POKKA Bukan Setakat Minuman Premium Kopi Susu Sahaja | POKKA merupakan satu jenama minuman sedia diminum (ready-to-drink) yang sudah bertapak di Malaysia sejak 1995 lagi. Tetapi dari soal selidik Naz secara rambang tentang POKKA, ramai yang menyebut tentang minuman kopi premium mereka sahaja. Kat sini Naz nak kongsikan yang POKKA bukan setakat mengeluarkan dan memasarkan minuman kopi premium sahaja bahkan telah mengeluarkan lebih daripada 60 jenis minuman dalam pelbagai pembungkusan untuk edaran pasaran tempatan setakat ini.

Dengan peralihan besar pada tahun 2007, Pokka mensasarkan untuk menjadi “jenama minuman pilihan” kepada pengguna yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Mengenai POKKA Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 1977 oleh syarikat induk Pokka Corporation yang beribu pejabat di Jepun (http://www.pokka.co.jp), Pokka Corporation (Singapore) Private Limited ( “Pokka”) (http://www.pokka.com.sg), adalah kumpulan pengeluar makanan dan minuman utama di Singapura dan Asia Pasifik.
Pokka Corporation mengeluarkan dan memasarkan pelbagai minuman di bawah jenama ‘Pokka’, serta memiliki dan mengendalikan rangkaian restoran di bawah portfolio jenama proprietary mereka. Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri minuman dan lebih 16 tahun di restoran dan pengurusan outlet makanan, Pokka adalah nama besar arena F & B di rantau Singapura & Asia Pasifik.
Hari ini, Pokka telah membentuk niche yang kukuh dalam pasaran minuman sedia diminum (ready-to-drink) dengan jenama yang sinonim dengan minuman kesihatan berasaskan teh dan buah-buahan. Kumpulan ini juga telah berjaya berkembang di pasaran luar negara dengan minuman yang kini terjual kepada pengguna di lebih daripada 50 buah negara di Asia, Timur Tengah dan Eropah. Di Singapura, minuman utama adalah Pokka ‘Teh Hijau‘ dan ‘Jus Lobak Merah‘, yang kedua-duanya menjadi pilihan No. 1 dalam kategori masing-masing.
Produk POKKA
Produk POKKA terdiri daripada beberapa kategori seperti berikut:
- Teh
- Minuman Berasaskan Susu
- Minuman Fungsi
- Kopi
- Jus Buah-Buahan
- Minuman Asia
- Minuman Sparkling
POKKA Teh Hijau Jasmin
Tahukah anda, Teh Hijau atau Green Tea merupakan produk utama (flagship) dari POKKA! Teh mengandungi beratus-ratus sebatian dipanggil polifenol, yang bertindak sebagai antioksidan – iaitu membantu meneutralkan molekul oksigen yang berbahaya di dalam badan yang dikenali sebagai radikal bebas, yang dikaitkan dengan kanser, penyakit jantung dan beberapa masalah yang kurang serius seperti kedutan. Prinsip antioksidan dalam teh hijau adalah flavanols – khususnya epigallocatechin gallate (EGCG) dan catechin. Sebaik-baiknya, anda memerlukan kira-kira 4 cawan teh hijau sehari untuk mendapatkan manfaat, tetapi kerana anda akan makan banyak makanan sinergi yang berbeza sebagai ubat, apa-apa jumlah yang anda minum sudah memadai.

Semakin ramai yang mengamalkan gaya hidup sihat, maka tak hairan lah POKKA Teh Hijau menjadi pilihan utama.
Natsbee Limau Madu
Jus Limau Madu ini diperkaya dengan vitamin C dan sesuai di ambil pada waktu pagi sebagai tambahan suplemen vitamin C anda. Sedap diminum dalam keadaan sejuk dan rasanya yang masam manis dapat membuat anda menjadi segar.

Minuman Campuran Susu
Selain minuman berasaskan teh dan jus, minuman campuran susu juga dihasilkan. Sebenarnya terdapat banyak perisa tetapi yang menarik adalah Susu & Tembikai dengan Perisa Cookies & Krim. Minuman campuran susu ini menggunakan susu yang rendah lemak.

Naz sekarang dalam proses mengurangkan makan malam, jadi Naz akan ambil samada Susu & Tembikai atau Perisa Cookies & Krim. Satu mug minuman campuran susu ini dengan sekeping roti sudah membuatkan Naz terasa kenyang. Ditambah dengan perisa yang sedap membuatkan tak jemu untuk menikmati minuman ini. Dengar kata ada perisa lain akan diperkenalkan lagi, jadi kita tunggu kemunculan perisa-perisa yang baru itu nanti.

Yang pasti, kanak-kanak akan suka dengan rasa minuman campuran susu ini selain menggalakkan mereka menggamalkan minuman yang berkhasiat.
POKKA Premium Kopi Susu dan Premium Kopi Cappuccino
Setiap kali kalau Naz kena memandu keluar negeri, Naz akan pastikan ada POKKA Premium Kopi Susu atau Premium Kopi Cappuccino ini. Rasa kopi yang sedap ini dapat menghilangkan rasa mengantuk selain meninggalkan rasa kesan kopi di dalam mulut. Jika minum kopi ini anda harus berhati-hati, kerana setiap kali meneguk air kopi ini akan membuatkan anda untuk terus meneguk hingga ke titisan terakhir. Kadang-kadang tak perasan botol semakin ringan.

Sebagai pengguna, kita tidak perlu merasa ragu-ragu terhadap minuman sedia diminum yang dikeluarkan oleh POKKA Malaysia kerana ia tiada bahan pengawet, tiada pewarna dan dijamin HALAL. Semua produk yang dihasilkan berlesen dan di bawah kawalan kualiti yang ketat dari Pokka Jepun. Tidak hairanlah kalau mereka ini telah dianugerahkan beberapa akreditasi seperti ISO 9001: 2000, ISO 22000: 2005, Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), dan Pensijilan British Retail Consortium (BRC) Global Standard Food kerana kepatuhan kepada piawaian kualiti yang ketat, kebersihan dan keselamatan makanan serta proses pembuatan minuman.

Selain daripada menjadi minuman sedia diminum (ready-to-drink), minuman-minuman ini juga boleh diketengahkan sebagai bahan kepada menu lain. Nak tahu apa, nanti Naz akan maklumkan dalam post yang lain.
Kalau nak maklumat lanjut tentang POKKA Malaysia, anda boleh ke laman web POKKA Malaysia atau ke laman facebook POKKA Malaysia.
http://www.byrawlins.com/2017/02/recipe-for-pokka-sejuk-menusuk-jiwa.html