Neffos Perkenalkan Fazura Sebagai Duta Neffos X Series | Neffos Malaysia telah mengumumkan perlantikan Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura, sebagai duta kepada Neffos X Series bagi memacu pertumbuhan jenama telefon pintar tersebut.

Neffos memilih Fazura sebagai duta kerana kejayaannya mengukuhkan dirinya sebagai antara bakat paling dikenali dalam dunia hiburan tempatan. Fazura juga merupakan seorang penghibur serba boleh kerana bakatnya dalam bidang lakonan, nyanyian, peragaan dan pengacaraan. Sebagai jenama yang berperanan merapatkan hubungan di antara manusia dan teknologi, Neffos percaya bahawa dengan adanya figura terkenal untuk dikaitkan dengan jenamanya, ia mampu membuatkan X Series lebih dikenali. Ini kerana pengguna boleh merasai sendiri inovasi bersama wajah yang mereka kenal dan gemari.

Sebagai seorang selebriti terkenal, tentunya Fazura mempunyai jadual yang padat dan sentiasa perlu berada di hadapan kamera. Dengan Neffos X Series, Fazura tidak perlu risau dari terlepas merakam detik-detik berharga beliau. Dilengkapi ciri phase-detection autofocus (PDAF) yang sangat pantas dan sistem penyahkunci dalam masa hanya 0.2 saat, Neffos X Series membolehkan bintang J Revolusi itu merakam gambar dengan hanya satu senyuman.

Mengapa Fazura?
Apabila ditanya kepada Pengurus Kanan Pemasaran TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd., Kelvin Lim, “Kami mahukan seseorang yang benar-benar dapat memahami falsafah Neffos dan mengangkat jenama ini menjadi antara pesaing utama di Malaysia. Fazura merupakan pilihan pertama kami kerana beliau memiliki semua kriteria yang kami cari. Jadi, tidak hairanlah jika beliau dipilih sebagai duta kami.”

“Semua orang tahu bahawa Fazura menjalani gaya hidup yang pantas. Maka amat penting untuk memiliki sebuah peranti yang pantas dan boleh dipercayai. Neffos X Series mampu melakukan semua ini, menawarkan Fazura dengan kombinasi sempurna di antara kepantasan dan gaya,”.
“Saya berbangga kerana diberi peluang untuk menjadi duta kepada salah satu jenama yang paling inovatif, bercita-cita tinggi dan pantas berkembang di negara ini. Sebagai duta kepada Neffos, saya tidak sabar untuk memperkenalkan lebih banyak inovasi yang menarik dan mencetuskan inspirasi daripada jenama ini kepada rakyat Malaysia,” kata Duta Jenama Neffos X Series, Fazura.

Pada majlis tersebut, Fazura telah menyerikannya lagi dengan menyampaikan 2 buah lagu buat peminatnya…
Pelantikan duta jenama mengukuhkan lagi perancangan Neffos untuk menjadikan Neffos X Series sebagai telefon pintar pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia. Selari dengan motto Neffos iaitu ‘Close to you’ (Dekat dengan anda), X Series ialah telefon pintar yang dibina khas untuk memenuhi keperluan pengguna yang mahukan ketersambungan serta interaktiviti pantas. Dengan ciri PDAF (phase-detection auto-focus) yang sangat pantas dan sistem penyahkunci ID cap jari cuma 0.2 saat, X Series membolehkan orang ramai sentiasa berhubung.

Neffos X1 dan Neffos X1 Max telah diperkenalkan kepada media pada Januari lepas, di mana Neffos X1 telah berada di pasaran RM769 untuk 2GB RAM dengan 16GB ROM serta RM849 bagi 3GB RAM dengan 32GB ROM. Neffos X1 kini boleh didapati di semua pengedar dan penjual sah Neffos di seluruh negara.

Manakala Neffos X1 Max pula akan tiba pada Mac 2017 pada harga RM999 untuk 3GB RAM dengan 32GB ROM serta RM1,149 bagi 4GB RAM dengan 64GB ROM.
Selain daripada itu, Neffos X Series hadir bersama jaminan selama dua tahun. Jadi, pelanggan boleh menikmati ketenangan minda apabila memiliki sebuah telefon pintar Neffos. Program jaminan selama dua tahun itu juga menawarkan servis ke atas beberapa isu mekanikal dan teknikal yang tertentu, kecuali kerosakan secara tidak sengaja atau skrin pecah. Neffos ada menawarkan pertukaran peranti satu-dengan-satu kepada pelanggan apabila peranti Neffos mereka mengalami kerosakan yang tidak boleh dibaiki dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.
Maklumat lanjut, sila layari Laman Web Neffos atau layari laman Facebook Neffos Malaysia
Mengenai TP-Link
Ditubuhkan pada tahun 1996, TP-Link merupakan penyedia peranti rangkaian dan aksesori global yang boleh dipercayai, dan terlibat dalam seluruh aspek kehidupan harian manusia. Syarikat ini sering disenaraikan oleh firma analisis IDC sebagai penyedia No. 1 peranti WLAN dan CPE jalur lebar*, menyediakan bekalan ke lebih 120 buah negara serta memberi perkhidmatan kepada ratusan juta pengguna di seluruh dunia.
Dengan warisan kestabilan, prestasi dan nilai yang sudah terbukti, TP-Link telah menghasilkan satu portfolio produk yang mampu memenuhi keperluan rangkaian setiap individu. Kini, dengan gaya hidup yang sentiasa terhubung dilihat semakin bertambah, syarikat telah berkembang pada hari ini untuk memenuhi permintaan pada masa depan.
*berdasarkan kepada penerbitan IDC Worldwide Quarterly WLAN Tracker Report, Q32016 Final Release.
Mengenai Neffos
Jenama Neffos dihasilkan oleh TP-Link pada tahun 2015 untuk meneroka pasaran telefon pintar global. Ia berusaha untuk menghasilkan peranti mudah alih peribadi yang paling berorientasikan kepada manusia dalam era digital yang baru. Di samping menghubungkan manusia dengan individu lain dan dunia di sekeliling mereka.
Maklumat lanjut, sila layari Laman Web Neffos atau layari laman Facebook Neffos Malaysia