NaZ nak habaq mai ada restoran baru di Encorp Strand Kota Damansara, Petaling Jaya yang juai Char Koay Teow Marvelicious (marvelous + delicious)… nama restoran dia panjang sikit:
Restoran Char Koay Teow
Simply Delicious Penang Mai

Lokasi
Nak senang tahu lokasi Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai (CKTSDPM) ini, ia mengadap Tune Hotels Kota Damansara…sure tak sesat punya.

Pada 5 Januari, NaZ dapat jemputan dari Sis Nora untuk sertai team makan-makan ke restoran milik Serina Datuk Redzuawan (Chef Wan). Restoran ini baru dibuka dan belum dibuat pelancaran rasmi lagi. Maklum la Serina ni sibuk menguruskan 4 bisnesnya serentak iaitu Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai (Pemilik), YKS Film Maker Sdn Bhd (Pengarah Eksekutif), Produk Anggun Serina (Pengasas) serta Farmasi Cosway (Pemilik). Jadi kami antara yang terawal dapat mencuba makanan di sini.
Tepat jam 8 malam NaZ tiba dan kelihatan beberapa blogger sudah sampai antaranya Shakiddo, DeqNoor, Nannie, Sohoque, Hazman, Jamar, Mawardi, Ahmad Fauzi dan Anarm. Semua dah tak sabar lagi…yang masih dalam perjalanan Izzati, Sis Nora, , Leeza dan Nizam Ijam (rajin berlakon sekarang).

Bila semua dah sampai termasuklah Serina, acara pun dimulakan. Encik Mazlan (rakan kongsi perniagaan Serina) memula bicara dengan kata-kata aluan kepada kami dan disusuli dengan ucapan dari Serina. Seperti yang kita ketahui Serina ni memang sporting dan talkative jadi tak lah sunyi sepi pertemuan ini.

Konsep Restoran
Restoran ini bercirikan butik tetapi dengan mood santai dan relak. Dan menggunakan warna merah jambu (pink) sebagai warna asas…jadi anda tahu sekarang Serina suka warna apa kan. Terdapat 2 ruang makan; di dalam restoran dan di luar restoran (tempat terbuka). Jadi bagi yang datang dengan famili biasanya akan memilih ruang di dalam manakala di luar restoran kebiasaannya yang datang dengan rakan-rakan.


Restoran ini yang bestnya menyediakan capaian wifi (boleh tahan laju) dan juga ruang solat. Jadi memudahkan lagi buat pelanggan yang datang.

Menu Ringkas & Harga Berpatutan
Specialty di restoran ini dah tentu Char Kaoy Teow dia…tak ketinggalan pemanis mulut yang enak lazat berkrim disukai ramai….boleh dikatakan sajian alternatif yang patut dicuba. Harga pun kira berpatutan jadi boleh bawa keluarga dan rakan-rakan datang ke sini.

Acara Makan-Makan Bermula…
Kami mula membuat pesanan dan semestinya mencuba Char Koay Teow Istimewa (ada udang, kerang dan telur mata kerbau). Ini Char Kaoy Teow basah yang sedap di makan panas-panas, kata Serina. Kalau abang dia Chef Riz datang, 2 pinggan sure tak miss punya… mesti sedap sebab Chef pun makan 2 pinggan.

Bagi yang tak suka basah-basah ni, ada Koay Teow Goreng sebagai ganti. NaZ pun try juga (thanks Nannie bagi rasa) tapi lebih prefer Char Koay Teow.

Jangan risau bagi yang sukakan nasi….ada 3 pilihan disediakan Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Udang.

Tak cukup dengan yang telah dipesan, Serina menambahkan Satay Ayam dan Daging ke meja kami….pucuk di cita ulam mendatang…kami pun makan dengan penuh berselaranya.

