Full Dress Rehearsal Baik Punya Concert 4D Mantap

Full Dress Rehearsal Baik Punya Concert 4D Mantap |  Rasanya macam baru minggu lepas aje Naz mengahdiri press conference Baik Punya Concert 4D di Bilik Nilam, Istana Budaya. Dan semalam Naz dan rakan media yang lain berpeluang menyaksikan full dress rehearsal Baik Punya Concert 4D yang menampilkan persembahan bertenaga dan sungguh menghiburkan dari Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac.

Full Dress Rehearsal Baik Punya Concert 4D

Walaupun persembahan hanya pada tahap 70% sahaja (maklum la kena simpan untuk hari persembahan sebetulnya), namun ke empat-empat Dato’ ini memberikan persembahan yang bersahaja dan penuh dengan aksi-aksi tak kering gusi yang menghiburkan. Yang best persembahan full dress rehearsal semalam adalah persembahan di atas stage baru Istana Budaya dengan barisan pemuzik profesional di bawah bimbingan Acis, bersama penglipur lara Wak Lum (kalau tak silap) dan persembahan iringan dari geng drum (tak sure nama mereka – nanti Naz update).

Penglipur Lara Wak Lum

Geng Drum

Opening gimik yang menarik dengan 4 lagu hits masing-masing…. kecuali Dato’s Hans Isaac sebab dia mana ada album lagi. Sebaliknya hanya dengan lagu yang berkaitan dengan kenangan percintaan beliau. Dari mula hingga ke akhir, terdapat lebih dari 30 lagu jugak la yang telah didendangkan dari album-album mereka yagn hits seperti Di Penjara Janji, Jaket Biru, Fiona, Mia Sara, Baik Punya Cilok dan banyak lagi. Semua geng media turut sama menyanyikan lagu yang mengimbau zaman-zaman persekolah sehingga lah ke hari ini.

4 Dato'

Jaket Biru - Awie

Awie - Boy George

Tak ketinggalan, Dato’-Dato’ ini menyampaikan lagu Kpop dari Big Bang, lagu Hindustan Bole Chudiyan, lagu Opera pasal spendha ketat, lagu pop hits 80-an seperti Karma Chameleon (Culture Club), Sweet Dreams (Eurythmics), Shout (Tears For Fears), Take On Me (a-Ha) dan Every Breath You Take (The Police). Naz kongsikan sikit antara persembahan 4 Dato’ ini….

Apa yang Naz boleh rangkumkan, persembahan dari 4 Dato’ ini memang best dan rugi kalau tak tengok kerana bukan senang untuk gabungkan mereka ini yang terlalu sibuk dengan jadual kerja masing-masin. Setelah 5 tahun baru la dapat disatukan di pentas Istana Budaya dan menampilkan persembahan yang menarik berkisarkan kepada kehidupan mereka sebagai seorang artis selebriti tanah air yang telah mengharungi pelbagai cabaran sepanjang career mereka.

Baik punya Concert 4D Istana Budaya

Sebelum konsert bermula

Oh ya hasil kutipan dari penjualan tiket ini akan disalurkan kepada Yayasan Chow Kit, bagi membantu Yayasan tersebut untuk mendapatkan dana bagi menyediakan makanan, aktiviti, terapi, pengurusan kes, dan program pendidikan untuk kanak-kanak berisiko di Chow Kit.

Yayasan Chow Kit

Tiket-tiket untuk persembahan yang bermula malam ini, 26 – 28 Julai  2018 boleh di dapati di AirAsia RedTix [klik sini] pada harga bermula RM98 sahaja. Marilah kita sama sama membantu menerusi platform Baik Punya Concert 4D di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Anda Pasti Terhibur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *