Bermalam di Hotel Mesra Halal Grand BlueWave Hotel Shah Alam

01 Media Gathering 2017 - Registration at Borak-Borak

Bermalam di Hotel Mesra Halal Grand BlueWave Hotel Shah Alam |  Pada Sabtu lalu, Naz telah dipelawa oleh Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) untuk menghadiri program GBWHSA Media Gathering 2017 bagi menghargai pihak media di atas sokongan mereka terhadap GBWHSA sepanjang tahun 2016. Program ini termasuk penginapan 2 hari 1 malam untuk keluarga dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.

 

Invitation Media Gathering 2017 - Hotel Mesra Halal

Pihak media mendaftar diri pada pukul 2.30 pm di Borak-Borak dan disajikan dengan Welcoming Cocktail. Kemudian ucapan alu-aluan dari Puan Nor Hayati selaku wakil dari pihak GBWHSA. Kemudian pihak media terus check-in ke bilik masing-masing.

Ucapan aluan dari Pn. Nor Hayati kepada pihak media semasa sesi daftar masuk
Ucapan aluan dari Pn. Nor Hayati kepada pihak media semasa sesi daftar masuk
02 Got room key
Kunci dah terima, Daris dah tak sabar nak masuk ke bilik Deluxe

 

Bilik Penginapan di GBWHSA

Naz telah diberikan bilik bernombor 14 di tingkat 14 iaitu bilik Deluxe yang mempunyai pemandangan bandar. Sebaik melangkah masuk, kelihatan bilik yang luas dan telah dilengkapi dengan katil tambahan. Walaupun dengan katil tambahan, ia masih ada banyak ruang untuk laluan dan juga masih boleh untuk solat berjemaah bersama keluarga.

03 Room 1414
Bilik Deluxe yang luas dan selesa…

04 Itinerary with a Rose

05 Facilities - TV, Mini Bar & Coffee-Tea06 Facilities - Sofa07 Facilities - Writingy Table09 Facilities - Side Table, Controller08 Facilities - Closet10 Facilities - Toilet

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tak heran lah hotel ini telah mendapat akreditasi ISO AR3363 dan OHSAS SR0405 atas mutu perkhidmatan berkualiti dan perkhidmatan tambah nilai yang baik untuk semua tetamu mereka.

Akreditasi
Akreditasi ISO AR3363 dan OHSAS SR0405

Hotel ini juga telah disahkan sebagai Hotel 5 Bintang Pertama di Asia Tenggara yang ditauliahkan dengan Hotel Mesra Halal Tertinggi oleh Rating Crescentrating, sebuah syarikat berpangkalan di Singapura untutk memberi kesedaran dalam industri mengenai perjalanan Halal di seluruh dunia.

crescentlogo
Pengiktirafan Mesra Halal Tertinggi dari Crescentrating [ sila klik pada logo untuk butiran lanjut ]
Kurang lebih jam 3.30 petang, pihak media telah berkumpul untuk melihat bilik penginapan yang ditawarkan di GBWHSA ini. GBWHSA ini mempunyai 341 bilik mewah termasuk 280 bilik Seluxe, 58 Suite, 2 bilik Khusus dan Presidential Suite. Pendek kata, hotel ini mempunyai segala kemudahan yang diperlukan oleh ahli perniagaan yang datang menginap di sini.

Para media dan blogger sudah berkumpul untuk melihat bilik
Para media dan blogger sudah berkumpul untuk melihat bilik di Hotel Mesra Halal ini

 

Setiap bilik dilengkapi dengan talian panggilan IDD, akses internet berkelajuan tinggi, saluran tv satelit, peti sejuk mini, peralatan membuat minuman kopi dan teh, peti keselamatan peribadi di dalam bilik, penyaman udara individu, tab mandi dengan pancuran, alat pengering rambut, kunci elektronik dan sistem keselamatan.

Antara bilik-bilik penginapan yang ada di GBWHSA:

Rate Bilik GBWHSA
Terdapat 341 bilik yang tersedia di GBWHSA

Hotel ini mempunyai 19 tingkat yang telah dinaiktaraf dan dihiasi dengan konsep elegan moden kontemporari kepada tiga warna tema iaitu Hijau (Tingkat 5 – 10), Coklat/Maroon (Tingkat 11 – 17) dan Biru (Tingkat 18). BlueWave Club terletak di tingkat 18, lengkap dengan Private Club Lounge yang  disediakan untuk memenuhi keperluan ahli perniagaan yang datang menginap di sini.

13 Deluxe Room Twin Sharing - Green Theme
Bilik Deluxe (Twin Sharing) – Tema Hijau

 

Setiap bilik mempunyai tingkap kaca yang luas menawarkan pemandangan panorama ‘Masjid Biru‘ megah atau bandar taman Shah Alam. Yang menarik lagi, antara inisiatif yang diperkenalkan oleh Hotel Mesra Halal ini adalah mendedikasikan dua tingkat keseluruhan kepada ahli perniagaan atau wanita di tingkat BlueWave Club. Walaupun Ladies Floor baru dibuka, ia menyediakan keselamatan tambahan untuk eksekutif wanita yang menginap bersendirian di hotel ini.

BlueWave Club Floor
Tingkat BlueWave Club

Kemudian pihak media di bawa melawat Executive Suite di tingkat 16, 17 dan 18. Secara amnya, susun atur bilik adalah hampir sama, cuma warna tema dan jenis kemasan yang berbeza mengikut kategori bilik.

15 Deluxe Suite L16 (Hall) - Brown Theme

16 Deluxe Suite L16 (Hall) - Brown Theme

17 Deluxe Suite L16 (King Size Bed) - Brown Theme


19 Executive Suite L17 (1707) - Burgundy Theme

20 Corporate Deluxe L17 (Hall) - Burgundy Theme

21 Corporate Deluxe L17 (King Size Bed) - Burgundy Theme

22 Corporate Deluxe L17 (Attached Toilet) - Burgundy Theme


23 Executive Suite L18 (1807) - Blue Theme

24 BlueWave Club L18 (Hall) - Blue Theme

25 BlueWave Club L18 (King Size Bed) - Blue Theme

26 BlueWave Club L18 (TV) - Blue Theme

 

BlueWave Executive Club Floor

Tingkat BlueWave Club ini menyediakan 28 bilik Deluxe, 7 Suite Mewah dan 1 Suite Eksekutif. Para tetamu di tingkat ini diberi status VIP dan layak secara automatik menerima keistimewaan tambahan untuk mendaftar masuk dan keluar di BlueWave Executive Club Lounge.

27 Executive Suite L19 (1906)

 27 Executive Suite L19 (King Size Bed)

28 Executive Suite L19 (Writing Table)

30 Executive Suite L19 (Toilet1)

31 Executive Suite L19 (Toilet2)

32 Executive Suite L19 (Toilet3)

 

Presidential Suite

Terletak di tingkat yang tertinggi di hotel ini iaitu tingkat 19, Presidential Suite ini menyediakan ruang gaya hidup mewah. Ruang-ruang yang direka khas dan dilengkapi dengan perabot mewah dalam tona warna burgundy, hijau dan kelabu. Runag di Presidential Suite ini terdiri daripada sebuah bilik tidur bersebelahan bilik mandi yang lengkap dengan jakuzi, tempat duduk dewan, dewan makan dan pantri.

33 Presidential Suite L19 (1901)

34 Presidential Suite L19 (Hall)

35 Presidential Suite L19 (Boardroom)

36 Presidential Suite L19 (Mini Bar)

37 Presidential Suite L19 (Bedroom)

38 Presidential Suite L19 (King Size Bed)

39 Presidential Suite L19 (Wardrobe)

40 Presidential Suite L19 (Dressing Table)

41 Presidential Suite L19 (Toilet1)

42 Presidential Suite L19 (Jacuzzi)

Cuba lihat pemandangan luar dari lobi Presidential Suite ini…. sungguh menawan dan terpesona dengan keindahan ‘Masjid Biru’.

43 Presidential Suite L19 (View of Blue Mosque)
Keindahan panaroma dari Presidential Suite

 

Dalam blog post akan datang, Naz akan kongsikan cerita di Agehan Japanese Restaurant, Fitness Dance dengan Drumstick dan Kompang, demo masakan dari Executive Sous Chef Firdaus Ismail dan kemudahan rekreasi yang ada di Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Info lanjut tentang Grand BlueWave Hotel Shah Alam seperti berikut:

Hotel Mesra Halal GBWHSA

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *