Dana #SunwayForGood Perjuangan Pekerja Kumpulan Sunway Melawan Covid-19

Sunway Group

Dana #SunwayForGood Perjuangan Pekerja Kumpulan Sunway Melawan Covid-19 |   Rakyat Malaysia telah memainkan peranan untuk membantu meringankan kesusahan orang miskin dan mereka yang paling terkesan oleh pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dana #SunwayForGood

Kini, kakitangan Kumpulan Sunway turut menyertai pergerakan bantuan, secara individu dan secara sukarela. Sejumlah pekerja telah datang bersama-sama untuk memberi sokongan, meminta peluang untuk melakukan bahagian mereka dan berkongsi ‘keberkatan’ mereka dengan yang memerlukan.

Dalam masa beberapa hari selepas PKP bermula, dana #SunwayForGood ditubuhkan dengan kerjasama Yayasan Jeffrey Cheah, dengan dipersetujui dan disokong oleh pihak pengurnusan kanan untuk mengutip derma dari semua pekerja Sunway untuk tujuan ini. Pada pelancaran dana itu, lebih daripada RM800,000 telah dikumpulkan dari ratusan pemberi sumbangan.

Dana #SunwayForGood 2

“Di masa kesukaran, ahli keluarga berkerjasama untuk membantu mengatasi krisis. Di Sunway, kami berpegang kepada kata-kata kerja amal bermula di rumah. Inilah yang berlaku sekarang dengan keluarga Sunway dalam menghadapi cabaran luar biasa yang ditimbulkan oleh wabak ini, “kata Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Sri Datuk Seri Razman M. Hashim.

“Kami cuba melakukan sebanyak mungkin untuk membantu golongan terpinggir dan mangsa yang tidak disenangi dalam menghadapi saat getir ini termasuk orang kita sendiri pada masa-masa sukar ini. Saya memuji inisiatif menubuhkan dana ini oleh kakitangan kami untuk membantu orang kita sendiri dalam kumpulan Sunway, dan sejajar dengan budaya penyayang jenama kami, “katanya.

Sumbangan kepada dana #SunwayForGood akan digunakan untuk membantu pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan (frontliners) yang telah bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak wabak COVID-19 bulan lepas dan mereka yang berada pada sektor utama dan kritikal dalam perniagaan Sunway serta komuniti B40 di sekitar perbandaran Sunway di seluruh negara yang memerlukan bantuan paling besar dalam waktu yang mencabar ini.

Menjaga Keselamatan Pekerja Barisan Hadapan dan Pekerja Perkhidmatan Utama Sunway

Melalui dana #SunwayForGood, pek “StaySafe” yang mengandungi topeng muka, vitamin C dan sanitiser telah diedarkan kepada semua pekerja barisan hadapan termasuk yang berkhidmat dalam perkhidmatan utma dan kritikal di seluruh Kumpulan Sunway.

Kakitangan barisan hadapan Sunway termasuk pekerja kesihatan di Pusat Perubatan Sunway di Sunway City Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Sunway Velocity di Cheras, yang telah bekerja sepanjang masa; penjaga zoo yang terus menguruskan haiwan-haiwan di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World of Tambun; beratus-ratus kakitangan hotel merentasi pelbagai hartanah di seluruh negara; pekerja penyelenggara kemudahan serta pegawai keselamatan dan polis bantuan yang meneruskan rondaan mereka untuk memastikan keselamatan perbandaran Sunway dan masyarakat sekitar.

Dana #SunwayForGood 3

Membantu Komuniti B40 di Seluruh Negara

Minggu lalu, Kumpulan Sunway telah memberi komitmen RM300,000 untuk program #SunwayforGood Aid Now, yang diwujudkan untuk membantu masyarakat ketika krisis, khususnya untuk komuniti B40 di seluruh negara dengan keutamaan yang diberikan kepada mereka di sekitar perbandaran Sunway di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Program #SunwayforGood Aid Now adalah program bantuan kecemasan Sunway. Sebelum ini, dana telah dikeluarkan kepada masyarakat miskin yang mengalami bencana termasuk banjir dan kebakaran. Sebagai tambahan kepada pengagihan dana, program ini juga melibatkan pekerja Sunway yang menyediakan bantuan fizikal seperti membantu membersihkan kawasan yang terjejas selepas bencana. Sebelum ini program #SunwayforGood Aid Now telah membantu komuniti di Terengganu, Kelantan dan Johor.

Daripada jumlah RM300,000, sebanyak RM100,000 daripada dana #SunwayforGood telah disalurkan kepada Tabung Prihatin YKN-JKM COVID 19 oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN), yang dijangka memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 12,000 penerima dalam peringkat awal sebagai sokongan untuk masyarakat yang terkesan oleh wabak COVID-19.

Sumbangan ini akan digunakan untuk mengagihkan bahan makanan kering termasuk beras, tepung, bihun, sardin dalam tin, susu pekat, biskut dan minyak masak. Barang-barang makanan boleh disimpan untuk jangka masa yang panjang, dan akan dapat memberi makan kepada keluarga sehingga tiga orang untuk jangka masa dua minggu.

Untuk mengagihkan dana yang lain, Kumpulan Sunway juga secara aktif meninjau kerjasama yang mungkin dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan akan melancarkan program #SunwayforGood Aid Now yang akan datang untuk membantu masyarakat B40.

Sumbangan RM300,000 itu dilakukan sebagai sebahagian daripada sumbangan Kumpulan Sunway sebanyak RM34 juta yang akan membantu 40,000 penerima manfaat pada ketika wabak COVID-19 ini. Jumlah itu termasuk sumbangan sumbangan RM1 juta kepada dana COVID-19 untuk membantu pesakit COVID-19 yang menganggur, sehingga RM12 juta kepada bahagian penjagaan kesihatan Sunway untuk menampung kos rawatan subsidi untuk pesakit awam dari hospital-hospital Kementerian Kesihatan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pengecualian sewa bernilai RM20 juta kepada peruncit yang bukan utama di Sunway Malls.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *