Firefly Bawakan Kempen FY Kepada Anda

FY Logo

Firefly Bawakan Kempen FY Kepada Anda |  Dalam ekonomi yang semakin mencabar ini demi mempertahankan perniagaan dan menarik minat pelanggan, syarikat penerbangan Firefly telah melancarkan Kempen FY yang dijalankan sepanjang 2018. Syarikat penerbangan ini sentiasa menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang lancar dalam perjalanan udara jarak pendek.

Firefly For You Launch

FY bermaksud For You atau Untuk Anda, di mana pelanggan merupakan keutamaan kepada syarikat Firefly ini. Kempen FY ini mensasarkan kepada segmen Business To Business (B2B) dan Business To Consumer (B2C).

FY Pillars

 

Segmen B2B menfokuskan kepada pemasaran FY Convenience, FY Benefit dan FY Opportunity seperti pengiklan di pesawat, C-wallet untuk pakej pelanggan korporat, kolaborasi dan perkongsian.

The Story2

Manakala segmen B2C pula memfokuskan kepada FY Action, FY Enjoyment, FY Engagement, dan FY Info bagi kempen dan promosi, perkhidmatan tambah nilai, kontes dan banyak lagi.

The Story

Kempen FY ini untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik terhadap keperluan pelanggan, memperbaiki kedudukan kompetitif syarikat penerbangan, meningkatkan jualan, meningkatkan saham pasaran dan meningkatkan imej Firefly.

Newly improved Firefly website

Sehubungan dengan ini, Firefly telah menlancarkan kempen “Everyone Gets A Prize” (Semua Orang Mendapat Hadiah) yang bermula pada 26 Febuari 2018. Tiada had ke atas berapa kali seseorang itu boleh menyertai kempen ini dan berpeluang memenangi hadiah. Untuk layak, penumpang mestilah menjadi ahli Firefly. Jika anda bukan ahli, anda boleh mendaftar di www.fireflyz.com.my

Pelanggan yang menempah tiket penerbangan dengan Firefly melalui laman web Firefly akan berpeluang membuka kotak hadiah misteri dan memenangi hadiah seperti tiket penerbangan sehala, RM50 baucar e-wallet, RM50 baucar stor dalam talian Firefly atau baucar dalam talian percutian Firefly. Kempen ini di bawah FY Appreciates You yang akan tamat pada 31 Mac 2018.

Satu lagi kempen yang sedang berlangsung FY Smart Traveller di mana Firefly berkolaborasi bersama perkhidmatan Grab Malaysia. Pelanggan yang menempah tiket pergi balik dengan Firefly akan menerima kod baucar RM10 unik Grab secara percuma dan boleh digunakan dari atau ke lapangan terbang domestik di mana Firefly beroperasi.

Firefly Travel Protection

Malang tidak berbau dan trajedi tak siapa yang tahu bila akan terjadi. Oleh itu, Naz syorkan anda untuk membeli perlindungan insuran perjalanan yang hanya berharga RM16.96 untuk perjalanan domestic sehala. Anda akan mendapat manfaat berikut sekiranya berlaku perkara yang tak diingini:

  • Sehingga RM150,000 – untuk perlindungan akibat kemalangan.
  • Sehingga RM2,500 – untuk perjalanan yang dibatalkan.
  • Sehingga RM2,500 – untuk bagasi yang rosak.
  • Sehingga RM1,500 – untuk kehilangan dokumen perjalanan.
  • Sehingga RM1,750 – untuk kelewatan penerbangan.

Krew Firefly sentiasa menyediakan keseronokan buat pelanggan mereka bagi setiap laluan setiap saat bila terbang dengan Firefly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *