Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 – HUB 2018 Besar-Besaran | Adakah anda seorang usahawan bumiputera dan mengusahakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS)? Jika jawapan anda adalah ‘YA’, sila ambil perhatian! Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia dengan sokongan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) akan menganjurkan Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) pada 30 dan 31 Mac 2018 di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 atau HUB 2018 merupakan satu program yang bertujuan untuk mengumpul seramai 14,000 PKS Bumiputera dari seluruh negara yang terdiri daripada ahli-ahli di bawah naungan pelbagai persatuan, dewan, pertubuhan, dan majlis berkaitan keusahawanan dan PKS. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang sudah dirancang yang akan berlangsung sepanjang 2 hari ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diatur adalah:-
30 Mac 2018 (Jumaat)
- Young CEO Summit (8:00 pagi – 6:00 petang)
- Karnival Jom Niaga 2018 (9:00 pagi – 10:00 malam)
- Food Truck (9:00 pagi – 10:00 malam)
- Sembang Usahawan Selebriti (3:00 petang)
- Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri (4:30 petang)
- Bengkel Digital MDEC
- Sembang Santai Usahawan Selebriti
- Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
31 Mac 2018 (Sabtu)
- Young CEO Summit (8:00 pagi – 6:00 petang)
- Karnival Jom Niaga 2018 (9:00 pagi – 10:00 malam)
- Food Truck (9:00 pagi – 10:00 malam)
- Bengkel Digital MDEC
- Sembang Santai Usahawan Selebriti
- Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Dalan Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)
- Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (3:00 petang)

Young CEO Summit
Bagi usahawan baru, anda patut mengikuti program Young CEO Summit. Young CEO Summit adalah platform bagi mendalami strategi keusahawanan dari pakar-pakar industri, mentor dan usahawan berjaya termasuk ilmu ‘street smart’ dan ‘book smart’ sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) untuk peserta Young CEO Summit dalam segala aspek. Ia juga dilihat sebagai sesi transformasi minda keusahawanan bagi meningkatkan nilai modal insan, jati diri serta pemantapan kualiti emosi (EQ) dan juga kualiti kerohanian (SQ). Selain dari itu, sesi inspirasi bersama Agensi Usahawan Bumiputera adalah sebagai sokongan motivasi dan tauladan untuk membangkitkan semangat usahawan bumiputera. Terdapat 4 modul pengisian bagi Young CEO Summit seperti berikut”-
- Modul 1: Millennial Mindset Mapping oleh Fizo Omar
- Modul 2: Mekanik Wang oleh Abang Abu
- Modul 3: Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
- Modul 4: Marketing & Branding oleh Fizo Omar
Karnival Jom Niaga 2018
Selain dari bengkel-bengkel tersebut, ada juga pesta jualan melalui Karnival Jom Niaga 2018. Satu platform bagi PKS menjual produk dan perkhidmatan mereka selain membolehkan usahawan mendapat maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu. Karnival ini mensasarkan seramai 20,000 orang pengunjung.

Di Karnival Jom Niaga ini ada pelbagai aktiviti-aktiviti untuk semua lapisan umur, antaranya:-
- Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI
- Gerai Buah-Buahan FAMA
- Street Soccer @ Jom Niaga
- Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pertandingan Teh Tarik Challenge
- Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke)
- Penampilan dan Persembahan Selebriti
- Pertandingan Kostum Kanak-Kanak
- Demonstrasi Hair Styling oleh Joe’s Barbershop
- Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali
- Demonstrasi Make-Up bersama Syed Dewa
- Pertunjukan Fesyen
- Cabutan Bertuah- Kereta, motorsikal, basikal, handphone, barang-barang elektrik
- Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) & Ejen Ali
- Kids @ Jom Niaga – Bouncing castle, face painting, clown appearance & sand art
- Booth Tonton dan Boost


Oh ya, jangan lupa download aplikasi Boost untuk digunakan sebagai mod pembayaran tanpa tunai di karnival itu nanti. Anda akan diberikan kupon online sebanyak RM20 tau sebaik memuat turun aplikasi tersebut.

Malas nak memandu ke Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, jangan risau… anda boleh guna perkhidmatan Grab. Anda boleh dapat diskaun RM5 untuk satu perjalanan sehala. Sila gunakan kod promo [ GrabHUB2018 ].
Jika nak dapatkan maklumat lebih terperinci tentang Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 ini, anda boleh dapatkan aplikasi HUB2018 dengan menghantar emel kepada hub2018@smecorp.gov.my atau boleh hubungi 03-27756269 dan 03-27756208.
Jom daftar segera untuk hadir ke Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 di pautan ini http://bit.ly/HUB2018REG

#hub2018 #smecorp #usahawanBumiputera #KarnivalJomNiaga #nazlannasirdotcom
Program ini bukan sahaja untuk para usahawan menimba ilmu bisnes tetapi semua orang boleh bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan penganjur. Siapa ada selebriti dan cabutan bertuah lagi! Must Go!
Ya betul tu, jumpa Jumaat ini di HUB 2018
bagus usahawan semua pergi ke himpunan ni. ada perkongsian pengalaman. terbaik event macam ni
Ya betul tu, jumpa Jumaat ini di HUB 2018
Event yang bagus untuk para usahawan..jom ramai-ramai datang sini..
Ya betul tu, jumpa Jumaat ini di HUB 2018
Program mcm ni mmg bagus terutamanya kpd para usahawan kita dan juga yg berhasrat menceburi bidang keusahawanan. Pasti bnyk idea dan ilmu yg dpt diperolehi dlm program2 mcm ni.
jumpa nanti di HUB 2018 Jumaat ini
Memang teringin sangat nak pergi tapi dah ada program lain pulak. Untunglah siapa yang pergi, sure banyak ilmu dapat. Aktiviti pun macam2 ada..sesuai juga untuk seisi keluarga pergi
ajak kawan-kawan datang supaya mereka juga dapat menimba ilmu di HUB2018
Is it opened for all usahawan or only usahawan bumiputera? Can or not, non bumiputera to join?
Hi Fatin, semua orang dijemput hadir dan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.