eCurve Sambut Tahun Baru Cina Penuh Warna Warni | Saat yang paling dinantikan telah tiba dengan kedatangan Tahun Baru Cina yang membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kesihatan yang baik. Menonjolkan keunikan tersendiri dalam meraikan perayaan tradisional ini, eCurve menganjurkan Sizzling CNY Variety Show bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Bermula dari 19 Januari hingga 18 Februari 2018, para pengunjung pusat membeli-belah pastinya akan teruja dengan suasana Centre Atrium di eCurve yang dihiasi dengan replika bangunan moden berinspirasikan kota Hong Kong dengan menampilkan barisan kedai-kedai dan lampu berwarna-warni serta papan tanda neon yang mempesonakan.
Sesuai dengan keriuhan dan kesibukan bandaraya, Sizzling CNY Variety Show akan menjadi acara pembukaan tahun baru dengan pelbagai persembahan jalanan yang mengagumkan. Penari-penari mengenakan pakaian berwarna merah terang yang pastinya akan memukau para penonton dengan gerak tari mereka. Dengan gaya lentokkan dan kelenturan badan, aksi akrobatik gimnas berbakat dengan gelung dan bola pastinya akan mencuri tumpuan para pengunjung.

Kemeriahan musim perayaan berterusan apabila pengunjung turut dihiburkan dengan pertunjukan seni mempertahankan diri seperti Wushu di mana para pengamal seni Wushu mempamerkan aksi pertarungan menggunakan pedang dan tombak. Sementara itu, penari-penari kumpulan Straw-Hat akan mempersembahkan rutin hip-hop Asia mereka dan persembahan yang diselitkan dengan elemen komedi ini pastinya akan membuat para pengunjung terhibur sambil gelak ketawa.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kesemua persembahan yang akan diadakan dua kali seminggu termasuk pada cuti umum sepanjang tempoh kempen perayaan Tahun Baru Cina ini.
Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Pusat eCurve berkata, “Untuk meraikan permulaan musim perayaan ini, kami ingin mencipta suasana dengan daya tarikan bandaraya yang mempesonakan. eCurve adalah pusat hiburan dan kami benar-benar percaya bahawa pelanggan akan dihiburkan oleh pelbagai persembahan pada musim perayaan ini. Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga berkumpul jadi kami di eCurve berusaha untuk memberikan sambutan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan. ”
Aktiviti-aktiviti menarik yang lain menanti para pengunjung seperti pertunjukkan tarian singa akrobatik serta kehadiran God of Prosperity yang akan berlegar di sekitar kawasan eCurve. Juga terdapat pelbagai tawaran hebat untuk barangan keperluan termasuk pakaian, aksesori dan banyak lagi di bazar Tahun Baru Cina bagi mereka yang ingin berbelanja sempena musim perayaan mereka!

Sepanjang kempen perayaan ini, pengunjung yang berbelanja RM150 dan ke atas dengan maksimum dua resit pada hari yang sama akan dapat menebus paket Ang Pow serta set mangkuk dan chopsticks Bountiful Abundance yang eksklusif. Semua adalah tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Tahun Baru Cina di eCurve, sila hubungi talian Perkhidmatan Pelanggan eCurve di 03-77250277 atau kunjungi laman web www.ecurve.my atau halaman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall.