Golden Abundance – Makan Malam Reunion Tahun Baru Cina Di The Armada Petaling Jaya

Set Yee Sang Armada PJ

Golden Abundance – Makan Malam Reunion Tahun Baru Cina Di The Armada Petaling Jaya |  Setiap tahun Naz tidak pernah miss jemputan dari Armada Hotel PJ bagi CNY food review mereka. Tahun Baru Cina 2017 kali ini yang merupakan tahun Ayam Jantan (Rooster), maka Utara Coffee House meraikannya dengan bufet masakan tradisi Kantonis yang mewah dan disertakan dengan pelbagai jenis hidangan buffet antarabangsa.

Promosi Golden Abundance - Makan Malam Reunion Armada Hotel PJ
Promosi Golden Abundance – Makan Malam Reunion Armada Hotel PJ

Bermula dari 3 Januari hingga 11 Februari 2017, barisan buffet Utara Coffee House akan menampilkan pelbagai hidangan good luck sebelum bermulanya makan malam reunion Tahun Baru Cina seperti Ayam Kukus dengan Keong Chung, Mee Cina Longevity dengan Kow Wong, Ikan Goreng Garing dengan sos Cheong Cheng, Khazanah Hot Pot (Poon Choy), Itik Panggang dengan sos Plum, Udang Goreng dengan Kelapa Parut Mentega, dan Ketam Goreng Lada Hitam dan lain-lain. Bufet makan malam reunion Tahun Baru Cina berharga RM 88+ bagi orang dewasa, RM 62+ bagi warga emas dan RM 44+ bagi kanak-kanak.

 

Ayam Kukus dengan Keong Chung
Ayam Kukus dengan Keong Chung
Itik Panggang dengan sos Plum
Itik Panggang dengan sos Plum
Mee Cina Longevity dengan Kow Wong
Mee Cina Longevity dengan Kow Wong
Hot Pot Treasures (Poon Choy)
Hot Pot Treasures (Poon Choy)
Udang Goreng dengan Kelapa Parut Mentega
Udang Goreng dengan Kelapa Parut Mentega

 

Tengah Naz sibuk-sibuk mengambil gambar hidangan yang dipamerkan, tiba-tiba terlihat kelibat food blogger tersohor beraksi merakamkan foto-foto hidangan ini. Sure banyak yang nak diulaskan oleh MahaMahu tentang Set Menu Golden Abundance ini.

Famous Food Blogger - MahaMahu
Gaya, Mutu & Keunggulan seorang famous blogger MahaMahu…

 

Makmurkan tahun baru ini dengan mengangkat penyepit (chopstick) anda dan Loh Hei bagi meningkatkan nasib baik dan kemakmuran dengan seleksi Yee Sang yang menarik dicipta khas seperti King Salmon dan Kerang Koral dengan sos khas Ayam Percik, Salmon dan ketam cengkerang lembut (soft shell crab) dengan sos bijan panggang Yee Sang berharga RM 77+ setiap bahagian. Seleksi Yee Sang klasik yang disediakan ialah Salmon Yee dan Butterfish Yee Sang juga berharga RM 77+ setiap bahagian dan Fruitti Veggie Yee Sang (pilihan vegetarian) berharga RM 65+ setiap bahagian.

Prosperity Yee Sang Salmon & Soft Shell Crab with Roasted Sesame Sauce
Prosperity Yee Sang Salmon & Soft Shell Crab with Roasted Sesame Sauce

 

Bagi tetamu yang ingin menikmati menu set eksklusif, Chef Chew dan pasukannya telah menyediakan empat menu set Kemakmuran yang menakjubkan (untuk 10 pek semeja dengan minimum 2 meja untuk makan malam privasi) sesuai untuk makan malam privasi  dengan keluarga, rakan taulan atau rakan perniagaan.

Set Menu Makan Malam Reunion CNY Armada PJ
Set Menu Makan Malam Reunion CNY Armada PJ

 

Herb Chicken Consomme with Scallop Flakes
Herb Chicken Consomme with Scallop Flakes
Fried Rice with Smoked Chicken Ham
Fried Rice with Smoked Chicken Ham
Ikan Goreng Garing dengan sos Cheong Cheng
Ikan Goreng Garing dengan sos Cheong Cheng
Steam Whole Fish
Ikan Kukus
Stir Fried Four Angle Beans with Belacan
Stir Fried Four Angle Beans with Belacan
Baked Tiger Prawns (Cheese, Egg Yolk Au Gratin)
Baked Tiger Prawns (Cheese, Egg Yolk Au Gratin)

 

Kesihatan, Kekayaan, dan Keuntungan

Kesihatan, Kekayaan, dan Keuntungan menanti anda apabila anda makan secara privasi di Bilik Jamuan dengan:

  • Set menu Blissful Longevity berharga RM 988+
  • Set menu Everlasting Success berharga RM 1,188+
  • Set menu Bountiful Treasures berharga RM 1,298+
  • Set menu Golden Health & Prosperity berharga RM 1,308+

 

Selain itu, hotel ini juga akan menjual baucar makan CNY:

  • Pengunjung yang membuat pembelian 10 baucer makan antara 1 Januari – 11 Febuari 2017 akan menerima satu baucer makan percuma.
  • Tempahan antara 10 – 19 pek akan menerima SATU botol wine secara komplementari.
  • Tempahan untuk 20 pek ke atas akan menerima DUA botol wine secara komplementari.

 

Untuk tempahan atau pertanyaan lanjut mengenai tawaran khas Tahun Baru Cina2017 ini, sila hubungi +603 7954 6888 ext 4557 – Utara Coffee House atau emel ke armada@armada.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *