E-ftar Kerjasama foodpanda Bersama Rangkaian Televisyen Media Prima

foodpanda e-ftar

E-ftar Kerjasama foodpanda Bersama Rangkaian Televisyen Media Prima | foodpanda, peneraju platform atas talian memperkenalkan E-ftar pada bulan yang mulia ini untuk memastikan penduduk Malaysia masih boleh menikmati juadah Ramadan kegemaran mereka sementara kekal dirumah dengan selamat.

E-ftar

Dengan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penjagaan jarak sosial yang amat digalakkan, foodpanda telah bekerjasama bersama Rangkaian Televisyen Media Prima dan beberapa kerajaan tempatan termasuk Penang Halal International, Kerajaan Negeri Perak, Kerajaan Negeri Kedah, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Bandaraya Ipoh untuk melancarkan E-ftar.

“Ramadan ini, kami bukan sahaja ingin menyokong, tetapi membantu peniaga tempatan untuk terus melayan para pelanggan melalui platform kami. Kami di foodpanda berbesar hati untuk memperkenalkan E-ftar. Inisiatif ini bukan sahaja akan menyokong peniaga-peniaga tempatan, malah membantu para penghantar kami untuk terus memperoleh pendapatan tetap. Ini adalah masa yang mencabar buat negara kita tapi dengan bekerja bersama, saya percaya kita akan lebih kuat apabila semua ini berakhir,” kata Sayantan Das, Pengarah Urusan, foodpanda Malaysia.

Tambahnya lagi, “Kami amat berbesar hati untuk berkerjsama dengan Rangkaian Televisyen Media Prima bagi inisiatif ini. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua majlis tempatan, E-ftar tidak mungkin berjaya.”

Bazaar ini menyajikan pelbagai peniaga yang menjual juadah yang hanya boleh didapati ketika bulan puasa. Juadah kegemaran seperti Roti John, kuih-muih, murtabak dan ayam percik kini boleh didapati melalui platform tersebut. Para pelanggan boleh menikmati juadah-juadah Ramadan dengan mencari di swimlane E-ftar untuk memesan daripada vendor-vendor yang berdekatan.

Terdapat lebih daripada 200 peniaga berbeza yang boleh didapati di E-ftar foodpanda. Sejajar dengan keadaan semasa, untuk memudahkan permulaan Ramadan, pelanggan-pelanggan foodpanda yang berada di Lembah Klang boleh menikmati penghantaran percuma buat semua pesanan sehingga ke 30 April.


Mengenai foodpanda:

 foodpanda berazam membawa sajian kegemaran kepada penggemar makanan di  seluruh dunia dari restoran tempatan terpilih. Sejak penubuhannya, permintaan bagi perkhidmatan penghantaran makanan telah meningkat kepada lebih 100,000 rakan restoran di lebih 325 bandar raya merentasi 13 negara di Asia serta Eropah Tengah. foodpanda aktif di Bangladesh, Cambodia, Hong Kong, Laos, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Philippines, Singapore, Taiwan, Thailand, Romania dan Bulgaria. Ia dimiliki oleh Delivery Hero, sebuah peneraju industri penghantaran makanan di dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.foodpanda.com

 Mengenai Delivery Hero:

Delivery Hero merupakan peneraju industri penghantaran makanan dunia kedudukan pertama dalam pasaran dari segi restoran, tempahan dan pengguna aktif di 40 negara seluruh dunia khususnya di Eropah, negara-negara Timur Tengan & Afrika Utara (MENA), Amerika Latin dan rantau Asia Pasifik. Delivery Hero juga menjalankan perkhidmatan penghantarannya sendiri di sebanyak 200+ kawasan bandar berindensiti tinggi di seluruh dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin, Jerman dan mempunyai lebih 21,000 kakitangan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.deliveryhero.com.

 Mengenai Rangkaian Televisyen Media Prima:

Media Prima Berhad memiliki empat saluran percuma iaitu TV3, ntv7, 8TV dan TV9. TV3 telah mengekalkan saluran tontonan paling diminati sepanjang lebih 30 tahun ini. Buletin Utama  telah merekodkan jumlah tontonan tertinggi pada setiap hari manakala saluran YouTube TV3 – @TV3MALAYSIAOFFICIAL antara saluran YouTube yang paling tinggi langganan di Malaysia. Ntv7 pula merupakan satu-satunya saluran TV di bawah naungan Media Prima Berhad yang menyiarkan berita dalam tiga bahasa iaitu bahasa (Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia). 8TV pula menyiarkan terbitan produksi tempatan dan antarabangsa terbaik, termasuklah digital dan acara padang. Sementara itu, TV9 pula merupakan saluran gaya hidup yang mendapat sambutan menggalakkan menerusi rancangan beli-belah, CJ WOW Shop.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *