Bergembira KidZania Go! Quill City Mall KL | Cuti sekolah akan tiba, ibu bapa dah ada perancangan untuk anak-anak menghabiskan cuti sekolah mereka? Jika masih tercari-cari, jangan risau…. Pergi sahaja ke KidZania Go! Quill City Mall Kuala Lumpur dari 19 – 25 Mac 2018, dari pukul 10.00 pagi sehingga 9.30 malam untuk mengisi masa anak-anak anda dengan penuh keseronokkan disamping mempelajari sesuatu yang baru sempena cuti sekolah ini.

Anak-anak anda pasti seronok kerana mereka harus memainkan peranan kepada karakter yang ada di KidZania Go! nanti. Antara karakter yang ada seperti Juruteknik di Pengawalan Kualiti Udara Sharp (Sharp Air Quality Control), Profesor di Makmal Penyelidikan Scott (Scott’s Research Lab), Jurulatih Zumba di Pusat Kecergasan Mc Donald (Mc Donald’s Fitness Centre), Ahli Silap Mata di Studio Magik (Magic Studio), Pembaca Berita di Studio TV (TV Studio), Pengawal Lalu Lintas di Volvo – Berhenti, Lihat dan Lambai (Volvo – Stop, look and wave), Hakim atau Peguam di Mahkamah (Court house) dan Ahli Sukarela di Pusat Kitar Semula (Recycling centre).





Anda juga berpeluang untuk menebus tiket KidZania Go! Quill City Mall melalui rakan eksklusif mereka atau anda boleh tebus satu (1) tiket di kaunter penyambut tetamu (aras bawah) dengan setiap pembelian RM38 dalam satu resit di mana-mana kedai di Quill City Mall. Kalau shopping barang dapur di pasaraya AEON pun boleh juga dikira.
Jangan lepaskan peluang yang menyeronokkan ini untuk anak-anak anda di musim cuti sekolah nanti.