GUESTSTAR, Menampilkan Bintang Kegemaran Anda Dalam Kandungan Video Yang Dibuat Khas

Gueststar banner

GUESTSTAR, Menampilkan Bintang Kegemaran Anda Dalam Kandungan Video Yang Dibuat Khas | Effro, platform perancangan acara serantau telah melancarkan GUESTSTAR – perkhidmatan yang membenarkan sesiapa sahaja untuk mengupah bintang pilihan anda untuk menghasilkan kandungan video yang unik bagi tujuan peribadi. Dari ucapan hari lahir ke lamaran perkahwinan, jenaka mahupun kata-kata perangsang, pengguna boleh memilih bintang tempatan kegemaran di Malaysia ataupun Singapura untuk menghasilkan kandungan video yang dibuat khas pada harga yang berpatutan untuk sebarang majlis. 

Gueststar poster

“Gueststar merupakan sebuah platform yang unik bertujuan untuk mendekatkan lagi bintang kegemaran pilihan dengan anda semua sekali. Melalui kaedah digital, masa dan tempat bukan lagi penghalang dalam mencipta pengalaman indah untuk yang tersayang. Dengan Gueststar, jarak di antara anda dan bintang kegemaran anda dapat dipendekkan. Hari ini, bintang bukan lagi hanya personaliti televisyen dalam satu dimensi, mereka juga penyedia kandungan pada media sosial. Gueststar menyediakan platform alternatif untuk menghubungkan mereka dengan peminat serantau melalui kandungan yang dibuat khas,” ujar Adam Tan, Pengasas Gueststar.

Gueststar - bringing the star to you

Kaedah Baharu dalam Penyediaan Kandungan Khas

Gueststar - Artist & Celebrities

Gueststar menyediakan pengalaman yang lancar bagi pengguna untuk melantik bintang pilihannya menghasilkan kandungan khas mengikut permintaan. Melalui platform tersebut, pengguna boleh menghantar permintaan kepada bintang yang dipilih beserta kandungan intipati video. Dalam tempoh 7 hari selepas menghantar permohonan (tertakluk kepada kelulusan), sebuah video berpanjangan 20 saat hingga ke 2 minit akan dihasilkan dan dikemukakan.

Lebih 50 bintang kesayangan bersedia untuk ditempah di Gueststar.

Singapura: Allan Wu, Andie Chen Gurmit Singh, Patricia Mok, Jasper Lai, Jason Godfrey dan ramai lagi

Malaysia: Adeline Tsen, Atilia Haron, Aishah, Dina Nadzir, Dynas Mokhtar, Fahrin Ahmad, Hazami, Lavin Seow, Steve Yap, VE (Voice of Euphonious), Yasmin Hani dan ramai lagi

Karektor: Batman, Cinderella, Queen Elsa, Princess Jasmine dan ramai lagi

Peniru gaya: Michael Jackson, Taylor Swift dan ramai lagi

Ahli silap mata: Andrew Lee finalis Asia Got Talents 2017 dan Britain Got Talent 2018

Kos untuk melantik bintang bermula dari MYR30 hingga MYR 3500. Sementara kebanyakan video dihasilkan dalam Bahasa Inggeris, pengguna boleh memohon untuk bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Mandarin. Bertepatan dengan musim perayaan, Gueststar kini bersiar secara langsung dan pengguna boleh mula memohon pesanan khas melalui https://gueststar.asia.


Gueststar

Gueststar merupakan platform serantau yang merevolusikan kandungan video secara khas dengan merapatkan jurang antara pengguna dan selebriti. Memanfaatkan pengaruh lebih 50 selebriti tempatan dan serantau, pengguna kini boleh melantik mana-mana personaliti kegemaran untuk menghasilkan kandungan video khas dimana ianya akan dihantar dalam tempoh 7 hari. Dilancarkan pada 2020, platform tersebut kini boleh didapati di Singapura dan Malaysia dan bakal berkembang ke seluruh Asia Tenggara.

Effro

Effro merupakan sebuah hub melantik majlis yang membantu memudahkan kedua-dua pihak antara artis dan pelanggan di Singapura sejak 2014 dan dianugerahkan sebagai Top 10 Start-Up To Look Out di Tech In Asia 2015 di Jakarta, Indonesia. Bagi artis, Effro bertindak sebagai pembantu peribadi, membantu menguruskan pergerakan majlis, raptai dan mesyuarat. Bagi pelanggan, platform yang disediakan Effro membantu mereka mengenal pasti bakat di dalam industri melalui sistem penilaian dan maklum balas. Ini membuka lebih banyak peluang bagi bakat di luar sana untuk lebih menyerlah, dan juga memberi pelanggan akses kepada kumpulan bakat yang lebih luas. Pada 2019, Effro telah dilancarkan di Malaysia dan Thailand, dan merancang untuk dikembangkan ke seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *