Bukan sekadar mi kari biasa di Restoran Mi Kari Udang Galah RHS. Inilah keistimewaan di restoran ini yang menyajikan hidangan mereka dengan udang galah yang segar. Terletak di Bandar Sri Permaisuri betul-betul di bawah pejabat Koperasi Pengusaha Melayu Kuala Lumpur Berhad (KPMKLB).

Restoran ini merupakan salah satu cabang bisnes yang dikendalikan oleh Koperasi Pengusaha Melayu Kuala Lumpur Berhad (KPMKLB). Yang menariknya resipi mi kari ini adalah dari Tuan Haji Saharudin Mohd Noh (Yang DiPertua KPMKLB) dan itulah singkatan untuk RHS = Resepi Haji Saharudin.

NaZ ke sini pada hujung Febuari lalu dengan Kisah Tatie untuk membuat food review. NaZ memang suka udang galah jadi memang teruja sangat bila ke restoran ini.
Menurut Muhammad Al Hafiz, restoran Mi Kari Udang Galah RHS sudah beroperasi setahun lebih. Memang tarikan utama adalah penggunaan udang galah di dalam hidangan mereka. Udang galah yang digunakan ditempah 2 hari sekali dan datang dari 3 sumber iaitu dari Sabah, Tanjung Lumpur Pekan dan Jelebu. Setiap kali tempahan adalah sebanyak 100 kilogram dan memang boleh habis dalam masa 2 hari…dahsyat kan!

Sambil-sambil menunggu hidangan siap, NaZ cuba dapatkan tip-tip tentang udang galah dari pakar di restoran ini. Ni dia apa yang NaZ dapat:
- jantina udang galah ni boleh diketahui melalui warna mereka; jantan warna lebih cerah manakala betina pula warna gelap.
- bagi menjaga rasa segar udang galah ini, jangan di siang terlebih dahulu apabila di beli. Terus masukkan di dalam peti sejuk. Hanya apabila nak di masak baru dibersihkan dan dibilas pada air lalu terus masuk ke dalam periuk.
Di restoran ini terdapat 3 jenis saiz udang galah yang boleh di pilih mengikut kehendak pelanggan…. XXL, XL dan L. Harga pula agak berpatutan memandangkan ia adalah udang galah segar.

Seperti biasa minuman dihidangkan dulu. Ini adalah antara minuman favourite yang patut dicuba bila ke restoran ini.



Sajian makan tengahari menyusul selepas itu. Ini adalah antara hidangan makan tengahari yang bermula pada jam 12 tengahari.

Saat yang di nanti-nantikan telah tiba….hidangan mi kari udang galah telah sampai ke meja kami.

Rupanya bukan setakat mi kari saja yang diletakkan udang galah malah dalam mi rebus dan mi bandung juga ada.



NaZ pilih Mi Bandung Udang Galah, memang sedap ditambah pulak dengan udang galah tu sehingga menjilat jari. Jangan percaya bulat-bulat apa yang NaZ tulis di sini, datang sendiri dan rasa.
Selain dari itu ada juga Nasi Goreng Udang Galah dan Nasi Lemak Udang Galah bagi yang nak kan nasi juga. Hidangan ini akan mula di jual bermula 3.30 petang.
Bermula dari 4.30 petang, menu lain turut di jual seperti Bubur Nasi Udang Galah, Nasi Arab Udang Galah dan Nasi Briyani Udang Galah.
Harga di sini antara RM2.50 hingga RM20.00 semangkuk. Agak berpatutan dengan rasa yang sedap dan udang galah yang segar.

Selain dari itu, restoran ini juga menjual produk Garam Gunung Pureline dengan harga RM10 sebotol. Garam ini juga turut diguna dalam masakan di restoran ini. Terdapat banyak khasiat dalam garam gunung ini. Kalau berminat boleh hubungi restoran ini untuk membuat tempahan.
Jadi bagi yang berminat untuk rasa makanan kegemaran anda dengan udang galah bolehlah mengunjungi:
MI KARI UDANG GALAH RHS
Alamat: No 18, Jalan Dwi Tasik 2, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur.
No. Telefon: +603 9174 1956
Waktu Operasi: Dari jam 12:00 tengahari hingga 3:00 pagi.
Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/MeeKariUG
Tergoda aku tengok !