Chicken Cheesy Bites Keseronakkan Baru Pizza Hut

Chicken Cheesy Bites banner

Chicken Cheesy Bites Keseronakkan Baru Pizza Hut |  Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1 Malaysia hari ini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan – rakan.

Chicken Cheesy Bites bersama Gol & Gincu

Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya! Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.

Chicken Cheesy Bites baru

Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.

Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.

18 cheesy bites adalah dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa

“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”

GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti

Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL & GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cilidi sambil mempamerkan masa riang bersama.

Diana Danielle dan Jad Hidhir menikmati Chicken Cheesy Bites

Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.

Perkara Akhir: Mari pastikan semua kena!

Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.

Hadiah yang ditawarkan termasuklah:

  • 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
  • Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings (Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
  • 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2

Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.


Mengenai QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands)

Selain menjadi rangkaian kepada hampir 780 buah restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, India dan Kemboja, ia juga merupakan pengendali Pizza Hut di Malaysia dan Singapura dengan lebih 391 buah restoran dan kedai konsep penghantaran di Malaysia serta 80 cawangan sama di Singapura. Sebagai tambahan kepada operasi restoran, ia juga terlibat secara menyeluruh dalam bidang penternakan dan kontrak perladangan   ayam daging. Di samping penetasan, produksi ayam itik, pemprosesan dan pelbagai bentuk perniagaan sampingan seperti roti, dapur berpusat dan penghasilan sos. Semua ini menjadikan QSR Malaysia sebagai pengendali makanan yang bersepadu sepenuhnya. QSR dan anak-anak syarikatnya memberi jaminan bahawa ia mematuhi garis panduan halal buat para pelanggan di semua pasaran Kumpulan. Setiap aspek proses pengilangan makanan mengikuti kawalan yang ketat dan hanya menerima persijilan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pihak berkuasa keselamatan makanan di pasaran-pasaran lain dan mematuhi sepenuhnya piawaian MS1500:2009.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *