JOOX Malaysia Top Music Awards – Peminat Bakal Memenangi Apple Watch dan iPhone 11

JOOX Malaysia Top Muzik Award logo

JOOX Malaysia Top Music Awards – Peminat Bakal Memenangi Apple Watch dan iPhone 11 | JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, memberikan peminat muzik di Malaysia kekuatan untuk mengundi dan menobatkan  muzik & artis kegemaran mereka untuk memenangi anugerah berprestij “JOOX Malaysia Top Music Awards” (Pertengahan Tahun 2020)! Bukan itu sahaja, peminat muzik tanah air juga boleh berkongsi kemenangan dengan idolaidola mereka dengan menjad peminat fanatik, dan berpeluang membawa pulang iPhone 11!

JOOX Malaysia Top Music Awards

Acara baharu dan menarik ini yang julung kalinya diperkenalkan oleh JOOX adalah sebahagian daripada kempen High5JOOX, untuk meraikan perjalanan JOOX selama lima tahun memberikan muzik dan hiburan terbaik kepada pencinta muzik Malaysia. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mengundi idola kesayangan anda agar memenangi anugerah berprestij ini!

Bermula hari ini sehingga 6 petang 30 Julai, peminat muzik Malaysia dapat mengundi artis dan lagu pilihan mereka untuk  memenangi Anugerah Paling Popular: Artis Antarabangsa, Muzik Antarabangsa, Artis Tempatan, Muzik Tempatan, dan K-Pop yang akan dianugerahkan kepada artis yang menerima undian tertinggi dari peminat mereka di setiap kategori. Pengguna percuma JOOX mendapat 5 undi setiap hari sementara mereka yang mempunyai akaun VIP mendapat 20 undi,  yang boleh dibahagikan untuk semua kategori undian. Jadi jangan tunggu lagi dan mulailah mengundi sekarang, kerana idola kesayangan anda menunggu untuk mendapatkan sokongan setiap hari!

Siapakah idola yang menjadi pilihan anda? Anda tentukan sendiri! Berikut adalah calon calon berdasarkan kategori masing masing: (mengikut susunan abjad):

Senarai Calon JOOX Malaysia Top Music Awards

Jadilah peminat paling fanatik idola anda dan bawa pulang iPhone11!

Undilah sebanyak mungkin setiap hari, dan anda mungkin antara penerima Anugerah Peminat Fanatik  dari setiap lima kategori, dimana anda akan menerima jam tangan jenama Apple. Dan siapatahu? Anda mungkin menjadi pengundi dengan undian terbanyak di semua kategori – dan memenangi iPhone 11!

Angie Tan, Ketua JOOX Malaysia berkata, “JOOX telah memberikan pengalaman  penstriman muzik dan hiburan yang tiada tandingannya kepada pencinta muzik di Malaysia selama lima tahun, dengan memberikan peminat muzik tanah air   penstriman langsung eksklusif, konsert dan JOOX ORIGINALS yang menampilkan kerjasama dengan ramai artis tempatan. Pada tahun ini, kami telah menayangkan lebih daripada 400 pertunjukan untuk peminat Malaysia, 30 daripadanya adalah pertunjukan global atau serantau seperti ‘One World: Together at Home’, ‘JOOX World Music Day’, dan persembahan eksklusif lainnya seperti program K-pop yang dihasilkan oleh JOOX sendiri, K-Pop ‘IDOL STATION’, siaran langsung ‘Stay Home, Stay Tuned’; dan juga konsert dan persembahan secara langsung yang menampilkan artis-artis serantau dan tempatan seperti Aaron Kwok, Mayday, Aziz Harun, Daiyan Trisha, Hazama, dan ramai lagi. “

 “Sama seperti bagaimana JOOX telah menghubungkan peminat tanah air dengan muzik kegemaran mereka pada bila bila masa dan di mana sahaja mereka berada melalui platform kami, JOOX terus maju ke hadapan dengan memperkenalkan “JOOX Malaysia Top Music Awards” untuk pertama kalinya, di mana peminat dapat terlibat secara langsung untuk menunjukkan sokongan dan cinta mereka kepada artis tempatan dan antarabangsa yang mereka sayangi dengan mengundi mereka untuk mendapatkan pengiktirafan yang layak dan wajar di industri muzik. Bagi mengekalkan kedudukan JOOX di kalangan peminat muzik tempatan, satu siri konsert eksklusif JOOX dalam talian yang akan menampilkan artis terhangat dan popular seperti Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Floor88 dan banyak lagi akan disiarkan tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada kempen High5JOOX.  Nantikan! ” kata Angie.


1. Calon-calon setiap kategori dikira berdasarkan data JOOX antara 1/1/2020 – 30/6/2020.

2. 3 penerima Anugerah Top Ally akan dikira berdasarkan statistik pengundian selepas 30 Julai. Pemenang akan dihubungi oleh JOOX.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *