Ezietech Cafe Sinonim Dengan Cendol Durian

Ezietech Cafe Sinonim Dengan Cendol Durian |  Bila sebut sahaja Ezietech mungkin ada yang pernah melihat kiosk-kiosk mereka di lapangan terbang KLIA (bahagian ketibaan) dan juga kedai-kedai aksesori telefon. Tapi Ezietech Cafe ini yang terletak di Bandar Baru Bangi ini bukan sahaja menjual aksesori telefon tetapi juga Cendol Durian yang murah dan sedap.

Cendol Durian Ezietech
Cendol Durian Ezietech Cafe

Ezietech Cafe ini terletak di No. 12 (1F), Cempaka Street Mall 2, Jalan BBN Nilai 6/3A, Desa Cempaka,  Bandar Baru Nilai. Beroperasi 7 hari seminggu dari pukul 12.00 tengahari sehingga 10.00 malam. Selain famous dengan Cendol Durian nya, cafe ini juga menyediakan hidangan masakan barat yang lazat dan berwarna warni.

Ezietech Cafe

Lokasi Ezietech Cafe

Untuk pengetahuan anda, setiap minggu akan ada stok durian yang sampai di cafe ini. Dari mana mereka dapat stok durian ini tak perlu lah kita tahu, yang penting pelanggan yang inginkan makan buah durian boleh ke Ezietech Cafe untuk mendapatkannya. Hanya follow Instagram mereka di @ezietechcafe dan mereka akan umumkan bila stok baru sampai.

Selain dari buah durian yang fresh dan menawan kalbu ini, mereka juga menghidangkan Duren Bar sebagai daya tarikan mereka. Terdapat 4 perisa iaitu Duren Bar Original (RM6.00), Oreo (RM8.00), Aiskrim (RM8.00) dan Bubble (RM6.00). Harus dicuba jika ke sini.

Duren Bar

Jika anda tak makan durian, usah risau… ada juga cendol biasa dan cendol perisa lain seperti cendol Tadisional Original (RM8.00), Kacang Merah (RM8.00), Cincau (RM8.00), Bubble (RM8.00); Special Oreo (RM10.00), Aiskrim (RM10.00), Nata d’Coco (RM10.00), Buah-buahan Laici (RM8.00), Mangga (RM8.00) dan Pisang (RM8.00). Memang menarik dengan banyak pilihan.

Cendol Bubble
Cendol Bubble
Cendol Aiskrim
Cendol Aiskrim

Cendol Mangga

Cendol Nata d'Coco
Cendol Nata d’Coco

Ezietech Cafe ini juga membuat promosi “Beli Burger Percuma Cendol” pada harga RM15 sahaja. Sungguh berbaloi sebab Burger mereka memang besar dan mengenyangkan.

Beli Burger Percuma Cendol

Bercakap pasal burger, Naz kongsikan hidangan lain yang ada di Ezitech Cafe ini. Mereka ada Riz Ultimate Burger yang dipadatkan dengan patty daging lembu, patty daging ayam, serta telur goreng dan diberi percuma Ice Lemon pada harga RM25.00.

Riz Ultimate Burger
Riz Ultimate Burger
Riz Ultimate Burger yang besar pasti mengenyangkan
Riz Ultimate Burger yang besar pasti mengenyangkan

Selain Riz Ultimate Burger, ada 3 Riz Special Burger iaitu Creamy of Spinach (RM18.00), Chicken and Cheese Crispy (RM14.00) dan American Classic Cheese (RM15.00).

American Classic Cheese Burger
American Classic Cheese Burger
Chicken and Cheese Crispy Special Burger
Chicken and Cheese Crispy
Burger

Yang inginkan nasi, anda ada 2 pilihan iaitu Riz Grilled Chicken Rice (RM9.90) dan Riz Chicken Chop Rice (RM9.90).

Riz Grilled Chicken Rice
Riz Grilled Chicken Rice
Riz Chicken Chop Rice
Riz Chicken Chop Rice

Roti John Special (RM10.00) pun ada. Ini resepi dari owner Roti John famous di Gombak tau. Roti John ni penuh dengan isi daging dan sos berwarna warni.

Roti John
Roti John

Tapi yang paling Naz suka adalah Spaghetti Udang Galah dimasak ala Aglio Olio (RM12.00). Cukup pedasnya dan rasa yang sungguh memikat. Rasanya 2 pinggan pun Naz boleh habiskan ni.

Spaghetti Udang Galah
Spaghetti Udang Galah

Satu lagi Meatball (RM15.00) nie serasi dengan gravy special dia. Sampai ada yang makan fries cicah gravy nie lagi.

Meatball
Meatball

Kami akhiri pesta makan ini dengan Kopi Gantang Susu Panas (RM8.00) dan Kopi Raga O Panas (RM7.00). Sedap, pekat dan memang membuatkan mata Naz terbeliak untuk drive balik dari Nilai ke Ampang.

Kopi panas
Kopi panas pekat

Oh ya…. cafe ini juga ada menjual aksesori telefon seperti casing, charger, screen protector, prepraid dan berbagai lagi pada harga menarik. Dan di sini juga di sediakan charging station untuk telefon anda yang kehabisan bateri.

Aksesori
Aksesori

Jika anda ingin makan durian dan hidangan yang dikongsikan tadi boleh lah ke Ezietech Cafe Bandar Baru Nilai ini. Harga berpatutan dan rasa menyelerakan. Naz bagi 3.5/5 bintang!

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh hubungi Ezietech Cafe di talian +6 06-7909925 atau +6 019-3236281. Boleh juga ikuti mereka di laman facebook Ezietech Cafe atau Instagram Ezitech Cafe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *