Bufet Ramadan Istimewa Citarasa Penang

Media Food Review di Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Bufet Ramadan Istimewa Citarasa Penang │ Grand BlueWave Hotel Shah Alam │  Alhamdulillah dapat rezeki lagi untuk mencuba hidangan bufet sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba. Kali ini Naz telah dijemput oleh Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) sempena food review untuk para media bertemakan “Istimewa Citarasa Penang”. Dari tema je dah boleh agak rangkaian hidangan yang akan disajikan.

Citarasa Penang @ GBWHSA

Setakat ini Naz dah rasai bufet Ramadan bertemakan Ala Bazar Ramadan, Aneka Rasa dan Selera Nostalgia, so kali ini hidangan Istimewa Citarasa Penang dibawa ke Shah Alam. Terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan setiap hari yang akan disediakan sempena berbuka puasa tahun ini oleh restoran Royale Songket (GBWHSA).

Bila sebut pasal Citarasa Penang, tidak sah kalau tiada menu utama seperti Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Nasi Beriani Kambing, Daging Masak Hitam, Mee Udang Hokkien, Rojak Pasembur, Sotong Kangkung dan banyak lagi.

Nasi Beriani Kambing

Hokkien Prawn Mee

Terdapat juga Nasi Tomato, Daging Rendang Tok Mamu, Kari Ketam, Nasi Dhal, Ketam Masak Lemak, Ayam Masak Merah Berkacang Peas, Nasi Jintan Putih, Rendang Ayam Utara, Sambal Udang Petai, Pajeri Nenas Berkerisik, Ayam Golek Serai Wangi, Ikan Bakar, Rendang Mamu dan Nasi Ayam Hainan.

Kari Kepala Ikan

Ikan Kukus

Selain daripada hidangan berat yang dinyatakan tadi, GBWHSA juga menyediakan hidangan ringan seperti Lemang, Nasi Impit, Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Penang Char Kuey Teow, Ayam Tandoori dengan Roti Naan, Tosai, Rojak Pasembur, Popiah Basah, Sotong Kangkung, Makanan Laut (Seafood), Bubur Lambuk, Dim Sum dan Wanton Goreng.

Hidangan citarasa penang yang lain

Sotong Kangkung

Assorted Dim Sum

Bagi yang sukakan manisan, anda pasti akan gembira dengan barisan hidangan pencuci mulut yang disediakan antaranya kuih-muih Melayu dan Nyonya,  Chendol Pulut, Pop Corn, Ais Krim, ABC Ais Kacang, pelbagai jenis bubur, pelbagai jenis kek, Pic sejuk dengan Sago dan Kelapa, Roti Pisang and Pudding Mentega.

Cendul

Cendul yang dihidangkan

Sago

Assorted Kuih Melayu

Assorted Dessert

Promosi Bufet Ramadan GBWHSA bermula dari 27 Mei hingga 24 Jun 2017. Bufet Ramadan 1438H / 2017M ini akan disajikan di Restoran Royale Songket yang dihiasi dengan konsep warisan Melayu kontemporari diilhamkan dari fabrik songket berwarna emas dan perak. Harga bermula dari RM115.00+ untuk seorang dewasa dan RM65.00+ untuk warga emas (60 ke atas) dan kanak-kanak (4-11 tahun). Terdapat juga harga istimewa untuk hujung minggu dan cuti am yang bermula dari RM115.00+ untuk satu dewasa dan 1 kanak-kanak.

Bagi 10 hari pertama bulan Ramadan, terdapat promosi istimewa dengan harga RM90.00+ untuk seorang dewasa dan RM50.00+ untuk kana-kanak (4-11 tahun).

Selain dari makanan yang disediakan, para pengunjung juga akan dapat menikmati bacaan Al-Quran dan solat Maghrib berjemaah di Surau. Seperti biasa, GBWHSA akan menjalankan Projek Bubur Lambuk Amal Barakah dan acara khas untuk anak-anak yatim di bulan yang suci ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh menghubungi bahagian Jualan dan Pemasaran di talian 03-5511 8811 ext. 2801, 2804 or 2806, emel kepada dosm@bluewavehotels.com atau lawati website kami di www.bluewavehotels.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *