Dr. KO Lancarkan Mesin Laser Picoway | Dr. KO nak lancarkan mesin laser Picoway? Bunyi macam peperangan Star Wars akan berlaku di Malaysia ke? Kenapa ada Darth Vader, Stormtroopers dan Jedi di Hotel Aloft Kuala Lumpur ni?


Ini adalah gimik pelancaran terbaru dari Dr. KO Skin Specialist, pusat rawatan estetik dan laser yang terkemuka di Asia, memperkenalkan mesin laser Picoway ® satu teknologi terkini dalam rawatan laser dermatologi yang telah mendarat di Malaysia. Majlis pelancaran ini telah diacarakan oleh Atilia Haron dan dihadiri oleh selebriti tanahair seperti pengarah filem Erma Fatima, pelakon Idris Khan, pengacara Astro SuperSport Amanda Chaang, pengacara TV Yasmin Hani, pelakon Tengku Putri Najuwa dan para jemputan yang lain.

Menurut Ketua Pengarah Eksekutifnya, Dato’ Dr. Ko Chung Beng, KO Skin Specialist membawa mesin laser Picoway® yang bernilai berjuta dolar ke Malaysia bagi memenuhi permintaan terhadap rawatan teknologi ini. Picoway® adalah rawatan dermatologi laser yang termaju di dunia untuk menghilangkan tatu dan pigmentasi benigna seperti jagat dan bitnik-bintik penuaan. Teknologi ini menggunakan denyutan laser terpendek dalam pasaran – 375ps dan 450ps. Ia diukur dalam unit pikosaat (satu persetrilion saat) yang mana laser tersebut akan memecahkan pigmen dengan berkesan menjadikan ia partikel kecil untuk disingkirkan oleh kulit.

KO Skin Specialist ini ialah pusat rawatan laser yang pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menawarkan teknologi laser Picoway®. Teknologi ini merupakan alternatif terulung dalam pembuangan tatu kerana tidak seperti mesin laser traditional, Picoway® menghantar tenaga kepada dakwat yang disasarkan menggunakan denyutan ultra-pendek yan pantas untuk menghapuskanya dengan cepat dan selamat.

“Kami merasakan keperluan untuk membawa teknologi Picoway® ke Malaysia kerana rakyat Malaysia kebanyakkannya mempunyai warna kulit yang agak gelap. Adalah agak sukar untuk merawat pesakit dengan warna kulit yang lebih gelap kerana kebanyakkan rawatan laser biasa biasanya menyebabkan tenaga diserap ke dalam kulit dan bukannya partikel pigmen yang disasarkan,” ujar Dato’ Dr. Ko.

Picoway® adalah teknologi laser proprietary milik syarikat alatan perubatan estetik yang bertapak di Amerika Syarikat, Syneron-Candela dan diedarkan di Malaysia oleh Beaumedic Aesthetic (M) Sdn Bhd di bawah jagaan Pengurus Besar, En. Lau Chang Yaw. Saksikan bagaimana teknologi Picoway® ini digunakan dalam rawatan pembuangan tatu:
Picoway® menjadi perintis pengubah pasaran kerana tenaga laser di hantar ke partikel pimen yang disasarkan sambil mengurangkan jumlah haba yang diserap oleh kulit. Rakyat Malaysia kini mempunyai pilihan rawatan laser yang sesuai untuk warna kulit mereka dan yang lebih penting lagi ia selamat dan selesa. Untuk maklumat lanjut tentang teknologi laser Picoway®, anda boleh layari www.koskinspecialist.com
Tentang KO Skin Specialist
Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Dato’ Ko Chung Beng, KO Skin Specialist ialah pusat dermatologi dan laser yang terbesar dan terkemuka di Asia. KO Skin Specialist menyediakan pelbagai perkhidmatan estetik dari dermatologi kosmetik dan pemindahan rambut, hingga pembedahan plastic dan rawatan pelangsingan tubuh. Dengan lebih dari 30 cawagan di seluruh Malaysia dan berkembang ke serantau China dan Indonesia, pusat ini telah memperoleh kepercayaan daripada professional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia. Dilengkapi dengan peralatan tercanggih, pasukan doctor di pusat ini adalah pakar dalam teknologi laser, inovasi estetik dan pembedahan plastik lanjutan. Mereka berkongsi komitmen yang sama untuk menjadikan individu merasa muda dan cantik dari dalam dan luar.
Ikuti KO Skin Specialist media sosial:
FB: www.facebook.com/koskinspecialist
IG: www.instagram.com/koskinspecialist