Diam tak diam KidZania Kuala Lumpur sudah berusia 2 tahun dan meraikan ulangtahun ke-2 pada 2 Mac 2014 yang lalu. Sebuah pusat pendidikan-hiburan keluarga yang telah dikunjungi hampir 1 juta pelawat sejak 2012.

Banyak aturcara yang telah dirancang buat pengunjung sempena ulangtahun ke-2 ini. Dengan tema ‘All Good Things Come in 2s’!, pihak pengurusan KidZania telah memberi pas masuk percuma kepada 200 pengunjung yang pertama, pengunjung seterusnya diberi diskaun 40% ke atas pembelian tiket. Juga menampilkan persembahan istimewa dari 2 kumpulan iaitu Beaming Strings Essemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists. Tak berhenti di situ, pada jam 2 pula 200 pengunjung yang bertuah diberikan party pack yang mengandungi popcorn dan barangan eksklusif dari KidZania. Memang menepati tema 2 mereka…

Jam kurang lebih 11.30 pagi, berlansung acara perasmian ulangtahun ke-2 yang dihadiri sendiri oleh Gabenor KidZania Malaysia, Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin (Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions & Resorts Sdn Bhd), Encik Andres Fabre (Ketua Pegawai Operasi KidZania Central Govenment), Encik Mohd Daud Mohd Arif (Setiausaha Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)) dan Tuan Haji Zainuddin Abas (Pengarah KoKurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia). Turut hadir pada acara ini ialah Yang Amat Mulia Tunku Ali Redhauddin Muhriz untuk menyaksikan perasmian gilang gemilang tersebut.

Pada majlis tersebut, upacara penyampaian hadiah kepada pemenang kontes video telah diadakan. Adik Emily Gunn Shian Mum, 11 tahun (dari Petaling Jaya) dan adik Lau Hau Shien, juga 11 tahun (dari Klang) telah berjaya memenangi pakej percutian sekeluarga (4 orang) ke KidZania Dubai yang bernilai RM25,00.00 setiap seorang.

Acara seterusnya ialah pemotongan kek sebagai tanda simbolik meraikan ulangtahun ke-2. Yang menariknya ia dilakukan dengan cara Kidzania yang tersendiri…

Acara meriah ini turut di sertai oleh kanak-kanak dari Pusat Penjagaan Kanak-kanak Sayang dan Rumah Kasih Sayang, lawatan mereka yang pertama ke sini ditaja oleh KidZania Kuala Lumpur.
Apa ada di KidZania Kuala Lumpur?
KidZania Kuala Lumpur sebuah pusat pendidikan-hiburan (edutainment center) yang menawarkan peluang kepada kanak-kanak untuk merasai pengalaman lebih dari 100 pekerjaan melalui role-play. Bukan setakat itu sahaja, ia juga merupakan sebuah bandar yang berfungsi dengan ekonomi mereka – menjadikan ia lebih efektif dan popular. Pada tahun 2013, KidZania telah memenangi anugerah ‘Best Experience For Kids’ di Best of Malaysia Awards (BOMA) oleh Expatriate Lifestyle Magezine dan Bronze Award kategori ‘Best Online Driver’ di Marketing Events Award.
Untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana cara bermain di KidZania Kuala Lumpur boleh lah membaca review dari SengkangBabies.com yang cukup terperinci.
Cuti sekolah semakin menghampiri, jadi boleh lah membuat perancangan untuk ke KidZania Kuala Lumpur kerana banyak aktiviti yang telah disediakan seperti KidZania CongreZZ, Kids for a Greener World dan bermacam lagi.
Waktu Operasi:
Ahad – Jumaat 10:00 am – 5:00 pm Sabtu, Cuti Sekolah dan Cuti Umum* Sesi Pertama: 10:00 am – 5:00 pm Sesi Kedua: 4:00 pm – 9:00 pm * kecuali Ahad terakhir pada setiap cuti sekolahHarga Tiket:

Untuk maklumat lanjut, boleh dapati di…
Web: http://www.kidzania.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur
Twitter: http://www.twitter.com/KidZaniaKL
Careline: 1 300 88 KIDZ (5439) 9:00 am – 8:00 pm (Isnin hingga Ahad)
Foto Galeri Sekitar Sambutan Ulangtahun Ke-2 KidZania Kuala Lumpur
