan-bahan segar yang pastinya menggamit selera seperti lada benggala, cebisan nanas, bawang yang dikaramel dan ayam berempah manis, piza baru ini pasti akan membangkitkan selera. Sekali gigit ada rasa-rasa macam kuah kacang satay…..itu rasa lidah Naz la ya.

Fathia Latiff, Duta Pizza Hut Malaysia

Yang buat menarik lagi menikmati piza ini, dapat makan piza Loaded Pockets sambil melihat aksi Fathia Latiff berinteraksi bersama kelab peminatnya. Fathia Latiff ini merupakan duta Pizza Hut Malaysia. Piza Loaded Pockets ini lancarkan dengan slogan, “Juadah Beraneka Memikat Selera di Bulan Mulia”. Pelbagai aktiviti diadakan sambil-sambil menikmati hidangan dari Pizza Hut.

Fathia berinteraksi semasa majlis pelancaran
[foto kredit FB @PizzaHutMalaysia]

Naz nak rekomen kepada anda untuk mencuba Chicken Gai-Jor rolls yang berintikan bihun ini. Setiap kali piring Gai-Jor kami kosong, Mr. Eric Leong (Pengurus Besar Pizza Hut Malaysia) akan meminta pekerjanya untuk menambah lagi. Diam tak diam, meja kami makan sampai 4 set Gai-Jor tu. Memang sedap dan layan…

Chicken Gai-Jor Rolls

Piza Loaded Pockets & Set Kombo

Piza Loaded Pockets baru kini boleh didapati menerusi pesanan ala carte pada hanya RM32.50 manakala kombo pula hanya ditawarkan untuk makan di restoran. Pizza Hut turut menawarkan pilihan kombo menarik untuk dua orang dan empat orang bagi mereka yang inginkan penjimatan hebat.

Set Piza Loaded Pockets

Setiap kombo mengandungi satu piza Loaded Pockets bersaiz sederhana (kombo untuk empat orang termasuk satu lagi piza kegemaran bersaiz sederhana), sup cendawan, pelbagai pilihan minuman seperti Shaken Ice Lemon Tea dan Wildberry Smash Tea, seleksi pembuka selera untuk dipilih seperti chips & dips, Caesar Salad, garlic bread, crispy fries dan pencuci mulut puding ros. Kombo ini ditawarkan pada harga yang amat berpatutan iaitu RM39.90 untuk dua orang, dan RM79.90 untuk empat orang.

Chips & Dips

Ceasar Salad
Ceasar Salad
Chicken Wing & Garlic Bread
Chicken Wing dan Garlic Bread
Pilihan Sup Cendawan dan Sup Labu
Pilihan Sup Cendawan dan Sup Labu

Jadi boleh cuba set piza Loaded Pockets ini untuk berbuka nanti. Selamat berpuasa dan selamat berbuka. Apa pun En. Eric Leong dan pasukan Pizza Hutnya pada malam itu sungguh ohsem!

Me & Eric Leong, GM Pizza Hut Malaysia

 

Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands)

QSR merupakan pemegang francais kepada lebih 750 buah restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei dan Kemboja, ia juga merupakan operator kepada Pizza Hut Malaysia dan Singapura, dengan lebih 350 restoran di Malaysia dan 60 restoran di Singapura. QSR juga terlibat secara meluas dalam pengeluaran baka dan ladang kontrak ayam daging, pusat penetasan dan ayam dan pemprosesan, serta pelbagai perniagaan sampingan termasuk baking, commissary dan pengeluaran sos. Ini menjadikan QSR sebagai pengendali makanan Malaysia pertama dan bersepadu sepenuhnya. QSR dan anak syarikatnya menjamin pematuhan halal penuh kepada pelanggan dalam semua pasaran kumpulan. Setiap aspek proses pembuatan makanan mengikut kawalan ketat dan menerima sijil hanya diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *