J&T Express Akan Memastikan 95% Pekerja Menerima Vaksinasi Menjelang Akhir Ogos 2021

J&T Express logo

J&T Express Akan Memastikan 95% Pekerja Menerima Vaksinasi Menjelang Akhir Ogos 2021 | J&T Express Malaysia telah menaja semua kos vaksinasi Covid-19 untuk 2000 pekerjanya di sekitar Lembah Klang kerana syarikat ini berharap agar 95% daripada barisan hadapannya akan menerima vaksin di seluruh negara pada akhir Ogos 2021. Vaksinasi yang dijalankan di DUKE – R&R Segambut pada 7 Ogos dan 8 Ogos membolehkan pekerja J&T Express mendapat dos vaksinasi kedua supaya mereka mendapat vaksinasi yang lengkap.

J&T Express Malaysia telah menaja semua kos vaksinasi Covid-19

“Setiap pekerja merupakan aset yang berharga kepada syarikat,” kata Roy Zeng, C.E.O. J&T Express Malaysia.

Beliau juga berkata, “ Pekerja yang telah mendapat vaksinasi merupakan perkara yang penting. Kami ingin memastikan semua pekerja dilindungi. Mereka adalah barisan hadapan J&T Express.”

J&T Express Malaysia

Dengan sokongan daripada MySejahtera, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), dan EkoVest, penghantar kurier, pemandu, dan pekerja di syarikat ekspres kurier ini telah menerima dos Sinovac pertama pada 17 Julai dan 18 Julai.

Emelia Yap, Pengurus Jenama berkata, “Program vaksinasi ini sangat penting untuk melindungi pekerja kami daripada virus Covid-19 kerana jumlah kes harian Covid-19 telah mencapai ke paras tertinggi baru di Malaysia.”

“Kami sangat gembira dapat menjadi salah satu dari beberapa syarikat ekspres kurier yang pertama untuk mempercepatkan program kerajaan dalam mencapai misi vaksinasi keseluruhan di dalam negara.”

“Kami menghargai sumbangan daripada KWP, Ekovest dan Gamuda dalam membantu pekerja-pekerja kami mendapatkan vaksin,” berlanjutannya.

Vaksinani buat pekerja J&T Express

Dengan kerjasama MySejahtera dan Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK), syarikat ini juga berusaha untuk mengaturkan para pekerjanya di seluruh Pantai Barat dan Timur untuk menerima vaksinasi mereka di PPV tempatan mulai bulan ini.

Zeng berkata, “Program vaksinasi berjalan dengan lancar di negeri Pulau Pinang, Kelantan, dan Sabah.”

J&T Express - para pekerja menanti giliran

“Kami berharap supaya setiap pekerja diberi vaksinasi supaya pelanggan berasa lebih selamat untuk berinteraksi dengan kami.”

J&T Express mematuhi arahan kerajaan sepenuhnya di samping memastikan SOP yang ketat diamalkan di setiap premis J&T Express sejak Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) pada tahun 2020. Syarikat penghantaran mengamalkan SOP dengan tegas seperti melaksanakan penjarakan sosial di tempat kerja, kerap menjalankan aktiviti sanitasi pada semua peralatan, termasuk mesin pengisihan serta memastikan semua pekerja memakai topeng muka semasa bertugas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *