Coca-Cola Bekalkan Air Minuman Dasani di Pusat Pemindahan Banjir

Air Minuman Dasani

Coca-Cola Bekalkan Air Minuman Dasani di Pusat Pemindahan Banjir |  Coca-Cola Malaysia baru-baru ini menggerakkan rangkaian perbekalannya di seluruh negara bagi menghantar 24,000 botol (1,000 karton) air mineral Dasani di pusat pemindahan banjir dan beberapa saluran lain di Pulau Pinang dan Kedah bagi memastikan mangsa banjir mendapat akses kepada air minuman bersih.

McGeown hands over drinking water to representatives from the Welfare Department at the Lubok Meriam relief centre
McGeown menyampaikan sumbangan air minuman kepada wakil Jabatan Kebajikan di Pusat Bantuan Lubok Meriam

“Sebagai syarikat yang beroperasi di negara ini, Coca-Cola komited dalam memberi bantuan terhadap usaha pemindahan mangsa bencana di mana ia diperlukan dan usaha sebegini dilakukan terhadap komuniti dan negara di seluruh dunia. Dalam banyak keadaan, The Coca-Cola Company sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan sewaktu atau selepas berlaku bencana alam, bagi membolehkan komuniti yang terbabit membina semula kehidupan memandangkan rangkaian pengedaran kami yang besar dan kehadiran kami di lebih 200 negara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, Gareth McGeown McGeown

McGeown and Yap visits evacuees based at SK Bertam Indah and hands over drinks
McGeown dan Yap melawat mangsa-magsa banjir di SK Bertam Indah dan menyampaikan sun=mbangan air Dasani

McGeown dan Pengarah Jualan Dagangan Am, Yap Wei Han berada di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangaan Bertam Indah dan Pusat Pemindahan Banjir Lubok Meriam di Seberang Perai baru-baru ini bagi membekalkan air minuman kepada lebih 700 keluarga yang mendapatkan perlindungan di sementara di situ.

McGeown and Yap visits evacuees based at SK Bertam Indah in Seberang Perai
McGeown dan Yap melawat mangsa-mangsa banjir di SK Bertam Indah, Seberang Perai
Para pekerja Coca-Cola mengagihkan air minuman Dasani kepada keluarga yang berlindung di SK Bertam Indah, Seberang Perai
Para pekerja Coca-Cola mengagihkan air minuman Dasani kepada keluarga yang berlindung di SK Bertam Indah, Seberang Perai

Pasukan bantuan Coca-Cola turut melawat pekedai runcit di sekitar kawasan berkenaan bagi melihat bagaimana sokongan yang boleh diberikan syarikat bagi membantu kerja-kerja pembaikan kedai.

 

Mengenai The Coca-Cola Company di Malaysia
Selain Coca-Cola, antara jenama paling bernilai di dunia, Syarikat Coca-Cola di Malaysia mengeluarkan, memasarkan dan mengedarkan 80 lebih produk yang lain, termasuk minuman berkarbonat (Fanta, Sprite, A&W, Schweppes), minuman berkarbonat sifar kalori (Coca-Cola Light, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite Zero), minuman berjus (Minute Maid Pulpy), teh (Heaven and Earth), isotonik (Aquarius) and air (Dasani).

Sejak 2010, Syarikat Coca-Cola telah melabur lebih daripada RM1 bilion di Malaysia, sekali gus mewujudkan 800 lebih peluang pekerjaan dalam usaha memuaskan selera 75,000 pelanggan secara langsung, menjangkau 200,000 pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Melalui pelbagai program dan insiatif usahasama, Coca-Cola Malaysia berhasrat membawa perubahan positif yang berkekalan kepada komuniti tempatan.
Dari kerjasama untuk program kitar semula dengan Persatuan Pencinta Alam dan Universiti Putra Malaysia, sehinggalah kepada kerjasama dengan Raleigh International dan Muslim Aid Malaysia untuk menyediakan akes air  bersih kepada lebih 2,000 warga desa di pedalaman Sabah serta memperkasakan wanita melalui program keusahawanan Coca-Cola KU – Coca-Cola beriltizam membina komuniti lestari di Malaysia.

2 thoughts on “Coca-Cola Bekalkan Air Minuman Dasani di Pusat Pemindahan Banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *