‘Big Stage 2020’ Pada Skala Norma Baharu Dengan Dimensi Berbeza

Big Stage Norma Baharu banner

‘Big Stage 2020’ Pada Skala Norma Baharu Dengan Dimensi Berbeza | Program realiti ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian yang mempertaruhkan bakat muda generasi ‘Budak Baru Nak Up’ atau lebih dikenali sebagai ‘BBNU’. Kembali dengan pengisian serba mantap, penganjuran ‘Big Stage 2020’ bakal dilaksanakan mengikut SOP dan rutin kelaziman baharu dengan tagline ‘Dominasi BBNU Norma Baharu’.

Big Stage 2020 Dimensi Berbeza

Musim ketiga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada lapan [8] bintang lelaki dan empat [4] bintang wanita di pentas utama selama lapan [8] minggu.

‘Big Stage 2020’ juga masih mengekalkan format asal penjurian yang terbahagi kepada dua [2] bahagian iaitu berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga [3] bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK. Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Pengacara Big Stage 2020

Untuk makluman, barisan juri profesional adalah terdiri daripada lima [5] ahli panel iaitu tiga [3] juri tetap, seorang [1] juri jemputan dan seorang [1] presiden netizen. Sebelum ini, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Manakala penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Han Byul pula dinobatkan sebagi juara musim kedua (2019).

Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria, “Walaupun baru memasuki tahun penganjuran yang ketiga, pengaruh dan kredibiliti jenama ‘Big Stage’ dalam memartabatkan karya dan bakat luar biasa angkatan ‘BBNU’ yang lebih mendominasi ruang digital ke pentas komersial arus perdana ternyata membawa impak yang besar terhadap perkembangan industri seni tanah air secara menyeluruh.

‘Big Stage’ selaku platform perkongsian integrasi yang mengangkat seni muzik turut melakar sejarah yang membanggakan apabila berjaya menembusi tembok empat buah negara iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan menerusi inisiatif penganjuran musim kedua tahun lalu. Meskipun tidak dapat membuka ruang perkongsian di peringkat antarabangsa untuk musim ini atas faktor keselamatan dan kesihatan bagi menangani krisis Covid-19 yang sedang melanda dunia, pengalaman tersebut telah membuka satu lembaran baharu yang menjadi pemangkin kepada semangat kami untuk terus menerbitkan kandungan hiburan berkualiti.

Dalam berhadapan dengan situasi ketidaktentuan pada ketika ini, pelbagai perubahan dan pengubahsuaian akan dilaksanakan demi mematuhi syarat dan garis panduan SOP norma baharu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Antara perubahan paling ketara untuk musim ini ialah penganjuran konsert mingguan yang akan dibuat pada skala yang lebih kecil melibatkan kehadiran jumlah penonton yang jauh lebih sedikit berbanding dua musim terdahulu. Namun begitu, strategi pemantapan kandungan telahpun diatur dengan teliti agar tidak menjejaskan mutu penganjuran sekaligus menjamin kepuasan tontonan yang maksima kepada penonton di rumah.”

Rangkaian program ‘Big Stage 2020’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) sertaturut boleh turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 10 Ogos 2020. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 15 Ogos 2020.

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage 2020’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 16 Ogos 2020.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2020’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105).

Untuk pengisian di platform digital pula, program ‘Big Stage Live Plus’ akan disiarkan secara langsung bermula jam 9.00 malam di laman www.gempak/bigstage ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘Big Stage 2020’ bermula 16 Ogos 2020.

#BigStage2020 #DominasiBBNUNormaBaharu #NormaBaharu       

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *