Irama 60an Menggamit Memori di eCurve Raya ini!

eCurve - Al-Kisah Pesta Raya

Irama 60an Menggamit Memori di eCurve Raya ini! | Muslimin Muslimat di seluruh dunia sudah pasti tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh berkat dan rahmat. Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba, eCurve akan menganjurkan sambutan Hari Raya yang cukup menggamit memori dengan tema muzikal ekstravaganza 60an dan penampilan khas daripada Musly Ramlee.

Al-Kisah Pesta Raya - Irama 60an

Para pengunjung akan dibawa ke era kegemilangan Saloma dan P. Ramlee yang cukup menakjubkan bersempena kempen raya eCurve, Al-Kisah Pesta Ria dari 3 Mei hingga 6 Jun 2019. Pengunjung berpeluang menikmati keindahan bangunan zaman 60an yang tersergam indah di Centre Atrium seperti kedai ubat, kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai kopi serta kedai muzik. Pengunjung juga akan turut menyaksikan sebuah muzikal berlatarkan pentas utama yang bergemerlapan dengan warna merah, emas dan putih yang semestinya akan memeriahkan lagi persembahan tersebut.

Irama 60an - Musly P.Ramlee

Muzikal Irama Pesta Ria yang bakal menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu hits Melayu klasik turut menampilkan persembahan tarian kontemporari. Muzikal ini turut memberikan sebuah kejutan kepada pengunjung dengan penampilan istimewa dari penghibur, Musly Ramlee yang cukup terkenal dengan rupa paras persis P.Ramlee yang bakal menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu klasik yang sentiasa diminati ramai.

Gina Long Ahmad, Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan & Promosi berkata, “Kita sering terlepas pandang akan sejarah dan warisan generasi terdahulu disebabkan kehidupan seharian kita yang berlalu dengan pantas. Oleh itu, kami merasakan ianya penting untuk kita memelihara warisan ini demi pengetahuan anak muda zaman kini. Dengan menghidupkan kegemilangan era 1960an yang kaya dengan budaya dan sejarah di eCurve, kami berharap para pengunjung dapat menambah pengetahuan di samping menikmati kemeriahan kempen ini. Kami berharap para pengunjung akan dapat menghayati persembahan muzikal dari Musly Ramlee dan kumpulannya pada musim perayaan yang bakal tiba!”

Irama 60an - Sampul Raya

Pengunjung eCurve berpeluang untuk memenangi hadiah Hari Raya! Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM200 dalam maksimum dua resit, pengunjung akan berpeluang untuk menebus Tiffin Lebaran, beserta Festive Ria Packets dari eCurve. Semua penebusan tertakluk kepada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Irama 60an - Tiffin Lebaran eksklusif
Irama 60an - Tiffin Lebaran Boost

Selain itu, terdapat juga ganjaran buat pengguna aplikasi Boost! Sepanjang kempen Raya yang bakal berlangsung selama sebulan, pengguna Boost yang berbelanja minimum RM50 menggunakan aplikasi Boost di kedai yang mengambil bahagian akan menerima rebat sebanyak RM10! Tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketahui lebih lanjut mengenai persembahan dan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang sambutan Hari Raya di eCurve dengan menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve di www.facebook.com/eCurveMall atau Instagram eCurve di www.instagram.com/ecurve_official (ecurve_official).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *