Suatu tarikan terbaru Bandaraya Kuala Lumpur bermula 15 Mac 2014 adalah produk pelancongan Kuala Lumpur iaitu KL Horse & Carriage Ride (Kereta Kuda) melalui laluan Merdeka Warisan.
Perkhidmatan kereta kuda ini telah dilancarkan pada 13 Febuari 2014 oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor bersama-sama Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abd Aziz dan Duta Turki di Malaysia, Yang Terutama H.E Ugur Dogan juga diiringi oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Ahmad Phesal bin Talib dengan menaiki kereta kuda tanda simbolik ke tapak KL Chinese New Year Cultural Festival.


Program KL Horse & Carriage Ride

KL Horse & Carriage Ride telah meletakkan Kuala Lumpur setanding dengan bandaraya-bandaraya lain di dunia turut mempunyai produk seumpama ini. Para pelancong, warga kota mahupun rakyat Malaysia yang ke Kuala Lumpur berpeluang menikmati pengalaman klasik melalui laluan lawatan bersejarah Dataran Merdeka seperti pada era tahun 1800 dengan menaiki kereta kuda.

Kuda-kuda yang digunakan berusia di antara 4 dan 5 tahun dari spesies Friesian, iaitu baka terbaik dibawa daripada Belgium untuk dilatih menarik kereta kuda. Manakala kereta kuda yang digunakan dibeli dari Istanbul, Turki. Kini setelah diberikan penjagaan, latihan dan proses penyesuaian iklim Malaysia selama beberapa bulan oleh Unit Berkuda DBKL, kuda-kuda tersebut kini mampu menarik kereta kuda merentasi jalan raya Kuala Lumpur yang sibuk.

Jadual Perjalanan
Sebagai panduan, jadual perjalanan kereta kuda pada waktu pagi antara jam 10.00 pagi sehingga jam 11.30 pagi manakala waktu petang pada jam 3.00 petang hingga jam 4.30 petang. Sebanyak 2 unit kereta kuda disediakan dan setiap satunya terhad kepada 4 hingga 5 orang penumpang dewasa sahaja.

Laluan Merdeka Warisan Ride Carriage
Program yang bermula dan berakhir di Galeri Kuala Lumpur akan dibawa melalui Jalan Mahkamah Persekutuan – Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek – antara masjid tertua di Kuala Lumpur dan juga merupakan titik pertemuan dua sungai iaitu Sungai Klang dan Sungai Gombak, melalui Panggung Bandaraya sebelum menyeberangi Jalan Raja seterusnya ke Gereja St Mary’s sehingga ke Kelab Di Raja Selangor sebelum membuat pusingan untuk kembali semula ke Galeri Kuala Lumpur. Di sepanjang perjalanan pelancong akan diberikan penjelasan bangunan-bangunan warisan dan sejarah yang dilalui oleh pemandu / penunggang kereta kuda.


Harga Tiket Kereta Kuda
Harga tiket bagi menaiki kereta kuda adalah seperti berikut:-

Tiket-tiket tersebut boleh dibeli dikaunter Galeri Kuala Lumpur. Lain-lain terma dan syarat boleh rujuk di bawah:

Galeri Foto

nak bawa kids naik kereta kudalah cuti sekolah ini
cadangan bernas tu…kena buat jugak lah
Menarik juga ni utk dicuba dan promosi.
silakan tuan…
Menarik. Memang satu tarikan yang menarik di Kuala Lumpur
menarik juga naik kereta kuda macam ni, takde kat tempat lain di malaysia rasanya.