Permainan Interaktif Escape Room | Mencabar Minda Anda

Escape Room Setiawalk Mall Puchong

Mampukah anda…

  • mencari pembayang dalam suasana gelap?
  • menyelesaikan misteri dan mencari jalan keluar?
  • melepaskan diri dalam masa 45 minit?

Itulah antara yang perlu anda lakukan jika bermain permainan di Escape Room. Escape Room merupakan satu permainan yang unik, intuitif dan interaktif di mana anda serta rakan-rakan anda harus mencari pembayang misteri (mysterious clue) berdasarkan cerita yang anda pilih, dan menyelesaikan teka-teki serta melepaskan diri dalam masa 45 minit sahaja.

Escape Room Setiawalk Mall Puchong Entrance
terletak di tingkat 2 Setiawalk Mall bersebelahan Celebrity Fitness…

Senang nak main permainan Escape Room ini??? Saksikan VT Escape Room ini…..

Terima kasih kepada Escape Room dan Kisah Tatie yang sudi menjemput NaZ untuk turut serta dalam permainan yang mencabar minda di Escape Room Setiawalk Mall Puchong baru-baru ini.

Bersama Organiser Kisah Tatie
Tatie, Joseph Teng dan NaZ di Escape Room Setiawalk Mall Puchong

Di cawangan Setiawalk Mall Puchong ini (bersebelahan dengan Celebrity Fitness) terdapat 5 cerita yang boleh anda pilih iaitu:-

Scenes at Escape Room
Boleh pilih cerita mana yang anda suka untuk ke Escape Room…

Bagaimana nak main permainan ini…

Cara Permainan Escape Room
Mudahkan hanya 4 cara sahaja tetapi amat mencabar bila berada di dalam bilik yang gelap hanya berteman satu lampu sahaja…

Kami memilih Crime Scene : The Homocide Unit, mungkin sebab pengaruh cerita Crime Scene Investigation (CSI) di Astro dan teruja nak jadi detektif Nick Stokes. Jadi tepat jam 8.15 malam kami pun bermula dengan taklimat oleh Joseph Teng tentang apa yang akan kami hadapi. Memang nervous jugak sebab tak dapat nak gambarkan situasi yang harus ditempohi ketika itu. Namun kami bertekad untuk berjaya menyelesaikan kes ini di bawah 45 minit yang di tetapkan. Oh ya terlupa nak mention, sekiranya anda berjaya foto team anda akan terpampang di Wall of Fame manakala yang tak berjaya pula akan terpampang di Wall of Shame.

Escape Room Wall of Fame
Ini dia Wall of Fame – foto team yang telah berjaya melepaskan diri dari Escape Room

Foto Wall of Shame - Kisah Tatie
Lihat saja foto di Wall of Shame Escape Room ini…penuh sungguh dan foto team kami juga akan berada di sini…huhuhuhu
[ foto ehsan dari http://kisahtatie.blogspot.com ]
Ok bersambung kembali…bagi pilihan kami ini terdapat beberapa pintu (tak boleh bagitahu jumlah yang tepat untuk bagi suspen sikit) yang harus ditempuhi dan harus mengikut apa yang telah disuruh pada pembayang yang dijumpai. Amat tricky jugak untuk cari pembayang dia, kemudian kena pulak fikir apa jawapan pada pembayang tersebut dan fikir pulak kombinasi / kunci untuk membuka pintu untuk ke bilik yang seterusnya. Susah kan? Jangan risau anda diberikan 2 talian hayat (hanya tekan bell sahaja) dan penyelia akan membantu anda.

Berjaya di Pintu Pertama
throwback…antara pintu yang berjaya dibuka untuk ke bilik seterusnya…
Bilik Kedua
antara barangan antik yang ada di dalam Escape Room….mungkin ada clue di dalam barang-barang ini…
Ms Kasut Kaca merangkak
Ms. Kasut Kaca merangkak untuk ke bilik seterusnya…dahsyat kan…

Itu sahaja yang boleh NaZ ceritakan….. kalau boleh memang NaZ nak kongsi sepenuhnya di coretan ini tetapi nanti jadi tak best la sebab dah ada bantuan luar hehehehe. Jadi anda harus mencuba kerana ia bukan sahaja mencabar minda anda bahkan juga boleh memupuk semangat setia kawan dalam menyelesaikan cabaran-cabaran tersebut.

Losing Team @ Escape Room
Walaupun tidak berjaya…kami tetap ENJOY dengan Escape Room…

Kalau anda berminat mencabar minda anda bersama rakan-rakan, sila buat tempahan terlebih dahulu di website mereka di SINI

Escape Room Booking
Anda boleh pilih tarikh, waktu dan bilik yang disukai kemudian isikan butiran diri anda…bila tiba pada masanya hadirkan diri 10 minit sebelum masa yang telah di tempah…

Harga agak mahal juga kerana di kira berdasarkan 1 kepala 1 permainan, tetapi cabaran minda yang betul-betul menguji tahap pemikiran membuatkan ia berbaloi. Sangat sesuai untuk acara team building

Escape Room Prices

Untuk butiran lanjut tentang Escape Room ini boleh follow social media mereka dengan klik pada icon di bawah:

Facebook Escape Room       Twitter Escape Room        Instagram Escape Room

  

 

8 thoughts on “Permainan Interaktif Escape Room | Mencabar Minda Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *