Gphone Perkenal EVO | EVO True 8 Octa Core | Pada 18 April 2014 bertempat di Subang Empire telah berlansung preview produk terbaru dari Gphone yang dikenali sebagai EVO. Gphone merupakan jenama smartphone dari Thailand yang kini telah berkembang ke Malaysia, Filipina, Vietnam dan Laos.
GWorld Asia Sdn Bhd merupakan pengedar bagi produk Gphone, Gpad dan GNet di Malaysia. Antara produk yang telah memasuki pasaran Malaysia adalah seperti Bold, BiGG, Touch, Bright dan terkini Gphone EVO.
Pada majlis preview tersebut, NaZ berpeluang untuk mencuba Gphone EVO yang akan dilancarkan kepada pasaran Malaysia tidak lama lagi. Apa yang menariknya, Gphone EVO ini diperkasakan dengan 1.7GHz True Octa Core, teknologi OGS pada skrin paparan dan platform Android 4.2 Jelly Bean (boleh upgrade ke 4.4 KitKat).

True Octa Core
Anda mungkin pernah dengar Dual Core (2 core) dan Quad Core (4 core)…jadi Octa Core bermaksud 8 core yang mana mempertingkatkan lagi kelajuan dan persembahan EVO ini. Antara spesifikasi EVO ini adalah seperti berikut:

Gphone EVO ini menggunakan chip MEDIATEK MT6592 iaitu platform smartphone ‘true octa-core’ berasaskan penjimatan tenaga ARM® Cortex®-A7 processor. Dengan 8 core processor, Gphone EVO ini boleh menjalankan pelbagai tugas sekaligus dalam sesuatu masa tanpa sebarang gangguan. Sungguh lancar memuatkan laman web yang komplek tanpa menjadikan Android IU tidak berfungsi. Sekiranya bermain game atau memasang video, anda tidak akan mengalami situasi tertunda atau terhenti-henti apabila berlaku proses penerimaan sms atau pemeriksaan email.
Gphone EVO ini dimuatkan dengan permainan Gameloft Modern Combat 5 iaitu permainan 8-core pertama di dunia.

Teknologi One Glass Solution (OGS)
Gphone EVO ini mempunyai paparan reality terbaik bukan sahaja dengan HD IPS (In Plane Switching) bahkan menggunakan teknologi One Glass Solution iaitu gabungan sensor sesentuh dan cover glass dalam satu lapisan. Membuatkan ianya nipis dan ringan selain memantapkan lagi pencahayaan telefon ini.
Antara ciri-ciri lain yang menarik….
- Gambar Sempurna – dengan 13MP kamera belakang dan 5MP kamera depan serta fungsi penambahbaik imej sudah cukup menjadikan Gphone EVO kamera poket anda.
- Ultra HD Video Codec – menyokong HEVC (H.265) terkini dan Google VP9 codec bagi stream video Ultra HD.
- MiraVision Technolgy – dengan 1080p Full HD serta penyokong video 4k2k Ultra HD memaparkan kualiti gambar yang sungguh jelas.
Gphone EVO ini diklasifikasikan sebagai high-end smartphone tetapi boleh didapati pada harga RM899. Sungguh value for money dengan Gphone EVO.
octa core…fuh! maunye berdesup tu…
harga mmg berbaloi gak tu..
memang seamless bro hafizmd…especially bila main Modern Combat 5
Dah dpt tak for review
lama tak singgaj. lama tak dgr berita.
lama leeza tak singgah sini… sepi seketika leeza.
mcm mana dgn perkembangan blog?