NU-Caffé Tongkat Ali Pembekal Tenaga │ Haaaa ini ada kopi baru dalam pasaran yang dikenali dengan hashtag #kopipadu atau nama komersilnya NU-Caffé Tongkat Ali. Kopi pracampuran dengan adunan sempurna 100% kopi Arabica dan krimer dengan ekstrak 50mg Tongkat Ali PHYSTA®. Ya betul, kopi dengan ekstrak Tongkat Ali yang membekalkan tenaga kepada si peminum.

NU-Caffé Tongkat Ali ini adalah keluaran syarikat tempatan yang berpengkalan di Glenmarie, Shah Alam iaitu Biotropics Malaysia Berhad. Ini adalah satu usaha untuk menempatkan keluaran hasil bumi Malaysia ke pasaran dunia. Apa kelebihan kopi padu ini?
Kelebihan NU-Caffé Tongkat Ali Pembekal Tenaga
Kelebihan kopi pracampuran ini adalah pada ekstrak Tongkat Ali nya. Ia merupakan bahan mentah asli 100% ekstrak Tongkat Ali yang dikering dan disejuk−beku (memastikan bahan bioaktif tidak musnah). Menggunakan teknologi pengekstrakan berasaskan air yang dipatenkan yang mana ia mengasingkan dan mengekalkan komponen bahan Bioaktif.

Setiap sachet atau hidangan mengandungi 50mg ekstrak Tongkat Ali PHYSTA® yang berupaya memberikan kesan kepada si peminum berdasarkan kajian klinikal yang dibuat. Yang paling penting ia mematuhi piawaian SIRIM MS:2409:2011 yang memastikan bahan aktif hadir dan konsisten.
Apa itu PHSYTA®
PHSYTA® merupakan 100% larutan tulen Eurycoma longifolia ekstrak akar proprietari yang seragam berdasarkan sebatian penanda yang dipercayai. Ia telah mendapat pensijilan dan pengiktirafan dari 4 negara iaitu Amerika Syarikat, Jepun, Eropah dan Malaysia. Ini adalah hasil penyelidikan saintis Malaysia dengan saintis Massachusetts Institute of Technologu (MIT) USA. Ia dihasilkan di fasiliti bertaraf GMP, ISO 220000 dan HACCP serta satusatunya fasiliti penghasilan ekstrak di Malaysia yang melepasi pemeriksaan oleh United State Food Drug Administration (USFDA)
Penyediaan NU-Caffé Tongkat Ali
Setiap sachet mengandungi 25g kopi pracampuran ini dan hanya perlu larutkan ke dalam air panas 200ml, dan kacau hingga sebati. Yang pasti anda akan terhidu aroma yang harum semerbak ini. Mungkin juga akan ada orang sekeliling yang bertanya “Kopi apa tu?”.


Rasa kopi NU-Caffé Tongkat Ali agak unik kerana kebiasaan kopi pracampuran adalah manis, tetapi berbeza dengan yang ini. Rasa kopi bercampur dengan rasa pahit manis Tongkat Ali berjaya membangkitkan deria rasa lidah Naz. Terutama sekali apabila menikmatinya seawal pagi di pejabat. Selain memberi kesegaran di awal pagi, ia juga memberikan tenaga untuk aktif bekerja. Tongkat Ali juga yang Naz sedia maklum memperbaiki aliran darah dalam badan dan sangat baik untuk kesihatan lelaki. Disamping ia juga bertindak sebagai ejen meningkatkan libido (ghairah seksual).

Kat mana nak dapat NU-Caffé Tongkat Ali?

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kopi yang baru di pasaran ini boleh membelinya secara online di Kedai Denaisell pada harga RM18.50 sekotak (5 sachets) atau RM52.50 sekotak (15 sachets).
Selamat mencuba kepada yang bakal membeli.
Bagaimana Nak order nu coffee 15’s, t.ksh
Tuan, boleh order melalui link ini https://shop.biotropicsmalaysia.com/product/12/nu-caffe-tongkat-ali-15s. Terima kasih