FARIZ JABBA Berikan Nafas Baru Untuk “Pandang Kasih” Dalam “Dari Sini”

Fariz-Jabba-Dari-Sini

FARIZ JABBA Berikan Nafas Baru Untuk “Pandang Kasih” Dalam “Dari Sini” | Pada tahun 1950-an, seorang aktres Melayu bernama Saloma adalah kesayangan ramai dalam industri hiburan Singapura. Salah satu daya tarikannya adalah suara yang merdu dan bertenaga, yang telah diabadikan dalam lagu cinta klasik “Pandang Kasih”. Alunan suara yang bertenaga dan lirik yang mempersona telah menarik hati Fariz Jabba dan produser terkenal ALYPH, untuk menerokai tema cinta dan kerinduan lantas muncul dengan komposisi yang sama sekali baru; “Dari Sini”.  Ini juga merupakan penanda pertama kali kedua-dua artis Def Jam Asia Tenggara ini bekerjasama.

FARIZ dan ALYPH adalah antara artis paling popular dan berpengaruh di Singapura dan Asia Tenggara. Sebagai artis individu, mereka telah memberikan sumbangan yang mengagumkan kepada warna warni lagu-lagu Melayu, terutama lagu “Pandang Kasih”. “Dari Sini” adalah hadiah terbaru mereka kepada peminat dengan FARIZ menerajui vokal manakala produksi lagu oleh ALYPH.

Fariz Jabba - Dari Sini

Dengan lebih dari tujuh juta aliran di Spotify dan tiga juta tontonan untuk video muziknya di YouTube, FARIZ adalah ‘Ironman’ dalam generasinya. Pada setiap langkahnya untuk menjadi terkenal dan popular, dia mengakui kepentingan cinta – untuk diri kita sendiri, antara sesama kita juga terhadap warisan kita – sebagai bahan penting untuk refleksi dan kematangan diri. Walaupun “Pandang Kasih” dirakam lama sebelum FARIZ dilahirkan, mesej tentang cinta yang berkumandang cukup kuat untuk dia mengarahkan kekuatan itu ke dalam lagunya sendiri, dengan menambahkan dimensi makna. Pada masa kekalutan seperti saat ini, “Dari Sini” memanfaatkan kuasa cinta dan taburan kasih sayang ke atas kita sebagai kekuatan untuk pemulihan dan harapan.

Cinta berlegar dalam seluruh suara dan perincian dalam “Dari Sini”. Di dalam dendangan R&B FARIZ yang indah dan di lipatan produksi ALYPH yang mengagumkan, elegan dan mendebarkan, hati akan marak dengan keikhlasan dan desakan yang tidak dapat dinafikan.

Fariz Jabba

“Dari Sini”, melambangkan keazaman yang kuat untuk kembali, dalam hal ini, kembali ke mana letaknya hati. Ini adalah usaha berterusan yang didorong oleh cinta dan perasaan ingin memiliki, menempuhi masa sukar dan senang, tidak kira apa jua, untuk menjaga apa yang kita miliki ”, kata FARIZ.

Visi FARIZ dihidupkan dalam video muzik yang hebat diarahkan oleh kru produksi video terkenal Bless7Up. Dalam menceritakan kisah cinta yang marak membara selama-lamanya, cinta yang lebih besar dari masa itu sendiri, melintasi sejarah, kembali ke masa lampau ke masa sekarang kemudian melonjak ke masa hadapan, mencatat komitmen FARIZ untuk cinta yang suci, penentu setiap peringkat hidupnya. Bahasa visual video diselaraskan sempurna dengan bunyi musik lagu, menjadikan pengalaman menonton kisah cinta ini lebih bermakna.

“Dari Sini” adalah bukti bahawa tidak kisah betapa sukar keadaan, irama dan kebesaran cinta tidak akan terjejas. Cinta adalah jawapannya – untuk semalam, hari ini dan esok.“Dari Sini” boleh didapati di semua platform muzik utama pada 18 Disember 2020 dan tayangan perdana Video Muzik rasmi di saluran YouTube FARIZ JABBA bermula pada jam 9 malam pada 20 Disember.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *