Gundah Laungan Ernie Zakri Tentang Cinta Abadi Datuk Dan Nenek | Selepas ‘Ku Bersuara’ menjadi salah satu finalis bagi Anugerah Juara Lagu ke-34, Ernie Zakri muncul dengan single terbaru ‘Gundah’. Lagu dan lirik ‘Gundah’ merupakan hasil ciptaan Ernie sendiri bersama dengan komposer Sharon Paul.
Lagu ‘Gundah’ yang ditujukan khas buat arwah datuk dan neneknya, Haji Mohamed & Hajjah Rokayah. Ia mengisahkan percintaan dua insan yang bercinta sampai ke hujung nyawa dan menggambarkan penderitaan seorang lelaki (iaitu datuknya) yang menderita disebabkan kematian wanita yang dicintai (neneknya). ‘Gundah’ bakal muncul dengan Muzik Video yang dilakonkan oleh pelakon hebat Zamarul Hisham dan Fazlina Ahmad Daud pada hari Jumaat, 27 March 2020 di youtube channel Rocketfuel Network.
Selepas setahun pemergian neneknya, datuknya pula yang meninggal dunia. Bait-bait lirik “Biar rasa ini membunuhku, biar rindu ini menghukumku” adalah lirik yang tepat menggambarkan kesedihan hati lelaki tersebut.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ”Lagu Gundah merupakan karya terbaru hasil nukilan Sharon Paul Dan Ernie sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .” Lagu ‘Gundah’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Gundah’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.
Lagu GUNDAH
Ernie Zakri Komposer: Erni Zakri & Sharon Paul Penulis Lirik: Ernie Zakri & Sharon Paul
Cinta yang kau beri ku penuh rasa Lelah, rindu juga bahagia
Lebur hatiku dengan kata kata Dunia hancur punah retak sejuta
Pre chorus
Setelah aku kau pergi meninggalkan Terkaku ku dalam kegelapan
Chorus
Biar rasa ini membunuhku Biar rindu ini menghukumku Apa jua namun Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu
Simpan segalanya
Teguh agar jiwa tiada rasa
Akulah rindu yang kau bawa pergi Tenggelam bersama senja hari
Dan malam ku penuh dengan emosi
Ku pendamkan walau parah ku sembunyi
Pre chorus
Setelah aku kau pergi meninggalkan Terkaku ku dalam kegelapan
Chorus
Biar rasa ini membunuhku Biar rindu ini menghukumku Apa jua namun Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu
Simpan segalanya Biar pudar semua
Agar jiwa ini tiada rasa
Bridge
Telah ku gagah bertahan Namun rapuhnya
Tapi ku rela
Jiwa ku bersamamu!
Chorus (modulation) Apa jua namun Dia tahu
Cintaku utuh bila disampingmu
Biar rasa ini membunuhku Biar rindu ini menghukumku Apa jua namun Dia tahu Cintaku satu..
Simpan segalanya Teguh agar tiada rasa..