Memang sedap dan berpuas hati dengan rasa hidangan yang dijamah… selesai sahaja hidangan utama big boss datang ke meja kami dan dia sendiri angkat pinggan mangkuk untuk dibawa ke dapur. Memang Serina ni mengutamakan kebersihan dan keselesaan pelanggan. Bila meja kemas barulah senang pelanggan nak pesan makanan seterusnya, katanya.

Kini giliran pemanis mulut (atau dessert kata omputih). Memang sangat mengiurkan bila pemanis mulut seperti Durian Crepe, Red Velvet, Mini Pavlova (favourite ni), Tiramisu dan Kek Coklat disajikan di atas meja. Berkelip-kelip flash kamera masing-masing merakamkan foto-foto yang hendak dikongsikan. Tak perlu berkata apa-apa… Tak perlu berkata apa-apa… untuk menceritakan kesedapan pemanis mulut ini…



Tiba-tiba Sofi Jikan muncul dan terus ke meja kami bersalaman. Memang dia seorang yang low-profile tapi berisi. Sekarang ni dia akan mengarahkan filem berjudul Gangster Rock Kasi Sengat di bawah syarikat Serina iaitu YKS Film Maker Sdn Bhd.

Serina ni memang suka bercerita dan dia berkongsi pengalaman memulakan perniagaannya. Memang Serina ni berhati kental dan sanggup menghadapi cabaran dalam perniagaan…moto dia senang saja “Just Do It”. Memang kagum dengan semangat Serina ni.
Cepat sungguh masa berlalu dan kami harus mengucapkan selamat malam. Sebelum tu kami bergambar kenang-kenangan bersama Serina.

NaZ memang rekomen anda untuk ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai ini dan rasai sendiri kelazatan hidangan di sini. NaZ sertakan maklumat penuh restoran ini:
Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
No. Tel : 03 61514112
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 1 pagi (Setiap Hari)
Jangan lupa untuk gunakan hashtag #charkoayteowsimplydelicious bila anda kongsikan gambar hidangan restoran ini di laman sosial anda.
Bagi yang ingin mengikuti perkembangan terkini tentang Serina Chef Wan anda boleh follow:
fb fanpage: Serina Redzuawan
instagram: @serinaredzuawan
twitter: @serinaredzuawan
Untuk Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai ini, NaZ bagi rating:

Abang naz ni suka pinky gak kan.. heheh.. char koay teow ni makin jadi sebutan la… sedap!!
Mmg suka pink la sangat…bro Kid suka coklat cake kan sampai buat lagu hehehee
empat bintang… terbaek tu Naz
Alhamdulillah.. napaknya semua bloggers enjoy makan
kat Simply Delicious.. InsyaAllah akan ada susulan nanti..
Memang best…kerang berenang renang dalam CKT special tu
Prefer lg char koey teow tu sbb basah2 sedappp mkn. lempeng durian tu mmg perghhhhh sedappp
Sedap hingga menjilat jari…perrgghhg
Salam,Terima kasih Naz sudi kasi food review u yg begitu ikhlas,i terharu u all sudi dtg beramai ramai.Syukur semua berpuas hati dengan hidangan malam itu.kepada penggemar char koay teow penang takyah nak ke penang jauh now di kota damansara pun boleh dapat! Hope to see new people mencuba menu di Restoran Serina.
Your most welcome Serina and thank you for having us…fuh terus cakap omputih sebab lidah dah kena Char Koay Teow Special hari tu hehehe
sedap kan! hujung minggu ni nk pegi repeat lg la… 🙂
Memang best DeqNoor…mmg kena repeat dgn famili ni
Memang berbaloi la datang dari sepang makan char koay teow nie….puas hati
Betul bro hazman…memang best.
macam sedap je
Memang sedap….best marvelicious
menyesal dtg blog ni tengah malam macam ni.bikin FA lapar je.hahaha
Mimpi lah ckt sedap ni….terutama sekali durian crepe tu hehehehe
fuhh..macam-macam ada ni..
memang macam-macam adaaaaa
Kedai ni wujud lagi tak ?
Tuan Apek, kedai ni dah tak wujud lagi.