Burger King Malaysia Lancar Promosi “Ninja!” | Bun Hitam Dan Jumbo Frank

Burger King Logo (Malaysia)

Burger King Malaysia telah melancarkan promosi terbaru mereka di seluruh Malaysia iaitu Burger Ninja! Di mana satu pengalaman baru merasakan burger bersama bun hitam bermula 3 Mac ini. Anda mungkin sudah perasan iklan terbaru Burger Ninja! di tv….

Apa itu Burger Ninja! ?

Burger Ninja! yang baru ini diapit dengan bun hitam setebal 4 inci yang ditabur dengan bijan, dan di tengahnya di isi dengan patty daging lembu atau ayam yang di gril, dilapisi dengan daun salad dan dilengkapkan dengan sos teriyaki.

Ninja! Beef & Chicken Deluxe

Selain dari itu, Ninja! Frank Jumbo turut diperkenalkan sekali pada pelancaran ini. Sosej ayam yang bersaiz besar diapit dengan 2 keping daging ayam salai, di hujani dengan sos teriyaki yang enak, dan lengkapkan dengan salad serta bawang yang di gril. Semua ini diletakkan dalam bun yang gebu.

Ninja! Jumbo Frank

Pada hari pelancaran promosi Ninja! ini, NaZ berpeluang untuk mencuba rasa burger terbaru dari Burger King. Sambil-sambil tu menjenguk juga ke tempat penyediaan burger tu…

Penyediaan Burger Ninja!

NaZ sukakan rasa Beef Deluxe berbanding dengan Chicken Deluxe. Yang best adalah rasa grilled onion dia. Harga untuk burger Ninja! ini bermula dari RM5.95 manakala harga set seperti di bawah:

Ninja Deluxe

Terdahulu pihak Burger King Malaysia telah mengadakan sidang media mengenai pelancaran promosi terbaru ini. Ketika majlis tersebut, Keith Loh, Pengarah Pemasaran Burger King (Malaysia dan Singapore) berkata promosi Ninja! ini adalah antara promosi yang telah dirancang sepanjang tahun ini.

Fariz (COO of Burger King) and Keith Loh (Director of Marketing) at launch of Burger King Ninja!

Tambahnya lagi, Burger King akan sentiasa cuba memberi keseronokkan kepada pelanggan mereka. Bun hitam itu merupakan hit masa kini dan memberi peluang kepada mereka untuk mempersembahkan patty popular mereka dalam bentuk dan pengalaman baru.

Terdapat 4 Burger Ninja! dan Jumbo Frank yang dilancarkan bersama air anggur dan fries.

Promosi Ninja! Burger

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, anda boleh ke:

Laman Web:  http://www.burgerking.com.my/

Facebook: https://www.facebook.com/bkmalaysia

tapi ingat, promosi Ninja! untuk masa yang terhad saja…..

jangan berlenggah lagi!

4 thoughts on “Burger King Malaysia Lancar Promosi “Ninja!” | Bun Hitam Dan Jumbo Frank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *