‘Berserah’ Kolaborasi Pertama Zizan Razak Dan Ismail Izzani

Berserah single terbaru

‘Berserah’ Kolaborasi Pertama Zizan Razak Dan Ismail Izzani | Siapa yang tidak kenal dengan kehebatan Zizan Razak, seorang pelakon, pelawak, pengacara dan juga penyanyi rap popular. Bukan sahaja mampu memberikan yang terbaik di atas pentas dan layar lakonan, Zizan juga sering menunjukkan sisi lainnya kala menyampaikan lagu-lagu rapnya sendiri.

Kali ini Zizan tampil dengan sebuah karya baru berjudul ‘Berserah’ bersama dengan seorang lagi bintang muda terkenal, Ismail Izzani yang mula mengukir nama sejak beberapa tahun lalu, dan kini tersenarai sebagai salah seorang penyanyi yang diminati generasi masa kini.

Zizan dengan Berserah

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ” Lagu Berserah ini membawakan mesej positif. Selain itu juga penyampaian lagu ini  hasil  kombinasi di antara Zizan Razak dan juga Ismail Izzani di harapkan boleh memberikan impak yang baik kepada semua yang mendengar.  ”

Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat, Alif dan lirik oleh Ariz ini adalah kolaborasi pertama Zizan bersama Ismail Izzani. Ia membawa mesej positif secara tidak langsung mengajak orang lain untuk berbuat baik juga.

Lagu ‘Berserah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Hari Ini’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Artist : Zizan Razak & Ismail Izzani
Title : Berserah
Composer : Alif for Magic Potions
Lyrics : Alif for Magic Potions / Ariz for Talegas Production
 
 
Lirik – Berserah
 
Chorus
 
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepadamu
Tapi ni pilihanku
 
Verse 1
 
Sesamar malam, nampak kelibat balik bamboo
Terdengar berlagu keliru pungguk atau hantu
Atau mungkin aku, yang masih lagi ragu-ragu
Hingga terbalik baju masih jumpa jalan buntu
 
Satu dua kali salah, ada peluang lagi
Tapi jadi tiga kali, mana lagi mahu lari
Banyak hati ku sakiti dan janji yang diubah
Bukan bersama Jebat walau gaya tolak Tuah
 
Bukannya tak sedar aku kekhilafan
Kadang ku diduga untuk baiki kesilapan
Jadi alang-alang nekad, kusorokkan hakikat
Biar aku berserah kalau neraca ku diangkat
 
Chorus
 
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepadamu
Tapi ni pilihanku
 
Verse 2
 
Tiada benci yang kekal, tiada kasih yang kekal
Penghujung tak sempurna bila cinta sukar tekal
Dibolak-balik pasti, dimainkan emosi
Diorak-arik dalih menghalal yang tidak boleh
 
Makin hari makin aku dapat lihatkan dejavu
Indah yang dirasa berbeza tak macam dilagu
Rawan mencengkam hati, disalah dan dicaci
Aku berdosa lagi demi kau yang kekal suci
 
Jadi selagi ada nyawa jangan siapa hukum aku
Selagi ada nyawa taubat itu hak aku
Jangan nak berdiri antara aku dan pencipta
Itu saja yang ingin ku pinta
 
Chorus
 
Tuhan tolong ampunkan dosa-dosaku
Ku berserah kepadamu
Jika salah silap puncanya aku
Ku berserah kepadamu
Tapi ni pilihanku
 
Outro
 
Satu kali salah, Dua kali salah
Tiga kali sampai berapa kali boleh salah
Lumrah manusiawi bila lebih dua kali
Takkan kita diberi peluang lagi
 
Ku berserah,
 
Bukan cuba tegakkan benang yang basah
Yang ku lakukan ini salah tetap salah
Tapi ini saja jalan walau jatuh hukum
Jumpa lagi nanti, salam. assalamualaikum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *