Floor 88 Akan Menghiburkan Peminat di Konsert Online High5JOOX!

Konsert Online High5JOOX Floor 88 Banner

Floor 88 Akan Menghiburkan Peminat di Konsert Online High5JOOX! | Ingin suntikan tenaga pada hujung minggu anda namun masih kekal selamat di rumah? Jom berhibur dengan JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, yang menjemput anda untuk merasai ledakan penuh semangat di hujung minggu dengan ‘Konsert Online High5 JOOX Gegaran Band’ Floor 88, di mana kumpulan paling popular ini akan menghiburkan anda menerusi lagu-lagu, petikan gitar, keyboard dan juga dram secara langsung! Konsert ini merupakan salah satu acara sambutan ulang tahun ke-5 JOOX Malaysia yang merupakan sebahagian daripada kempen High5JOOX! Sekiranya anda adalah peminat Floor 88, jangan ketinggalan untuk merebut peluang keemasan untuk memenangi pas eksklusif dan berinteraksi secara langsung dengan kumpulan kegemaran anda secara online!

Tonton persembahan mantap Floor 88 pada 8 Ogos, Sabtu, 9 malam, eksklusif di aplikasi JOOX dimana mereka akan membuktikan kepada Malaysia kenapa mereka adalah kumpulan terhangat masa kini yang mampu membuat peminat untuk mengikuti setiap rentak muzik yang mereka lantunkan. Bukan itu sahaja, peminat juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan mereka melalui panggilan video! Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk bertemu secara online dengan Floor 88, oleh kerana itu jangan lupa untuk melayari laman Facebook JOOX Malaysia / aplikasi JOOX untuk maklumat lebih lanjut!

Floor 88 akan menghiburkan peminat di Konsert Online

Jangan tunggu lagi, sertai Floor 88 di konsert online ini dengan RSVP sekarang di https://bit.ly/JOOXRSVPGegaranBand!

Kumpulan yang paling banyak distrim oleh pengguna JOOX di Malaysia, Floor 88, adalah kumpulan muzik Malaysia yang telah mengeluarkan lagu pertama mereka, Zalikha pada tahun 2017. Kumpulan ini terdiri daripada Achoi – ketua penulis lagu kumpulan itu, dengan Akram, Amir dan Falique, dimana mereka semua merupakan bekas pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Mereka turut mengambil dua lagi ahli, Ayie Elham dan Eric Fuzi, untuk melengkapkan barisan Floor 88. Pada tahun yang sama debut mereka di industri muzik tanah air, Floor 88 telah dicalonkan untuk “Artis Kolaborasi Duo / Berkumpulan Popular” di “Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.”

JOOX menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka  muzik dari seluruh dunia dan menghubungkan pengguna dengan artis, lagu, album serta senarai main peribadi mereka.

Jika anda Ingin terus mengikut perkembangan muzik di Malaysia dan di serata dunia, muat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!


Mengenai JOOX

JOOX adalah aplikasi muzik percuma yang diperbuat khas untuk pencinta muzik. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu persendirian. Pengguna dapat menemui muzik baharu yang hebat dengan lagu dan stesen radio yang disyorkan yang sesuai dengan citarasa dan suasana hati anda. JOOX kini boleh didapati di iOS, Android dan Desktop (Windows / Mac), yang membolehkan pengguna menikmati pengalaman muzik percuma yang berkualiti tinggi pada bila-bila masa, di mana jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *