Glam Lebaran Raya #PVRAYA2018 Dari PRIMAVALET

Glam Lebaran Raya #PVRAYA2018 Dari PRIMAVALET |  Bila sebut PRIMAVALET, ramai yang pasti tergambarkan baju raya yang berwarna warni dan pelbagai design. Tahun ini merupakan tahun ke-2 mereka di dalam industri fesyen pakaian dan telah membuat impak besar dengan mengadakan pertunjukkan fesyen (fashion show) sempena pelancaran koleksi baju raya 2018 bertemakan Glam Lebaran Raya #PVRaya2018. Sekalung tahniah diucapkan kepada PRIMAVALET di atas kejayaan dalam menceriakan lagi industri fesyen pakaian tanahair.

PrimaValet Raya 2018

Pertunjukkan fesyen ini telah diadakan di Hotel The Majestic Kuala Lumpur dan dihadiri lebih dari 500 jemputan yang terdiri dari para VIP, selebriti-selebriti, para pelanggan, pihak media dan ejen-ejen.

Yang menariknya untuk pertunjukkan fesyen ini, terdapat 126 model yang memperagakan pakaian dari jenama-jenama di bawah PRIMAVALET seperti Ezuwan Ismail, Arjuna, YoumeAndHunny, Meylana, Nur Aishah, Shasya Habib, Empayar Kuku Besi, Zoud, Syus Couture, Buranku.com, UAI Original, dan koleksi dari jenama PV Man, PV Women dan PV Kids. Tahun ini akan menjadi susah untuk memilih sebab rambang mata jadinya…

Shasya Habib

Meylana

Nur Aishah

Seperti tahun lepas, selebriti tanahair dari dalam dan luar negara menjadi duta kepada fesyen baju raya PRIMAVALET. Antara barisan duta 2018 terdiri daripada Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Baharin dan Amyra Rosli serta anak mereka Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

press conference

Duta PrimaValet 2018

Koleksi-koleksi Glam Lebaran Raya dari jenama-jenama tersebut terdiri daripada Baju Melayu, Baju Kurung, Baju Kebaya, Baju Sekeluarga yang sedondon, Kurta, Baju Batik, Telekung dari pelbagai jenis fabrik. Koleksi kali ini mempersembahkan elemen eksklusif dan mewah, simple kontemporari dan yang paling penting sekali harga yang mampu milik untuk semua lapisan masyarakat. Harga dari serendah RM70 sehingga RM380, anda sudah boleh memiliki sepasang baju raya kegemaran anda. Kesemua koleksi ini akan dijual di semua cawangan PRIMAVALET bermula 1 Mei ini secara berperingkat-peringkat.

Fashion Show 1

Fashion Show 2

Fashion Show 3

Fashion Show 4

Fashion Show 5

Fashion Show 6

Ezuwan Ismail

Fashion Show 7

Fashion Show 8

Anda boleh beli koleksi-koleksi ini di cawangan mereka seperti berikut:

  • Ostia Bangi, Selangor (cawangan terbesar – bersebelahan tol Bangi)
  • Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan
  • Senawang, Negeri Sembilan
  • Wangsa118, Wangsa Maju KL (cawangan terbaru – 5 Mei 2018)

Jika tidak berkesempatan untuk mengunjungi cawangan-cawangan PRIMAVALET, jangan risau…. Anda boleh membeli baju kesukaan anda secara dalam talian (online) dengan melayari www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PRIMAVALET.

foto kredit: Papadin

#PVRaya2018 #PrimaValet #PrimaValet2018 #FashionRaya #Arjuna #ArjunabyPrimaValet #lifestyle #nazlannasirdotcom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *