GINTELL dan Dato’ Jalaludin Hassan Sambut Hari Bapa

GINTELL dan Dato’ Jalaludin Hassan Sambut Hari Bapa │  Diam tak diam sudah 11 tahun Dato’ Jalaludin Hassan menjadi duta kepada jenama GINTELL. Lebih menarik lagi sempena menyambut Hari Bapa baru-baru ini, GINTELL telah membuat promosi  besar-besaran untuk menyambut hari yang sungguh bermakna ini. Dato’ Jalaludin Hassan membuat penampilan khas sebagai duta GINTELL di 1 Utama Shopping Centre, PJ, untuk bertemu dengan para pelanggan GINTELL untuk meraikan Hari Bapa.

Menandatangani perjanjian dengan GINTELL

11 tahun Dato' Jalaludin sebagai Duta GINTELL
dari kiri: Terence Chang (GINTELL Rest N Go – Senior Business Development Manager), Bond Wong (GINTELL (M) – Assistant General Manager), Aly Wong (GINTELL (M) – A&P Manager), Monica Chee (Singnan Communications Sdn Bhd – Managing Director), Dato’ Jalaludin Hassan (GINTELL Ambassador), Dato’ Goh Cheh Yak (GINTELL Group Managing Director), Datin Sophia, Anna Wong (One Utama – Leasing General Manager), Patrick So (One Utama – General Manager)

Bersempena dengan pameran kesihatan ini, GINTELL telah menjemput duta GINTELL Dato’ Jalaludin Hassan untuk menyertai pameran kami pada 18 Jun 2017, jam 3 petang untuk berinteraktif dengan pelanggan.

Dato' Jalaludin berinteraksi dengan peminat melalui permainan teka apa dalam kotak

Interaction with crowd

Menjaga anak adalah pekerjaan sepenuh masa untuk ibubapa. Dalam keseronokan menjalani rutin keibubapaan, pelbagai tekanan juga dirasai. Kini, GINTELL memperkenalkan Pakej Kebahagiaan Berganda sempena Hari IbuBapa. Satu hadiah untuk ibubapa anda, manakala satu lagi pula dihadiahkan oleh GINTELL kepada anda, supaya anda dan ibubapa anda dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat.

GINTELL De’ Space U.F.O

 

dspace-ufo-massage-chair1

GINTELL De’ Space kerusi urut U.F.O adalah kerusi urut yang memenuhi keperluan untuk semua. Dengan adanya GINTELL Dé Space, segala kepenatan akan hilang dengan keseronokan dan kepuasan urutan yang selesa. Penggelek QUAD 3D akupuntur diperkenalkan untuk memenuhi keperluan setiap orang. Ciri-ciri ini memberi urutan wisdomatic yang disesuaikan dengan saiz badan anda. Selain itu, pengesan pintar dengan tepat mengikut titik Akupuntur badan anda yang dapat menyenangkan seluruh badan. Selain itu, Aero V-Trek akan mengikuti setiap lengkung badan anda bagi menyediakan urutan yang persisi dan disasarkan dengan ergonomik dan keselesaan dari leher ke paha. Aero V-Trek ini akan membantu melegakan sakit belakang dan pinggang dan melegakan sengal otot. Selain itu, Regangan 180 Space Stretch akan membantu melegakan  dan menghilangkan penat anda setelah seharian penat bekerja.

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa

GINTELL DéVano S FUNtastic Sofa

GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan pertama yang mempunyai kontur urutan terpanjang dari leher sampai paha. Lanjutan Trek V yang berukuran 105cm panjang dapat melegakan kesakitan dan tekanan anda dengan urutan yang selesa pada bahagian leher, pelvic, punggung dan paha. Teknologi penggelek urut berhaba 3D merangsang pengedaran darah dan memperbaiki metabolisme untuk meredakan nyeri bahu. Selain itu, ciri beg tekanan udara pada sofa urutan ini membentuk dan membetulkan pinggul dan paha untuk memastikan anda terus tampil anggun.

Diperkemas dengan fabrik yang berwarna ceria dan cerah, GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa adalah sofa urutan yang bergaya modern dan ergonomik. Sofa urutan ini mempunyai 4 sistem kawalan mudah dan mesra pengguna. GINTELL De’Vano S FUNtastic Sofa yang ringan dan bersaiz kecil ini adalah pilihan yang tepat dan sempurna untuk kediaman dan juga pejabat kerana sofa ini sesuai untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

GINTELL Buy 1 Free 1 Sempena Hari Bapa

GINTELL memperkenalkan Pakej Kebahagiaan Berganda sempena Hari IbuBapa. Satu hadiah untuk ibubapa anda, manakala satu lagi pula dihadiahkan oleh GINTELL kepada anda, supaya anda dan ibubapa anda dapat menjalani kehidupan yang lebih bahagia dan sihat. Promosi dari harga RM4988*, tertakluk kepada terma dan syarat.

GINTELL adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kesihatan yang terkenal di Malaysia. Kini, GINTELL mempunyai lebih daripada 100 cawangan di pusat membeli belah terkemuka di serata Malaysia dan diiktiraf oleh  Malaysia Book of Records bagi “Rangkaian Produk Penjagaan Kesihatan Terbesar”!

Untuk maklumat yang terlanjut, hubungi Talian Khidmat Pelanggan 1800 88 6332 atau layari www.gintell.com, GINTELL MALAYSIA Facebook, Instagram #GINTELLMALAYSIA dan juga GINTELL WeChat.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *