Guardian Malaysia HELLO KITTY HELLO CONFIDENCE! Sambut Hari Wanita Sedunia

Hello Kitty Hello Confidence

Guardian Malaysia HELLO KITTY HELLO CONFIDENCE! Sambut Hari Wanita Sedunia |  Koleksi aksesori edisi terhad Hello Kitty yang bergaya – beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan sarung komputer riba, kini menjadi bualan hangat para pelanggan Guardian dan peminat kucing paling comel di dunia!

Hello Kitty Hello Confidence collection

Boleh didapati dalam warna ceria ungu dan merah jambu, koleksi itu membawa mesej “ceria” dan “semarakkan kasih sayang”, dan direka khusus untuk sambutan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.

CHEERFUL LOVE COSMETIC BAG (RM18.80)
CHEERFUL LOVE COSMETIC BAG (RM18.80)

Koleksi yang dikenali sebagai “Hello Kitty Hello Confidence”, boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 8 Mac sehingga 18 April. Terdahulu, Guardian Malaysia telah memperkenalkan koleksi istimewa “Hello Kitty Celebrates”, pada 1 Februari hingga 7 Mac, bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

COLLECT MY LOVE TOTE BAG (RM25.00)
COLLECT MY LOVE TOTE BAG (RM25.00)

Ketua Pegawai Eksekutif, Mr Soren Lauridsen berkata bahawa barangan edisi terhad Hello Kitty Hello Confidence ini dihasilkan dengan tujuan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah.”

JOYFUL LOVE LUNCH BAG (RM18.80)
JOYFUL LOVE LUNCH BAG (RM18.80)

Menurut Ketua Pegawai Operasi Sanrio Asia, Caroline Tsang: “Dua koleksi yang direka khusus untuk Guardian ini Iaitu Hello Kitty Celebrates dan Hello Kitty Hello Confidence, menampilkan gaya yang lebih moden dan berunsur perayaan. Kami pasti pelanggan dan peminat akan menyukai kepelbagaian stail dan kesegaran yang kami bawakan untuk program ini.”

POWER LOVE LAPTOP CASE (RM25.00)
POWER LOVE LAPTOP CASE (RM25.00)

Untuk mendapatkan barangan koleksi istimewa ini, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.guardian.com.my

 


Tentang Guardian Malaysia

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 50 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 420 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *